Mohd Imran Tamrin DIMP (Pahang) | |
|---|---|
| محمد عمران تمرين | |
| Pegawai Penyelaras DUN Sungai Panjang | |
| Menyandang jawatan 2024 | |
| Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Panjang | |
| Dalam jawatan 2018–2023 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 2,084 (PRU-14) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1 November 1986 Pekan Sungai Nibong, Selangor |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Nor Syuhada Aini Mohd Sukri |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)[2] |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | peguam |
Yang Berbahagia Dato' Mohd Imran Tamrin (lahir 1 November 1986) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Sungai Panjang selama sepenggal (2018-2023). Beliau kini berkhidmat sebagai Pegawai Penyelaras DUN Sungai Panjang.
Mohd Imran yang gemar bersukan dan membaca, pernah bekerja sebagai Eksekutif Bahagian Penajaan Pendidikan Petrolium Nasional Berhad (Petronas) selama lima tahun kemudian dilantik Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia (Perhubungan Perusahaan) di Petronas selama setahun.
Kini, beliau meneruskan kerjayanya sebagai seorang peguam berkaliber di Tetuan Zabir Imran & Partners sejak 2017.
Semasa menuntut di universiti, Mohd Imran aktif dalam kepimpinan pelajar termasuk kepimpinan persatuan dan kelab. Sehingga kini beliau aktif dalam kepimpinan masyarakat, belia dan badan bukan berkanun (NGO) serta politik.
Pernah menyertai Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dalam perkhidmatan aktif sebagai Inspektor (2014-2016) di IPK Selangor dan IPD Sabak Bernam.
Penglibatannya dalam bidang politik, beliau memegang jawatan ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor dan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.
Beliau juga pernah menyertai Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dalam perkhidmatan aktif sebagai Inspektor (2014-2016) di IPK Selangor dan IPD Sabak Bernam.
Penglibatan beliau dalam NGO termasuk khidmat masyarakat, Mohd Imran merupakan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Malaysia dan Ahli Majlis Pengakap Negara Malaysia.
Meskipun pertama kali dicalonkan di DUN Sungai Panjang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, beliau terus membawa kemenangan buat BN selepas berjaya menewaskan Mariam Abdul Rashid daripada Pakatan Harapan dengan mendapat 10,530 undiaan manakala penentang memperoleh 8,446 undian. Kemenangan itu dengan majoriti undi sebanyak 2,084.
Kerjaya
- Pegawai Penyelaras DUN (ADUN) Sungai Panjang
- Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia (Perhubungan Perusahaan) di Petronas (2015-2016)
- Eksekutif Bahagian Penajaan Pendidikan di Petronas (2011-2015)
- Peguambela serta penguamcara di Tetuan Zabir Imran & Partners
Jawatan dalam parti
- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar
- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor
Penglibatan dalam pertubuhan sukarela
- Presiden Majlis Belia Negeri Selangor.
- Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Malaysia.
- Ahli Majlis Pengakap Negara Malaysia.
- Ahli Council of Expert (COE) - Government Industry TVET Coordination Body (GITC).
- Penyelaras Sekretariat Majlis TVET Negara Zon Tengah (WP Kuala Lumpur, Selangor & Perak)
- Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM)
Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM (2010)
- Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya (Matrikulasi Undang-Undang 2004-2006)
- Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Selangor (SMA 2002/SPM 2003)
- SK Sungai Nibong, Selangor (1998)
Politik
Imran Tamrin bertanding buat kali pertama[3] sewaktu pilihan raya umum ke-14 dan telah memenangi kerusi DUN Sungai Panjang menggantikan Budiman Mohd Zohdi.
Keputusan Pilihan Raya
Dewan Undangan Negeri (DUN)
| Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2023 | Sungai Panjang | Mohd Imran Tamrin | BN (UMNO) | 13,401 | Mohd Razali Saari | PN (PAS) | 16,977 | 3,576 |
| 2018 | Mohd Imran Tamrin | BN (UMNO) | 10,530 | Mariam Abdul Rashid | PH (AMANAH) | 8,446 | 2,084 | |
| Mohd Razali Saari | PAS | 6,999 |
Rujukan
Pautan luar
- Mohd Imran Tamrin di Facebook - Profil Facebook
- Mohd Imran Tamrin di X - Profil Twitter









