YB Tan Sri William Mawan Ikom merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Dayak dari Sarawak. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Sosial Sarawak di bawah kepimpinan Abdul Taib Mahmud dan Adenan Satem. Beliau juga merupakan penyandang kerusi Pakan sejak tahun 1991.
Yang Berhormat Tan Sri William Mawan Anak Ikom PNBS, PGBK, AMN, PBS, PBJ | |
---|---|
Penasihat Pejabat Premier Sarawak[1] (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Premier Sarawak | Abang Johari Tun Openg |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Pakan | |
Menyandang jawatan 1991 | |
Didahului oleh | Jawie Wilson Masing |
Menteri Pembangunan Sosial Sarawak | |
Ketua Menteri | Abdul Taib Mahmud (-2014) Adenan Satem (2014-2016) |
Digantikan oleh | Fatimah Abdullah |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Saratok | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Jelaing Mersat |
Digantikan oleh | Ali Biju |
Presiden dan Pengasas Parti Tenaga Rakyat Sarawak | |
Dalam jawatan 2014–2016 | |
Didahului oleh | Baru diwujudkan |
Digantikan oleh | Parti dibubarkan |
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak | |
Dalam jawatan 2004–2014 | |
Didahului oleh | Baru diwujudkan |
Digantikan oleh | Tiong King Sing |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1 Disember 1949 (72 tahun) Crown colony of Sarawak |
Parti politik | -SNAP (-2004) (2004-2014) TERAS (2014-2016) (2016-2018) (2018-kini) |
Kediaman | petra jaya Kuching |
Pekerjaan | Ahli politik |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]William Mawan Ikom merupakan anggota Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). SNAP merupakan sebuah parti politik yang mementingkan hak rakyat Sarawak khususnya kaum Dayak. SNAP berpecah apabila Leo Moggie menubuhkan Parti Bansa Dayak Sarawak. Pada tahun 2004, Parti Bansa Dayak Sarawak kemudiannya berpecah ke Parti Rakyat Sarawak yang dipimpini oleh James Jemut Masing. Pada tahun 2002, tercetus krisis kepimpinan SNAP apabila pemimpin tertinggi mereka saling bersengketa menyebabkan terdapat dua kumpulan.
William Mawan Ikom seterusnya menubuhkan Parti Demokratik Progresif (PDP) pada tahun 2004 memandangkan parti SNAP telah dibubarkan pada tahun 2003 dan 2004 oleh (RoS). Parti Demokratik Progresif Sarawak bekerjasama dengan parti Barisan Nasional Sarawak yang lain iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan Parti Rakyat Sarawak.
Beliau berkhidmat sebagai anggota kabinet negeri Sarawak memegang portfolio Menteri Pembangunan Sosial Sarawak semasa pemerintahan Abdul Taib Mahmud dan Adenan Satem (2014-2016). Beliau walau bagaimanapun tidak tersenarai dalam kabinet baharu Adenan Satem pada tahun 2016 dan seterusnya kabinet Abang Zohari pada tahun 2017 yang menggantikan Adenan Satem setelah beliau meninggal dunia.
Pada tahun 2014, William Mawan Ikom mengambil keputusan drastik sekali lagi apabila beliau telah menarik 10 wakil rakyat untuk menarik diri dari Parti Demokratik Progresif tetapi masih menyokong BN. Beliau seterusnya menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS). Beliau berusaha keras untuk memperluaskan pengaruh parti ini di Sarawak. Namun demikian, menjelang Pilihan raya negeri Sarawak 2016 beliau mengumumkan bahawa beliau sudahpun menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu. Perkara ini seterusnya menyebabkan Parti TERAS terbubar.
Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing menggantikan beliau sebagai Presiden PDP. Tiong King Sing telahpun menjenamakan semula Parti Demokratik Progresif Sarawak ke Parti Demokratik Progresif di mana parti tersebut telahpun melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia. William Mawan Ikom yang kini merupakan ahli PBB diberikan kepercayaan oleh kepimpinan parti itu untuk bertanding di kerusi Pakan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut yang disandangnya sejak tahun 1991.