Lim Chong Eu | |
---|---|
![]() | |
Ketua Menteri Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 19 Mei 1969 – 25 Oktober 1990 | |
Gabenor | Tun Syed Sheh Syed Hassan Barakbah Tun Sardon Jubir Tun Dr. Awang Hassan Tun Hamdan Sheikh Tahir |
Didahului oleh | Tan Sri Wong Pow Nee |
Digantikan oleh | Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon |
Presiden Persatuan Cina Malaysia | |
Dalam jawatan Mac 1958 – Julai 1959 | |
Didahului oleh | Tun Tan Cheng Lock |
Digantikan oleh | Dr. Cheah Toon Lok (pemangku) Tun Tan Siew Sin |
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 1969–1980 | |
Didahului oleh | Profesor Dato' Dr. Syed Hussein Alatas |
Digantikan oleh | Tun Dr. Lim Keng Yaik |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat, British Malaya (kini Malaysia) | 28 Mei 1919
Meninggal dunia | 24 November 2010 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia | (umur 91)
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Gerakan (1968–1990) Parti Demokratik Bersatu (1962–1968) MCA (1952–1962) Parti Radikal Malaya (1951–1952) |
Pasangan | Toh Puan Datin Seri Utama Goh Sing Yeng |
Anak | 4 |
Kediaman | Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia |
Pekerjaan | Doktor perubatan Ahli politik |
Tun Dato' Seri Utama Dr. Lim Chong Eu (28 Mei 1919 – 24 November 2010) seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ke-2 dari Mei 1969 hingga Oktober 1990 dan merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling lama berkhidmat. Beliau juga merupakan salah satu pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)bersama sama V. Veerapan,Syed Hussain Alatas, Dr. Tan Chee Khoon, Dr. J.B.A. Peter dan Professor Wang Gungwu.[1]
Beliau dikenali kerana dasar yang lebih pro-Cina berbanding pemimpin-pemimpin lain pada waktu itu. Lim Chong Eu berusaha untuk meningkatkan kedudukan bahasa Cina dalam sistem pendidikan dan dalam kehidupan rasmi. Salah satu cadangan kontroversial yang beliau kemukakan adalah untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi negara, bersaing dengan bahasa Melayu, yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia.Namun, cadangan ini mendapat tentangan hebat dari Tunku Abdul Rahman dan ramai pemimpin Melayu yang bimbang ia akan mengancam perpaduan nasional serta dominasi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada masa itu, Malaysia sedang dalam proses membina identiti nasional yang berasaskan kepada konsep "satu bangsa, satu bahasa", dengan bahasa Melayu sebagai elemen penting dalam perpaduan kaum.[2][3][4]
Kehidupan awal
Dilahirkan di Pulau Pinang, beliau mendapat pendidikan di Penang Free School. Kemudian, pada 1937, beliau mendapat biasiswa King untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Edinburgh, Scotland dan mendapat ijazah perubatan dan pembedahan pada 1944.
Pada tahun 1951, beliau dilantik Ahli Lembaga Tempatan Pulau Pinang dan pada tahun 1955, beliau dilantik ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.
Politik

Pada 1958 ketika perhimpunan agong parti MCA, beliau mencabar Tun Tan Cheng Lock, dan menang dengan majoriti 22 undi.
Selepas kemenangan itu,beliau memanggil Perhimpunan Agung Luar Biasa untuk meminda perlembangaan MCA. Tindakan beliau telah menyebabkan perpecahan dalam parti dan pada masa yang sama, beliau berselisih pendapat dengan Tunku Abdul Rahman.
Krisis tersebut bertambah tegang apabila pada pilihan raya 1959, beliau mendesak 40 kerusi parlimen dan mendesak bahasa cina sebagai bahasa kebangsaan. Ketika pentadbiran beliau, MCA mendapat tekanan dari dalam dan luar parti.
Kemudian pada Disember 1960, beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA untuk Parti Demokratik Bersatu atau United Democratic Party (UDP) pada 1962 dan kemudianya menubuhkan pula Parti Gerakan pada 1968.[5]
Walaupun Lim Chong Eu berjuang untuk kepentingan kaum Cina, beliau juga berusaha untuk memperkukuhkan ekonomi Pulau Pinang dan memajukan negeri itu sebagai pusat perindustrian dan ekonomi yang penting di Malaysia. Di bawah pimpinan beliau, Pulau Pinang mengalami transformasi besar, terutamanya dalam sektor perindustrian dan pelaburan asing.
Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1969 hingga 1990.
Kontoversi
Dasar Pro Cina
eliau dikenali kerana dasar yang lebih pro-Cina berbanding pemimpin-pemimpin lain pada waktu itu. Salah satu isu yang mengundang perhatian adalah pendiriannya mengenai bahasa Cina.
Lim Chong Eu berusaha untuk meningkatkan kedudukan bahasa Cina dalam sistem pendidikan dan dalam kehidupan rasmi. Salah satu cadangan kontroversial yang beliau kemukakan adalah untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi negara, bersaing dengan bahasa Melayu, yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. Beliau percaya bahawa masyarakat Cina di Malaysia berhak mendapat pengiktirafan yang lebih dalam aspek bahasa dan budaya mereka, yang merangkumi penggunaan bahasa Cina dalam sistem pendidikan dan di peringkat kerajaan.
