Tuan PW (1) Bersara Karupaiya Mutusami AP | |
---|---|
கருப்பையா முத்துசாமி | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Padang Serai | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | N. Surendran |
Digantikan oleh | Azman Nasrudin |
Majoriti | 8,813 (2018) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Karupaiya a/l Mutusami 4 Februari 1953 Hospital Kulim, Padang Serai, Kulim, Kedah |
Mati | 16 November 2022 Hospital Kulim, Kedah | (umur 69)
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Anggota Tentera |
Tuan PW1 B Karupaiya a/l Mutusami (Tamil: கருப்பையா முத்துசாமி, rumi: Karuppaiyā muttucāmi ; 4 Februari 1953 – 16 November 2022) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Padang Serai selama sepenggal (2018-2022). Beliau pernah berkhidmat di bawah Angkatan Tentera Malaysia dengan jawatan terakhir Pegawai Waran 1 (Bersara).
Kehidupan awal
Karupaiya a/l Mutusami dilahirkan pada 4 Februari 1953 di Hospital Lama Kulim, Padang Serai, Kulim, Kedah.[1][2]
Kerjaya
- Ahli politik
Jawatan dalam parti
- Ketua Cabang PKR Padang Serai
Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan
- Penaung Angkatan Tentera India Malaysia (Perim)
- Penaung Bekas Angkatan Tentera Malaysia
- Lembaga IPS Sekolah Tamil Bukit Mertajam
Pendidikan
- Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Undi | Peratusan | Penentang | Undi | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P17 Padang Serai, Kedah | Karupaiya Mutusami (PKR) | 31,724 | 37.40% | ||||||||
Leong Yong Kong (MCA) | 15,449 | 18.20% | 70,911 | 8,813 | 83.59% | |||||||
Muhammad Sobri Osman (PAS) | 22,911 | 27.00% |
Kematian
Beliau telah meninggal dunia semasa dalam tempoh berkempen untuk Pilihan raya umum Malaysia 2022 pada 16 November 2022 pada usia 69 tahun di Hospital Kulim, Kedah akibat serangan jantung.[6]
Rujukan
- ^ https://www.buletintv3.my/nasional/jasad-karupaiya-dibawa-ke-krematorium-berapit/
- ^ https://twitter.com/KarupaiyaP017/status/1587376395348762627
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ KEMASKINI Calon PH Padang Serai meninggal dunia akibat serangan jantung