马来西亚华人 | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jumlah penduduk | |||||||||||||
7,468,230[1] 26.7% jumlah penduduk Malaysia (2017)[2] | |||||||||||||
Kawasan ramai penduduk | |||||||||||||
Demografi Malaysia Pulau Pinang • Kuala Lumpur • Johor • Perak • Selangor | |||||||||||||
Bahasa | |||||||||||||
Bahasa Mandarin, Bahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew, Bahasa Fuzhou, Bahasa Hainan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris | |||||||||||||
Agama | |||||||||||||
Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian, Agama Rakyat, dan Islam[3] | |||||||||||||
Kumpulan etnik berkaitan | |||||||||||||
Bangsa Han • Orang Cina Singapura • Orang Cina seberang laut |
Orang Cina Malaysia adalah warganegara Malaysia yang berketurunan Bangsa Han. Mereka merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan mereka adalah keturunan imigren berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik China.
Sejarah
Gelombang Pertama
Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba dari negara China ke Melaka.[4] Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk Bangsa Han yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).
Gelombang Kedua
Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang. Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai Barat terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Manakala, Bangsa Han merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Bangsa Han dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir. Melalui Sistem Kangchu, Bangsa Han digalakkan berpindah dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak Bangsa Han. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 Bangsa Han telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.
Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.
Demografi
Sejarah demografi Cina Malaysia (%) | ||||||||
1947 | 1957[5] | 1961 | 1970 | 1980 | 1991 | 2000[6] | 2010[7][8] | 2015 |
(38.4%) | (45.0%) | (36%) | 3,564,400(37%) | (33.9%) | 5,623,900 (32.1%) | 6,391,900(30.1%) | 7,000,000(28.4%) | 7,400,000(27.0%) |
Suku Dialek

Jumlah dan peratus kaum Cina mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan
Banci 2024 menunjukkan kaum Cina (tidak termasuk bukan warganegara):[9]
Negeri/Wilayah Persekutuan | Bahasa Cina | Penduduk | % Penduduk |
---|---|---|---|
Johor | 柔佛 | 2,258,700 | 31.9% |
Kedah | 吉打 | 247,700 | 11.8% |
Kelantan | 吉兰丹 | 44,200 | 2.4% |
Melaka | 马六甲 | 203,400 | 21.3% |
Negeri Sembilan | 森美兰 | 246,000 | 21.1% |
Pahang | 彭亨 | 219,300 | 14.0% |
Perak | 霹雳 | 630,700 | 26.2% |
Perlis | 玻璃市 | 20,000 | 7.0% |
Pulau Pinang | 槟城 | 711,100 | 43.9% |
Sabah | 沙巴 | 243,500 | 9.0% |
Sarawak | 砂拉越 | 557,300 | 23.3% |
Selangor | 雪兰莪 | 1,759,100 | 26.5% |
Terengganu | 登嘉楼 | 22,700 | 1.9% |
Labuan | 纳闽 | 10,014 | 13.4% |
Putrajaya | 布城 | 2,216 | 2.5% |
Kuala Lumpur | 吉隆坡 | 763,776 | 43.2% |
Pendidikan
Rakyat Malaysia diberi pendidikan percuma sehingga peringkat menengah.[10] Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di Malaysia. Setiap sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar. Contohnya Bahasa Melayu, Mandarin, dan Tamil. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah. Fenomena kanak-kanak Cina dididik di sekolah Inggeris, sekolah kebangsaan dan sekolah Cina merupakan kejadian yang biasa.
Pendidikan Cina
Malaysia merupakan satu-satunya negara mempunyai sistem persekolahan yang lengkap dan menyeluruh selain daripada pendidikan bahasa Cina yang diamalkan di China, Hong Kong, dan Taiwan. Bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran dan peperiksaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kecuali dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Sejarah Awal
Imigrasi dan Penubuhan Sekolah Cina Tradisional
Sejarah pendidikan Cina di Malaysia bermula pada abad ke-19 apabila imigrasi orang Cina dari selatan China seperti wilayah Fujian dan Guangdong yang berhijrah secara besar-besaran ke Tanah Melayu disebabkan oleh kejadian malapetaka, kesempitan hidup dan lebihan penduduk di kampung halaman[11].