Namun, cadangan ini mendapat tentangan hebat dari Tunku Abdul Rahman dan ramai pemimpin Melayu yang bimbang ia akan mengancam perpaduan nasional serta dominasi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada masa itu, Malaysia sedang dalam proses membina identiti nasional yang berasaskan kepada konsep "satu bangsa, satu bahasa", dengan bahasa Melayu sebagai elemen penting dalam perpaduan kaum.
Selain itu, Lim juga memperjuangkan hak-hak komuniti Cina dalam bidang ekonomi dan politik, dan beliau sering dianggap sebagai pembela bagi kebajikan dan kepentingan masyarakat Cina di Malaysia. Ini berbeza dengan pendekatan lebih sederhana yang diambil oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin Melayu yang lain.
Ketegangan ini menyebabkan krisis dalaman dalam MCA, yang akhirnya menyaksikan Lim Chong Eu meninggalkan parti tersebut dan meneruskan perjuangannya melalui GERAKAN. Di bawah pimpinan beliau, GERAKAN menjadi suara penting bagi komuniti Cina yang mahukan pengiktirafan lebih besar dalam aspek politik dan budaya di Malaysia.
Perjuangan Lim Chong Eu dalam memperjuangkan hak-hak komuniti Cina dan cadangannya untuk mengiktiraf bahasa Cina sebagai bahasa rasmi kedua
Dasar Ekonomi dan Favoritisme
Semasa memimpin Pulau Pinang, Lim Chong Eu dipuji atas usahanya mengubah negeri ini menjadi pusat perindustrian, terutamanya dengan menarik pelaburan asing. Namun, dasar-dasarnya juga dikritik oleh sesetengah pihak yang mendakwa beliau lebih memihak kepada kumpulan atau perniagaan tertentu dalam komuniti Cina, terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan partinya, Gerakan. Tuduhan favoritisme dan kronisme sering dilemparkan kepada pentadbirannya, terutamanya oleh mereka yang merasakan beberapa projek atau kontrak diberikan kepada perniagaan yang mempunyai hubungan politik.
Persaraan dan akhir hayat
Selepas bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi pengerusi pelbagai syarikat gergasi.
Pada akhir bulan Oktober 2010, Lim dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana diserang angin ahmar. Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Hillside, Taman Bungah, pada jam 9 malam, 24 November 2010.[6] Jenazah beliau diletakkan di Dewan Sri Pinang mulai 26 November untuk penghormatan terakhir dari orang ramai, kemudian diberikan upacara pengebumian peringkat negeri dalam bentuk perarakan yang dihadiri 5,000 orang, lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung pada 1.15 petang, 28 November.[7]
Memorial
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 17.84 km yang terdiri daripada Lebuhraya Jelutong dan Lebuhraya Bayan Lepas dinamakan sempena nama beliau pada 7 Disember 2010.[8][9]
Rujukan
- ^ "The Early Years, 1968–1972". Parti Gerakan Rakyak Malaysia.
- ^ https://www.geni.com/people/LIM-Chong-Eu-%E6%9E%97%E8%8B%8D%E7%A5%90/6000000024927721439
- ^ https://newmalaysiaherald.com/2020/12/26/who-were-actually-against-bm-as-the-official-language/
- ^ https://www.thenutgraph.com/mcas-irrelevant-civil-war/
- ^ "Watershed elections of 1969, 8 August 2007, Malaysian History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-19. Dicapai pada 2007-08-19.
- ^ Former Penang Chief Minister Chong Eu dies, The Star, November 24, 2010
- ^ Mendiang Dr Lim Selamat Disemadikan, Bernama, 28 November 2010. Dicapai pada 28 November 2010.
- ^ Penang has renamed a highway as Tun Dr Lim Chong Eu expressway The Star, November 26, 2010
- ^ Expressway renamed to honour Chong Eu The Star, December 7, 2010
Pautan luar
Penyandang Terdahulu | Ketua Menteri Pulau Pinang Mac 1958 – Julai 1959 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Wong Pow Nee |
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon |
Penyandang Terdahulu | Presiden MCA 1969 – 1990 |
Penyandang Kemudian |
Tun Tan Cheng Lock |
Dr. Cheah Toon Lok |
Penyandang Terdahulu | Presiden Gerakan Mei 1968 – Ogos 1980 |
Penyandang Kemudian |
Yang Pertama |
Dato' Seri Lim Keng Yaik |
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Penerima Seri Setia Mahkota
- Kelahiran 1919
- Kematian 2010
- Anggota Parti Gerakan Rakyat Malaysia
- Bekas anggota Persatuan Cina Malaysia
- Ketua Menteri Pulau Pinang
- Orang dari Pulau Pinang
- Buddha Malaysia
- Kematian akibat angin ahmar
- Pengasas parti politik di Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-2
- Presiden Persatuan Cina Malaysia
- Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia
- Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-3
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4
- Ketua Menteri daripada Gerakan
- Doktor perubatan Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-2