Ab Rauf Yusoh | |
---|---|
اب رؤوف يوسف | |
Ketua Menteri Melaka ke-13 | |
Menyandang jawatan 31 Mac 2023 | |
Gabenor | Mohd Ali Rustam |
Didahului oleh | Sulaiman Md Ali |
Kawasan pilihan raya | Tanjung Bidara |
Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 26 November 2021 – 31 Mac 2023 (Pelaburan, Industri, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) | |
Gabenor | Mohd Ali Rustam |
Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
Didahului oleh | Sulaiman Md Ali (Ketua Menteri, Pelaburan dan Industri) Norhizam Hassan Baktee (Ahli, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) |
Digantikan oleh | Sendiri (Ketua Menteri, Pelaburan dan Industri) Allex Seah Shoo Chin (Ahli, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) |
Kawasan pilihan raya | Tanjung Bidara |
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 | |
Dalam jawatan 11 Mei 2020 – 4 Oktober 2021 | |
Gabenor | Mohd Khalil Yaakob (2020) Mohd Ali Rustam (2020–2021) |
Timbalan | Ghazale Muhamad |
Chief Minister | Sulaiman Md Ali |
Didahului oleh | Omar Jaafar |
Digantikan oleh | Ibrahim Durum |
Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka | |
Menyandang jawatan 14 Julai 2018 | |
Pengerusi Kebangsaan | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Idris Haron |
Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Negeri Melaka | |
Menyandang jawatan 14 Julai 2018 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Timbalan | Mohamad Ali Mohamad (2018–2023) Rais Yasin (sejak 2023) |
Didahului oleh | Idris Haron |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Tanjung Bidara | |
Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
Didahului oleh | Md Rawi Mahmud (BN–UMNO) |
Majoriti | 364 (2021) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka | |
2021– | Barisan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ab Rauf bin Yusoh 20 September 1961 ![]() ![]() |
Parti politik | United Malays National Organisation (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Ab Rauf Yusoh di Facebook | |
Ab Rauf bin Yusoh (Jawi: اب رؤوف بن يوسف; lahir 20 September 1961) merupakan seorang ahli politik di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 sejak Mac 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Tanjung Bidara sejak November 2021. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga kenaikan beliau sebagai Ketua Menteri pada Mac 2023 serta sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka dari Mei 2020 hingga Oktober 2021. Beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Bahagian Masjid Tanah bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pengerusi BN dan UMNO negeri Melaka sejak Julai 2018.[1][2]
Kerjaya politik
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka (2020–2021)
Pada 11 Mei 2020, Ab Rauf telah dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka bagi menggantikan Omar Jaafar daripada PH selepas BN mengambil alih pentadbiran negeri daripada PH pada 9 Mac 2020. Pada 4 November 2021, beliau mengumumkan bahawa DUN telah dibubarkan selepas Ketua Menteri ketika itu, Sulaiman Md Ali, kehilangan sokongan majoriti di dewan akibat penarikan sokongan terhadap beliau sebagai Ketua Menteri oleh 4 orang ADUN.
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (sejak 2021)
Dalam pilihan raya negeri 2021, Ab Rauf telah membuat penampilan sulung pilihan rayanya dan dicalonkan oleh BN untuk bertanding di kerusi Tanjung Bidara bagi menggantikan penyandang yang bersara, Md Rawi Mahmud. Dalam pilihan raya yang sengit itu, beliau memperoleh sebanyak 3,559 undi dan berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Parlimen dan Undang-undang serta Ahli Parlimen (MP) bagi Masjid Tanah dengan majoriti tipis sebanyak 364 undi sahaja.
Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (2021–2023)

Pada 26 November 2021, Ketua Menteri Sulaiman telah melantik Ab Rauf sebagai Ahli EXCO Kanan bagi portfolio Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.[3] Sebagai satu-satunya Ahli EXCO Kanan, Ab Rauf merupakan de facto Timbalan Ketua Menteri dan individu kedua paling berkuasa dalam kerajaan negeri Melaka selepas Sulaiman. Dalam peranannya sebagai Ahli EXCO Kanan, Ab Rauf bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan negeri seperti Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) serta syarikat swasta tempatan dan antarabangsa. Beliau turut membantu negeri memperoleh pelbagai projek pembangunan dan pelaburan langsung. Antara projek penting ialah rangkaian rel Transit Aliran Ringan (LRT) yang menggunakan teknologi Maglev (Magnetic Levitation) dan menghubungkan semua daerah di negeri Melaka.[4][5][6][7][8]
Ketua Menteri Melaka (sejak 2023)
Membentuk EXCO dan kerajaan negeri
Pada 31 Mac 2023, Ab Rauf telah mengangkat sumpah dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi menggantikan Sulaiman[9] yang disahkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dua hari sebelumnya pada 29 Mac 2023.[10] Terdapat spekulasi dan khabar angin yang kerap bahawa Sulaiman dipaksa meletakkan jawatan oleh Ab Rauf serta wujud perselisihan antara Ab Rauf dan Sulaiman kerana Ab Rauf yang ketika itu merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan UMNO Melaka tidak dilantik sebagai Ketua Menteri selepas pilihan raya negeri 2021, sekali gus memecahkan konvensyen bahawa ketua gabungan politik dan parti terbesar lazimnya dilantik sebagai Ketua Menteri.[11] Sebaliknya, Setiausaha UMNO Melaka, Sulaiman, telah dilantik semula.[12] Namun begitu, kedua-duanya kerap menafikan spekulasi dan khabar angin tersebut. Sebelum pelantikan beliau, Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa keputusan Sulaiman untuk meletakkan jawatan adalah kerana "masalah kesihatan", yang dipersoalkan oleh ramai pihak,[13] dan hanya mencadangkan nama Ab Rauf kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam untuk dilantik sebagai Ketua Menteri baharu.[14] Pelantikan beliau turut menerima kritikan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kawasan Rembia, Muhammad Jailani Khamis yang menggelar beliau sebagai "Ketua Menteri pintu belakang". Mengulas kritikan Jailani yang bertindak menentang parti dengan tidak menyokong beliau, Ab Rauf mengambil pendekatan "tunggu dan lihat" sebelum memutuskan sebarang tindakan disiplin terhadap Jailani[15] serta menggesanya supaya tidak menjadi "wira" yang mencari publisiti politik murah dengan menentang parti dan mengkritik beliau.[16] Mengenai kemungkinan membentuk kerajaan campuran dengan Pakatan Harapan (PH) dengan melantik ADUN PH ke dalam barisan EXCO, sepertimana kerajaan campuran di peringkat Persekutuan, Ab Rauf menyatakan bahawa beliau masih belum menerima sebarang petunjuk daripada kepimpinan pusat partinya. Beliau memberi jaminan bahawa barisan EXCO akan dimuktamadkan dan diumumkan dalam tempoh dua hari selepas perbincangan bersama Ahmad Zahid. Beliau turut berikrar untuk menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur. Menurutnya, Melaka merupakan negeri paling stabil dari segi politik di Malaysia kerana BN telah memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya negeri 2021. Beliau menggambarkan barisan EXCO yang bakal dibentuk sebagai inklusif dan mencerminkan kerajaan campuran di peringkat Persekutuan, secara tidak langsung mengesahkan bahawa EXCO tersebut akan terdiri daripada ADUN BN dan PH serta bersifat pro-perniagaan dan pro-reformasi.[17] Ahmad Zahid juga secara tidak langsung mengesahkannya. Pada 1 April 2023, Ab Rauf secara terus mengesahkan perkara itu dan meminta rakyat menjangkakan barisan EXCO yang teladan, menarik dan berdaya tarikan.[18] Pada 3 April 2023, beliau mendedahkan bahawa EXCO Melaka berkemungkinan besar mengangkat sumpah dua hari kemudian pada 5 April 2023, manakala senarai tersebut telahpun diterima oleh Ahmad Zahid pada 2 April 2023.[19] Pada 5 April 2023, barisan EXCO beliau telah mengangkat sumpah. Beliau mengekalkan tujuh EXCO daripada barisan EXCO Sulaiman II dan melantik tiga ahli baharu. Barisan ini terdiri daripada 10 ADUN BN dan hanya seorang ADUN PH.[20] Beliau turut menaikkan pangkat Timbalan Pengerusi UMNO Melaka, Rais Yasin sebagai EXCO Kanan, jawatan yang sebelum ini disandang oleh Ab Rauf sendiri, sekali gus menjadikan Rais sebagai de facto Timbalan Ketua Menteri dan individu kedua paling berkuasa dalam kerajaan negeri selepas Ab Rauf. Beliau juga mengumumkan penubuhan semula jawatan Timbalan EXCO yang telah dimansuhkan pada 2018.[21] Tambahnya, kesemua 10 EXCO akan mempunyai seorang timbalan masing-masing dan 10 Timbalan EXCO tersebut akan diumumkan pada 6 April 2023. Beliau menolak dakwaan bahawa pelantikan Timbalan EXCO membazirkan sumber dan kewangan kerana hasratnya adalah untuk memberi peranan kepada semua ADUN agar dapat bekerjasama dengannya membangunkan negeri. Pada 6 April 2023, beliau menurunkan pangkat Low Chee Leong dan Zaidi Attan sebagai Timbalan EXCO, sedangkan mereka sebelum ini berkhidmat sebagai EXCO penuh. Penurunan pangkat merupakan perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia. Selepas mengumumkan barisan Timbalan EXCO, beliau menjemput dua ADUN pembangkang Melaka daripada PN untuk menyertai kerajaannya sebagai usaha membentuk kerajaan perpaduan, iaitu kerajaan tanpa pembangkang yang merangkumi semua ADUN Melaka. Sekiranya berjaya, ia bakal menjadi kerajaan perpaduan pertama dalam sejarah Melaka dan Malaysia.[22] Beliau turut menegaskan bahawa beliau lebih gemar mencari titik persamaan dengan Jailani berbanding mengambil tindakan terhadapnya. Namun, pada 7 April 2023, pelawaannya ditolak oleh Ketua Pembangkang negeri, Mohd Yadzil Yaakub kerana pihaknya mahu terus menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap kerajaan negeri dan bukannya melompat parti demi kepentingan peribadi.[23]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | N02 Tanjung Bidara | Ab Rauf Yusoh (UMNO) | 3,559 | 49.14% | Mas Ermieyati Samsudin (BERSATU) | 3,195 | 44.11% | 7,243 | 364 | 71.48% | ||
Zainal Hassan (PKR) | 489 | 6.75% |
Anugerah
Malaysia :
Panglima Jasa Negara (P.J.N.) – Datuk (2010)[25]
Melaka :
Darjah Utama Pangkuan Negeri Melaka (D.U.N.M.) – Datuk Seri Utama (2023)[26]
Darjah Gemilang Seri Melaka Panglima (D.G.S.M.) – Datuk Seri (2017)[27]
Darjah Gemilang Seri Melaka Dato' Paduka (D.C.S.M.) – Datuk Wira (2014)[28]
Darjah Gemilang Seri Melaka Kelas Pertama (D.M.S.M.) – Datuk (2002)[29]
- Jaksa Pendamai (J.P.) (2012)[30]
Pahang :
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) – Dato' Sri (2015)[31]
Rujukan
- ^ "Pakatan to challenge legitimacy of Ab Rauf as Melaka State Assembly Speaker | Malay Mail".
