Jerip Anak Susil | |
|---|---|
| 0 0 | |
| Timbalan Presiden Bagi Parti Sarawak Bersatu | |
| Dalam jawatan pada 2019 – 2023 | |
| Didahului oleh | 0 |
| Digantikan oleh | - |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Mambong | |
| Menyandang jawatan 7 Mei 2016 | |
| Didahului oleh | kawasan ditukar nama daripada DUN Bengoh |
| Digantikan oleh | - |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Bengoh | |
| Dalam jawatan 2001–2016 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | kawasan ditukar nama kepada DUN Mambong |
| Timbalan Menteri Pengangkutan I (Udara & Jalan) | |
| Menyandang jawatan 22 April 2021 | |
| Menteri | Lee Kim Shin |
| Premier | Abang Johari Openg |
| Didahului oleh | - |
| Digantikan oleh | - |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Jerip Anak Susil 28 April 1957 Sarawak |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | • Parti Sarawak Bersatu (2012-2019), • Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (2019-Kini) |
| Gabungan politik lain | Gabungan Parti Sarawak (2019-kini) |
| Tinggi | 0 |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Bidang pengkhususan | 0 |
| Tandatangan | |
YB Datuk Dr. Jerip Susil (lahir 28 April, 1957) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dayak.
Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak bersama dengan Henry Harry Jinep dan Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN bagi kawasan Mambong.
Sebelum menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) jerip pernah menjadi Timbalan Presiden Bagi Parti Sarawak Bersatu pada 2019 sebelum dibubar sepenuhnya pada 2023
Anugerah
Sarawak :
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) – Datuk
Kerjaya politik
Beliau telah memenangi kerusi Bengoh pada pilihan raya negeri 2001, ketika menjadi ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN), dan mempertahankan kerusi itu selama 2 penggal. Namun pada 2014 beliau telah keluar parti SUPP bersama sebahagian besar ahli lain, dan bersama-sama menubuhkan parti baharu Parti Rakyat Bersatu (UPP). UPP, walaupun tidak menyertai BN sebagai komponen parti, menyatakan sokongan terhadap pemerintahan parti itu, dan menyebabkan beberapa ahli UPP dipilih sebagai calon BN secara terus pada pilhanraya negeri 2016, termasuk Jerip yang dipilih sebagai calon DUN Mambong.[1]
Pada tahun 2019, Jerip mengumumkan keluar parti UPP, yang kini dikenali sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB).[2] PSB tidak menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS), sebuah gabungan yang dibentuk setelah semua komponen parti BN Sarawak mengumumkan keiuar gabungan itu setelah kekalahan BN dalam pilihan raya Malaysia 2018. Jerip, bekas timbalan presiden PSB yang menyatakan sokongannya pada GPS, kemudian menyertai parti gabungan tersebut Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB}.[3]
Keputusan Pilihan Raya
Dewan Undangan Negeri (DUN)
| Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2021 | Mambong | Jerip Susil | GPS (PBB) | 5,865 | Sanjan Daik | PSB | 2,794 | 3,071 |
| Chan Hong Hiung | DAP | 1,517 | ||||||
| Joshua Roman | PBK | 958 | ||||||
| Chong Siew Hung | ASPIRASI | 143 | ||||||
| 2016 | Jerip Susil | BN (Ahli terus) | 6,161 | Sanjan Daik | DAP | 2,828 | 3,333 | |
| Willie Mongin | PKR | 2,645 |
Rujukan
- ^ "Jerip Susil calon langsung BN pertama". Berita Harian. 5 April 2016. Dicapai pada 22 Mei 2025.
- ^ Joni, Melvin (11 Julai 2019). "Dr Jerip keluar PSB". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mei 2025.
- ^ Jawing, Jessica (24 Oktober 2019). "Dr Jerip kini ahli PBB". www.utusanborneo.com.my. Dicapai pada 22 Mei 2025.
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1957
- Ahli politik Malaysia berketurunan Dayak
- Bekas anggota Parti Rakyat Bersatu Sarawak
- Bekas anggota Parti Sarawak Bersatu
- Anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-16
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19
- Projek AliffHaziq








