V. T. Sambanthan | |
---|---|
Menteri Perpaduan Negara | |
Dalam jawatan 1970–1973 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Napsiah Omar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sungai Siput | |
Dalam jawatan 1971 – 30 Jun 1973 | |
Didahului oleh | Parlimen Malaysia dibuka semula |
Digantikan oleh | Datuk Seri S. Samy Vellu |
Dalam jawatan 2024–1969 | |
Didahului oleh | Parlimen Malaysia ditubuhkan |
Digantikan oleh | Parlimen dibubarkan |
Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom | |
Dalam jawatan 1959–1970 | |
Didahului oleh | Sardon Jubir |
Digantikan oleh | Sardon Jubir |
Menteri Kesihatan | |
Dalam jawatan 1957–1959 | |
Didahului oleh | Lee Chong Wei |
Digantikan oleh | Ong Yoke Lin |
Menteri Buruh | |
Dalam jawatan 1955–1957 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Ong Yoke Lin |
Anggota Parlimen Malaya untuk Sungai Siput | |
Dalam jawatan 27 Julai 1955 – 1963 | |
Didahului oleh | Parlimen Malaya ditubuhkan |
Digantikan oleh | Parlimen Malaya dibubarkan |
Presiden Kongres India Malaysia ke-5 | |
Dalam jawatan Mei 1955 – 30 Jun 1973 | |
Didahului oleh | K. L. Devaser |
Digantikan oleh | Tan Sri V. Manickavasagam Pillai |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sungai Siput, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) | 16 Jun 1919
Mati | 18 Mei 1979 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 59)
Parti politik | Kongres India Malaysia (MIC) |
Pasangan | Toh Puan Umasundari Sambanthan |
Anak | Deva Kunjari |
Tempat belajar | Universiti Annamalai |
Pekerjaan | Pengerusi MIC Menteri di dalam Kabinet Malaysia |
Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 – 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah Parti Hitam Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia.
Kehidupan awal
Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.
Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti.
Politik
Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi presiden Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.
Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.
Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society).
Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.
Pilihan raya 1959
Sebagai ahli politik Perikatan/ MIC di Malaysia, beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Sungai Siput, negeri Perak (1958-1964).
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Meninggal dunia
Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, jalan Brickfields di Brickfields, Kuala Lumpur ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan sejak 1982. Serta, Monorel Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan
- Penerima Seri Setia Mahkota
- Kelahiran 1919
- Kematian 1979
- Anggota Kongres India Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan India
- Orang Malaysia berketurunan Tamil
- Hindu Malaysia
- Orang dari Perak
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Pengasas parti politik di Malaysia
- Kematian akibat serangan jantung
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pertama
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-2
- Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-3
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Menteri Buruh Persekutuan Tanah Melayu
- Menteri Kesihatan Persekutuan Tanah Melayu
- Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom Persekutuan Tanah Melayu
- Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom Malaysia
- Penerima Pingat Peringatan Malaysia (Emas)