Yang Berbahagia Datuk Chua Tee Yong DPSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Alexander Nanta Linggi |
Pengerusi | Hasni Mohammad |
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II | |
Dalam jawatan 28 Jun 2016 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Lee Chee Leong |
Digantikan oleh | Ong Kian Ming |
Timbalan Menteri Kewangan II | |
Dalam jawatan 27 Jun 2014 – 27 Jun 2016 | |
Didahului oleh | Donald Lim Siang Chai |
Digantikan oleh | Lee Chee Leong |
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani | |
Dalam jawatan 1 Jun 2010 – 15 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Rohani Abdul Karim |
Digantikan oleh | Tajuddin Abdul Rahman |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P142 Labis, Johor | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Chua Soi Lek |
Digantikan oleh | Pang Hok Liong |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Johor, Malaysia | 19 Oktober 1977
Parti politik | BN-MCA |
Pasangan | Datin Yap Lee Yune (叶丽云) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Bidang pengkhususan | Akauntan |
Datuk Chua Tee Yong (lahir 19 Oktober 1977) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Labis selama dua penggal (2008-2018).
Chua Tee Yong seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Latarbelakang peribadi
Beliau adalah anak Tan Sri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA.
Pilihan raya
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Labis | Chua Tee Yong | BN (MCA) | 13,300 | Pang Hok Liong | PH (DAP) | 16,133 | 2,833 |
Alvin Chang | PN (BERSATU) | 5,312 | ||||||
2018 | Chua Tee Yong | BN (MCA) | 13,567 | Pang Hok Liong | PH (DAP) | 16,977 | 3,410 | |
Sarchu Sawal | PAS | 2,034 | ||||||
2013 | Chua Tee Yong | BN (MCA) | 15,821 | Ramakrishnan Suppiah | DAP | 15,468 | 353 | |
2008 | Chua Tee Yong | BN (MCA) | 13,658 | Teo Eng Ching | DAP | 9,564 | 4,094 |
Isu syarikat Talam di Selangor
Pada Julai 2012, Chua Tee Yong mendedahkan bahawa syarikat Talam Corporation Berhad (kini Trinity Corporation) berjaya menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada kerajaan Selangor pada harga RM181 juta. Harga itu RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.Sedangkan tanah itu masih belum bebas daripada bebanan dan masih digadai kepada institusi kewangan. Malah 1,013 ekar atau 44 peratus daripadanya mempunyai komplikasi. 438 ekar tanah itu adalah tanah yang berada di bawah air dan perlu kos RM50 hingga RM100 juta untuk tebusguna tanah. 575 ekar lagi, kerajaan Selangor telah mewartakannya sebagai 'kawasan simpanan untuk hutan dan ekologi' yang tiada banyak nilai komersil. Wujud taktik pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat. Tee Yong mencabar Abdul Khalid mendedahkan segala transaksi memandangkan Pakatan Rakyat mendakwa mereka mengamalkan pentadbiran telus dan adil.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa Kerajaan negeri Selangor akan mendakwa mereka yang memfitnah mereka telah menyalahguna dana bernilai RM1 bilion. [1] Malah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa kerugian Talam hampir selesai apabila proses pemulihan hutang dibuat oleh kerajaan Selangor. Talam telah melupuskan aset bernilai RM676 juta bagi melunaskan hutang RM392 juta.[2][3] Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed menyatakan BN Selangor akan membuat laporan kepada SPRM, Bahagian Jenayah Komersial PDRM, Bursa Saham Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berhubung isu Talam.[4] Dedahkan juga rekod transaksi hartanah yang dimiliki oleh KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.[5]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Pengundi | Majoriti | Peratusan unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Chua Tee Yong (MCA) | 13,658 | 56.72% | Teo Eng Ching (DAP) | 9,564 | 39.72% | 24,080 | 4,094 | 71.95% | ||
2013 | Chua Tee Yong (MCA) | 15,821 | 49.47% | Ramakrishnan Suppiah (DAP) | 15,468 | 48.37% | 31,978 | 353 | 84.90% | ||
2018 | Chua Tee Yong (MCA) | 13,301 | % | Pang Hok Liong (DAP) | 16,709 | % | % | ||||
Ahmad Sarchu Sawal (PAS) | 2,020 | % |
Rujukan
- ^ MCA Dakwa Talam Jual Tanah Pajak RM42 Juta Lebih Tinggi Daripada Harga Pasaran
- ^ Chua Cabar DAP Pertahan Isu Talam
- ^ MCA Cabar Kerajaan Selangor Perjelas Skandal RM1 Bilion
- ^ BN Selangor Alu-alukan Saman Kerajaan Negeri Isu Skandal RM1 Bilion
- ^ Skandal RM1 Bilion Di Selangor Akan Dibongkar
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.
- ^ "Pilihan raya umum Malaysia". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "Malaysia General Election 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016. Results only available for the 2013 election.