Tan Sri Chong Hon Nyan (11 Februari 1924[1] - 15 Mac 2020)[2] merupakan ahli politik MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Batu Berendam, negeri Melaka. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.
Beliau menjadi Menteri Kesihatan pada tahun 1978 hingga 1982. Pada tahun 1982, Perdana Menteri Mahathir Mohamad melantik beliau menjadi Menteri Pengangkutan.