Onn Hafiz Ghazi | |
|---|---|
| عون حفيظ غازي | |
Onn Hafiz pada tahun 2022 | |
| Menteri Besar Johor ke-19 | |
| Menyandang jawatan 15 Mac 2022 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Didahului oleh | Hasni Mohammad |
| Kawasan pilihan raya | Machap |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
| (Pelancongan, Belia & Sukan) | |
| Dalam jawatan 6 Mac 2020 – 15 Mac 2022 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Menteri Besar | Hasni Mohammad |
| Didahului oleh | Liow Cai Tung (Pelancongan) Sheikh Umar Bagharib Ali (Belia & Sukan) |
| Digantikan oleh | Raven Kumar Krishnasamy (Pelancongan) Mohd Hairi Mad Shah (Belia & Sukan) |
| Kawasan pilihan raya | Layang-Layang |
| Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor | |
| Menyandang jawatan 5 Februari 2024 | |
| Pengerusi Kebangsaan | Ahmad Zahid Hamidi |
| Didahului oleh | Mohamed Khaled Nordin |
| Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Negeri Johor | |
| Menyandang jawatan 7 Disember 2023 | |
| Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
| Timbalan | Ahmad Maslan |
| Didahului oleh | Mohamed Khaled Nordin |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Machap | |
| Menyandang jawatan 12 Mac 2022 | |
| Didahului oleh | Abd Taib Abu Bakar (BN–UMNO) |
| Majoriti | 6,543 (2022) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Layang-Layang | |
| Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 12 Mac 2022 | |
| Didahului oleh | Abd Mutalip Abd Rahim (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Abd Mutalip Abd Rahim (BN–UMNO) |
| Majoriti | 364 (2018) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Johor | |
| 2018– | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Onn Hafiz bin Ghazi 2 Mac 1979 |
| Parti politik | (sejak 2006) |
| Gabungan politik lain | (sejak 2006) |
| Pasangan | Sharmin Fazlina Mohd Shukor |
| Pertalian | Jaafar bin Haji Muhammad (Moyang buyut) Onn Jaafar (Moyang) Mohamed Noah Omar (Moyang) Hussein Onn (Datuk sebelah ibu) Suhailah Mohamed Noah (Nenek sebelah ibu) Rahah Noah (Bibi sebelah ibu) Hishammuddin Hussein (Bapa saudara sebelah ibu) Yahya Awang (Bapa saudara sebelah ibu – melalui perkahwinan) Najib Razak (Sepupu ibu – generasi pertama) Nazir Razak (Sepupu ibu – generasi pertama) Mohd Nizar Najib (Sepupu – generasi kedua) Nazifuddin Najib (Sepupu – generasi kedua) |
| Anak | 4 |
| Ibu bapa | Ghazi Ishak (died 2021) Roquaiya Hanim Hussein (died 2006) |
| Pendidikan | Maktab Tentera Diraja |
| Tempat belajar | Universiti Hertfordshire (BA) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Akauntan |
Onn Hafiz bin Ghazi (Tulisan Jawi: عون حفيظ بن غازي; lahir 2 Mac 1979) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor ke-19 dan Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Machap sejak Mac 2022. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ADUN bagi Layang-Layang dari Mei 2018 hingga Mac 2022.[1] Dari Mac 2020 sehingga pelantikannya sebagai Menteri Besar pada Mac 2022, beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Menteri Besar Hasni Mohammad.[2] Beliau ialah ahli dan Ketua Bahagian Simpang Renggam bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi BN dan UMNO Negeri Johor masing-masing sejak Disember 2023 dan Februari 2024.
Kehidupan awal, keluarga dan pendidikan
Onn Hafiz dilahirkan di Simpang Renggam, Kluang, Johor kepada Dato' Ghazi Ishak (1943–2021) dan Datin Roquaiya Hanim Hussein (1949–2006), anak sulung kepada Hussein Onn. Beliau berasal daripada keluarga yang mempunyai legasi politik yang panjang. Beliau merupakan cicit kepada Menteri Besar Johor yang pertama, Jaafar bin Haji Muhammad; cicit kepada Menteri Besar Johor ketujuh dan Presiden pertama UMNO, Onn Jaafar; cucu kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Hussein Onn; serta anak saudara kepada bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.
Onn Hafiz mendapat pendidikan di Maktab Tentera Diraja (MTD). Beliau kemudiannya menerima Ijazah Sarjana Muda (BA) dalam bidang Perakaunan dari Universiti Hertfordshire.