- ^ "Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia - UMNO Online". 30 Mei 2018.
- ^ "Rauf antara lapan muka baharu dilantik EXCO Melaka". Berita Harian. 26 November 2021. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Melaka being proposed on FDI injections to construct monorail transit depots". 6 November 2022. Dicapai pada 1 April 2023.
- ^ Equities Plt, SME Malaysia (17 November 2022). "Foreign Investment for Melaka". SMEMalaysia.com. Dicapai pada 17 November 2022.
- ^ "Aspen Gateway". aspengateway.com.my. Dicapai pada 2022-11-17.
- ^ "Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)". www.facebook.com. Dicapai pada 2022-11-17.
- ^ "Invest Melaka Berhad". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-17.
- ^ "Ab Rauf sworn in as new Melaka CM". The Star. 31 Mac 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Sulaiman officially resigns as Melaka Chief Minister". The Straits Times. 30 Mac 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Talk of new Melaka chief minister swirls as aides seen packing up". The Straits Times. 29 Mac 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Melaka Polls: Sulaiman sworn in as Melaka's 13th Chief Minister". The Star. 21 November 2021. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Tukar Sulaiman atas alasan kesihatan meragukan, kata ADUN PN". Free Malaysia Today. 31 Mac 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Sulaiman has health problems, Rauf nominated as Melaka CM, says Zahid". Sinar Daily. 30 Mac 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Ab Rauf to 'wait and see' before deciding on disciplinary action against Rembia rep". The Star. 31 Mac 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Don't be a hero, says Rauf after Jailani swipe". Free Malaysia Today. 1 April 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "New Melaka exco line-up to be inclusive and reflective of unity govt, says new CM". The Star. 1 April 2023. Dicapai pada 1 April 2023.
- ^ "Expect an 'exemplary' Melaka exco, says Ab Rauf". The Star. 1 April 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Melaka exco expected to be sworn in on April 5, says new CM". The Star. 3 April 2023. Dicapai pada 3 April 2023.
- ^ "Three new faces among Melaka exco line-up". The Star. 5 April 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Melaka deputy exco members return". The Star. 6 April 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Ab Rauf hopes two Perikatan reps join Melaka unity govt". The Vibes. 7 April 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "Melaka Opposition bloc turns down CM's invite to join state government". The Star. 7 April 2023. Dicapai pada 27 April 2023.
- ^ "N.02 TANJUNG BIDARA". SPR Dashboard. 7 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2010" (PDF). www.istiadat.gov.my.
- ^ "AB Rauf heads Melaka honours list". New Straits Times. 24 Ogos 2023.
- ^ "Wan Junaidi leads honours list in conjunction with Melaka Yang Dipertua's 79th birthday". Nurul Fhatihah Zakinan. New Straits Times. 12 Oktober 2017. Dicapai pada 25 September 2018.
- ^ "Hishammuddin dahului 781 penerima darjah kebesaran Negeri Melaka". BH. 8 Oktober 2014.
- ^ "Pengurniaan Darjah Kebesaran Bergelar Bagi Tahun 2002 Mengikut Negeri" (PDF). Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 September 2013. Dicapai pada 29 Februari 2024.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2012" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sulaiman Md Ali |
Ketua Menteri Melaka ke-13 2023 – kini |
Pemegang jawatan kini |
- Penerima Darjah Utama Negeri Melaka
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Panglima Jasa Negara
- Penerima Darjah Gemilang Seri Melaka
- Penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka
- Penerima Darjah Mulia Seri Melaka
- Tunas ahli politik Malaysia
- Kelahiran 1961
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ketua Menteri Melaka
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Orang dari Melaka
- Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka
- Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15