YB Senator Tuan Robert Lau Hui Yew atau Robert Lau Junior ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) untuk penggal kedua. Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Bendahari Agung SUPP dan Ketua SUPP Cawangan Bawang Assan.
YB Senator Tuan Robert Lau Hui Yew | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 5 Mei 2024 – 4 Mei 2027 | |
Raja | Sultan Ibrahim |
Penggal | Kedua |
Dalam jawatan 22 Jun 2020 – 21 Jun 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Penggal | Pertama |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1965 (59 tahun) |
Parti politik | Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Politik
Robert Lau menjadi ahli politik selama 17 tahun dan menjadi Penolong Bendahari SUPP cawangan Sibu.
Pilihan raya kecil Sibu
Robert Lau merupakan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Sibu 2010. Beliau adalah sepupu kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, penyandang kerusi Parlimen Sibu selama lima penggal.
Kuarters kilang papan terbakar
Pada 8 Mei 2010, kuarters 10 orang pekerja kilang papan milik bapanya di Sibu terbakar. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail menafikan sebarang unsur khianat walaupun hari ini adalah hari penamaan calon di Sibu.[1]
Rujukan