Kerjaya politik
Onn Hafiz merupakan EXCO Pemuda UMNO pada tahun 2013 hingga 2018 di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin. Dalam pilihan raya 2018, beliau dipilih sebagai calon bagi kerusi Layang-Layang[3] dan memenanginya dengan majoriti kecil sebanyak 364 undi menewaskan calon daripada PKR dan PAS. Dalam pilihan raya 2022, Onn Hafiz berpindah kawasan ke Machap dan memenanginya dengan majoriti 6,543 undi, menewaskan tiga calon termasuk calon PEJUANG, Shahruddin Md Salleh.[4]
Pada 15 Mac 2022, Onn Hafiz secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dan ke-19, merupakan pemegang jawatan keempat dalam hanya satu penggal Parlimen Malaysia. Pada peringkat awal selepas pilihan raya negeri 2022, Pengerusi BN dan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa beliau akan mengemukakan nama penyandang ketika itu dan Menteri Besar sementara, Hasni Mohammad, kepada Sultan Johor untuk dilantik semula ke jawatan tersebut selepas BN mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya berkenaan. BN sebelum itu turut menamakan Hasni sebagai calon Menteri Besar mereka sebelum kembali membentuk kerajaan. Namun sehari sebelum pelantikan, Hasni secara mengejut mengumumkan penarikannya daripada pencalonan dan menyatakan bahawa beliau akan memberi laluan serta menyokong calon yang lebih muda bagi memimpin kerajaan negeri demi pembangunan jangka panjang Johor. Onn Hafiz kemudiannya dilantik pada hari berikutnya.
Kontroversi dan isu
Skandal 1MDB
Pada April 2019, Onn Hafiz menjadi saksi dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak berkaitan kes rasuah yang melibatkan jutaan ringgit berkaitan dana negeri 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa syarikatnya, Vital Spire, menerima cek sebanyak RM240,000 daripada Najib untuk melancarkan portal Malaysian Digest.[5]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | N27 Layang-Layang | Onn Hafiz Ghazi (UMNO) | 7,449 | 46.93% | Murugan Muthu Samy (PKR) | 7,085 | 44.63% | 16,257 | 364 | 81.90% | ||
| Mohd Jubri Selamat (PAS) | 1,339 | 8.44% | ||||||||||
| 2022 | N26 Machap | Onn Hafiz Ghazi (UMNO) | 11,029 | 56.64% | Azlisham Azhar (PAS) | 4,486 | 23.04% | 19,473 | 6,543 | 57.67% | ||
| Sangaran Rawisandran (MUDA) | 3,493 | 17.94% | ||||||||||
| Shahruddin Md Salleh (PEJUANG) | 465 | 2.39% | ||||||||||
Anugerah
Malaysia
Penerima Pingat Istiadat Yang di-Pertuan Agong ke-17 (2024)
Wilayah Persekutuan
Komander Darjah Mahkota Wilayah (P.M.W.) – Datuk (2018)[9]
Johor
Dato’ Sri Darjah Kebesaran Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J.) – Dato' (2023)[10]
Rujukan
- ^ Hammim, Rizalman (15 Mac 2022). "Onn Hafiz sworn in as new Johor MB". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mac 2022.
- ^ "Onn Hafiz terima surat tauliah pelantikan MB Johor". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2022-03-15. Dicapai pada 2022-03-15.
- ^ "Onn Hafiz continue Onn Jaafar's legacy". New Straits Times. 28 April 2018. Dicapai pada 24 Mac 2022.
- ^ "Johor polls: Shahruddin and Onn Hafiz in four-cornered fight in Machap". Astro Awani. 26 Februari 2022. Dicapai pada 24 Mac 2022.
- ^ Mohd, Hidir Reduan & Hariz (2019-04-23). "Najib paid Umno rep kin RM240k to run news portal". Malaysiakini.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
- ^ "370 dapat pingat sempena Hari Wilayah". Berita Harian. 1 Februari 2018. Dicapai pada 24 Mac 2022.
- ^ "Indonesia's Defence Minister, Johor MB among six awarded titles in conjunction with Johor Ruler's birthday". The Star. 22 November 2023. Dicapai pada 22 November 2023.
Pautan luar
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Hasni Mohammad |
Menteri Besar Johor ke-19 2022 – kini |
Pemegang jawatan kini |









