Dato Sri Lee Kim Shin (Cina Ringkas: 李景胜; Cina Tradisional: 李景勝; pinyin: Lǐ Jǐngshèng; lahir 28 Februari 1950),[1] adalah seorang ahli politik Sarawak yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan Sarawak dalam pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg sejak Ogos 2019 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Senadin sejak September 1996. Beliau adalah ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti komponen gabungan GPS yang memerintah.
Pendidikan
Lee adalah lulusan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (B.Soc.Sc.) (Kepujian). Dia juga dianugerahkan dengan Doctor of Letters honoris causa dari Universiti Curtin, Australia Barat.[2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1996 | N57 Senadin | Lee Kim Shin (SUPP) | 9,568 | 76.23% | Yong Honng Fuh (BEBAS) | 1,811 | 14.43% | 12,552 | 7,757 | 56.65% | ||
Hadin Mulau (BEBAS) | 1,173 | 9.34% | ||||||||||
2001 | Lee Kim Shin (SUPP) | 13,104 | 77.04% | Michael Teo Yu Keng (PKR) | 3,905 | 22.96% | 17,490 | 9,199 | 62.17% | |||
2006 | N65 Senadin | Lee Kim Shin (SUPP) | 7,173 | 75.13% | Chai Chook Fui (PKR) | 2,374 | 24.87% | 9,772 | 4,799 | 57.73% | ||
2011 | Lee Kim Shin (SUPP) | 7,334 | 50.20% | Michael Teo Yu Keng (PKR) | 7,276 | 49.80% | 14,816 | 58 | 66.05% | |||
2016 | N75 Senadin | Lee Kim Shin (SUPP) | 10,683 | 58.84% | Bob Baru Langub (DAP) | 7,145 | 39.35% | 18,358 | 3,538 | 65.86% | ||
Philemon John Edan (PBDSB) | 329 | 1.81% | ||||||||||
2021 | Lee Kim Shin (SUPP) | 10,535 | 62.30% | Marcus Hugo (DAP) | 2,944 | 17.41% | 16,909 | 7,591 | 50.51% | |||
Suzanne Lee Tze Ha (PSB) | 1,896 | 11.21% | ||||||||||
Eric Ngieng Sheng (PBK) | 1,023 | 6.05% | ||||||||||
Bobby William (BEBAS) | 511 | 3.02% |
Penghargaan
Malaysia :
Pegawai Kesatria Mangku Negara (KMN) (2000)[3][2]
Komander Darjah Yang Mulia Jasa Negara (PJN) – Datuk (2006)[2]
Sarawak :
Kesatria Bentara Bintang Sarawak (BBS) (1984)[2]
Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) Pingat Pentadbiran Awam (Sarawak) (PPB) (1990)[2]
Pegawai Bintang Sarawak (PBS) (1995)[2]
Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato Sri (2021)[4]
Lihat juga
- Seladin (kawasan negeri)
Rujukan
- ^ "DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK". Dewan Undangan Negeri Sarawak. 2008. Dicapai pada 22 Februari 2019.
- ^ a b c d e f "YB DATUK LEE KIM SHIN". Kerajaan Sarawak. Dicapai pada 22 Februari 2019.
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 22 Februari 2019.
- ^ Ahmad Urai, Abdul Karim dan Pandelela antara penerima darjah kebesaran TYT Sarawak
- Kelahiran 1951
- Orang hidup
- Orang dari Sarawak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Anggota Parti Rakyat Bersatu Sarawak
- Alumni Universiti Sains Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-16
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19