Yang Berhormat Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem PJN , KMN , SSAP , PNBS , JBS , AP | |
---|---|
![]() | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Serian, Sarawak | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 1990 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Lainus Andrew Luwak |
Duta Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri ke Asia Timur | |
Dalam jawatan 2 September 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Dalam jawatan 20 April 2020 – 16 0gos 2021 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Menteri Sumber Manusia Malaysia | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 9 Mei 2018 | |
Timbalan | Ismail Abd Muttalib |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Richard Riot Anak Jaem Serian, Sarawak | 1 Disember 1951
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (-2018) Gabungan Parti Sarawak (2018-) |
Pasangan | Datin Sri Mincha @ Kayen Lingeng |
Kediaman | Serian, Sarawak |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Dato' Sri Richard Riot anak Jaem (lahir pada 1 Disember 1951) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob dan Anwar Ibrahim ke Asia Timur sejak Mei 2020 serta Ahli Parlimen (MP) Serian sejak Oktober 1990. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Luar Negeri dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Anifah Aman dari Jun 2010 hingga Mei 2018. Beliau merupakan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau juga telah berkhidmat Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB). Beliau kini juga merupakan salah seorang Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.
Anugerah
Malaysia :
Pegawai Kesatria Mangku Negara (KMN)
Komander Darjah Yang Mulia Jasa Negara (PJN) – Datuk
Penerima Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 (2024)
Pahang :
Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri
Sarawak :
Pegawai Bintang Sarawak (JBS)
Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato Sri
Pilihan Raya Umum 2022
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang diadakan pada 19 November 2022, penyandang kerusi Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), berjaya mempertahankan kerusinya dengan majoriti besar sebanyak 16,697 undi. Beliau memperoleh 22,876 undi iaitu 57.23% daripada jumlah keseluruhan undi sah.
Empat calon lain yang mencabar beliau termasuk Alim Impira (Bebas), Elsiy Tinggang (Parti Sarawak Bersatu – PSB), dan Learry Jabul (Pakatan Harapan – DAP), masing-masing memperoleh 6,179 undi (15.46%), 5,630 undi (14.08%) dan 5,289 undi (13.23%).
Seramai 40,620 orang pengundi keluar mengundi daripada lebih 66,000 pengundi berdaftar, mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 61.24%. Keputusan ini sekali lagi meneguhkan kedudukan Richard Riot sebagai antara Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Richard Riot Anak Jaem bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Serian , negeri Sarawak. Datuk Richard Riot Anak Jaem telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15793.
Calon lawan ialah Belayong Anak Jayang dari (SNAP) mendapat 2,366 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 66.3% . Undi rosak sebanyak 332.
Keputusan Pilihan Raya
Pilihan Raya Umum ke-15 (2022)
Calon | Parti / Gabungan | Undi | % Undi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Richard Riot Jaem | Gabungan Parti Sarawak (SUPP) | 22,876 | 57.23% | Menang |
Alim Impira | Bebas | 6,179 | 15.46% | - |
Elsiy Tinggang | Parti Sarawak Bersatu (PSB) | 5,630 | 14.08% | - |
Learry Jabul | Pakatan Harapan (DAP) | 5,289 | 13.23% | - |
Jumlah Keluar Mengundi | 40,620 | 61.24% |
- Majoriti: 16,697 undi
- Penyandang: Richard Riot Jaem (SUPP – GPS)
- Tarikh: 19 November 2022
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | William Aham | 7,664 | 41% | Richard Riot Jaem (IND) | 10,349 | 56% | ||
1995 | Richard Riot Jaem (SUPP) | 12,116 | 59% | Marcellus Munjan (IND) | 4,562 | 22% | ||
1999 | Richard Riot Jaem (SUPP) | 12,491 | 69% | Anthony Polycarp Munjan (STAR) | 4,040 | 22% | ||
2004 | Richard Riot Jaem (SUPP) | 13,960 | 75% | Henry Ginai Langgi (IND) | 4,265 | 23% | ||
2008 | Richard Riot Jaem (SUPP) | 15,793 | 85% | Belayong Jayang (SNAP) | 2,366 | 13% | ||
2013 | Richard Riot Jaem (SUPP) | 19,494 | 74% | Edward Andrew Luak (DAP) | 6,343 | 24% |
Kontroversi
Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 pada Mac 2008, timbul spekulasi bahawa Richard Riot akan melompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti pembangkang ketika itu; namun beliau menafikan spekulasi tersebut dan perkara itu tidak menjadi kenyataan.
Pada September 2017, Riot terpalit dalam dakwaan rasuah selepas RM40 juta didapati hilang daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia yang diterajuinya sebagai menteri. Antara yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk setiausaha politik beliau sendiri. Riot turut dipanggil oleh SPRM dan disoal siasat selama 10 jam.
Susulan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 yang bersejarah pada Mei 2018 yang menyaksikan kejatuhan gabungan Barisan Nasional daripada tampuk pemerintahan, khabar angin kembali tersebar bahawa Riot sekali lagi cuba menyertai PKR, yang kini merupakan parti komponen dalam gabungan pemerintah, Pakatan Harapan (PH). Namun, perkara itu dinafikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri PKR Sarawak, Baru Bian. Malah, Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen turut menasihati parti-parti sekutu agar tidak menerima Riot, sambil menyatakan bahawa partinya sendiri, Parti Tindakan Demokratik (DAP), tidak akan berbuat demikian.
Kurang setahun kemudian, pada Februari 2019, Riot sekali lagi dikaitkan dengan spekulasi bahawa beliau akan melompat parti, kali ini ke Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang merupakan parti serpihan daripada SUPP.
Pada 29 Februari semasa krisis politik Malaysia 2020, Riot dilaporkan telah keluar daripada SUPP untuk menyertai PKR semula. Namun begitu, khabar angin yang tidak tepat itu segera dinafikan selepas satu klip video penafian daripada beliau tular pada keesokan harinya.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 11 April 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout (including votes for other candidates not listed).
- Kelahiran 1951
- Orang hidup
- Anggota Parti Rakyat Bersatu Sarawak
- Orang dari Sarawak
- Kristian Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Dayak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Bidayuh
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15