Seiring dengan imigrasi orang Cina secara besar-besaran ke Tanah Melayu, sekolah Cina ditubuhkan bagi menawarkan pendidikan kepada anak-anak mereka. Pada peringkat awal, sekolah Cina tradisional ditubuhkan dan bersifat persendirian (sishu, 私塾) dan dijalankan dalam bahasa dialek seperti Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew, dan Fuzhou.
Sekolah Berdasarkan Klan dan Suku Dialek
Ada juga antara sekolah yang ditubuhkan oleh klan tertentu. Beberapa klan utama di Pulau Pinang telah menubuhkan sekolah persendirian seperti Sekolah Xin Jiang ditubuhkan oleh klan Khoo pada tahun 1906, Sekolah Yang Shi oleh klan Yeoh pada tahun 1907, Sekolah Lin Shi oleh klan Lim pada tahun 1908, Sekolah Chen Shi oleh klan Tan pada tahun 1917 dan Sekolah Yu Cai oleh klan Cheah pada tahun 1919. Di samping itu, kebanyakan suku dialek di Tanah Melayu juga menubuhkan sekolah persendirian untuk kepentingan pendidikan kanak-kanak daripada suku dialek masing-masing.
Usaha ini lazimnya diterajui kumpulan individu atau persatuan suku dialek yang ditubuhkan mengikut tempat asal usul imigran Cina. Misalnya, Persatuan Huizhou Selangor dan Kuala Lumpur (雪隆惠州会馆) telah menubuhkan Sekolah Tsun Jin (循人学校) pada tahun 1888, begitu juga dengan Persatuan Guangzhou Tingzhou (广东暨汀州会馆) yang menubuhkan Sekolah Gong Min (公民学校) di Pulau Pinang pada tahun 1909.
Sekolah Percuma untuk Semua Kanak-Kanak
Sekolah Cina tradisional yang terbuka kepada semua kanak-kanak turut ditubuhkan. Sekolah jenis ini dikenali sebagai sekolah percuma. Contoh sekolah percuma yang terkenal ialah Sekolah Percuma Nan Hua (南华学校) yang ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1888. Sekolah ini juga dikenali sebagai Sekolah Percuma Guangdong dan Fujian. Ia menggunakan bangunan Persatuan Ping Zhang (kini Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, 槟州华人大会堂) sebagai premis untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan terbuka kepada semua kanak-kanak dengan keutamaan diberikan kepada kanak-kanak miskin.
Perkembangan Awal Sekolah Cina
Pada tahun 1815, William Milne, paderi Persatuan Mubaligh London mazhab Protestant yang datang ke Melaka untuk melatih mubaligh Eropah yang akan dihantar berkhidmat di China, mencatatkan kewujudan tiga buah sekolah Cina tradisional di negeri tersebut. Dua daripadanya ditubuhkan oleh orang Cina suku dialek Hokkien, manakala satu lagi ditubuhkan oleh mubaligh Kristian.
Sementara itu, Indo-Chinese Gleaner, sebuah majalah yang diterbitkan sebanyak empat kali setahun di Melaka melaporkan bahawa dari tahun 1818 hingga tahun 1820, sudah ada sembilan buah sekolah Cina tradisional di Melaka yang terdiri daripada lapan buah sekolah yang ditubuhkan khas untuk kanak-kanak suku dialek Hokkien dan sebuah sekolah untuk kanak-kanak suku dialek Kantonis. Di Pulau Pinang, Akademi Lima Kerahmatan (五福书院) yang ditubuhkan pada tahun 1819 merupakan sekolah Cina tradisional pertama di negeri tersebut. Perkembangan selanjutnya menunjukkan bahawa sehingga tahun 1885, sudah ada 115 buah sekolah Cina tradisional di Negeri-Negeri Selat, iaitu 52 buah di Pulau Pinang, 51 buah di Singapura dan 12 buah di Melaka.
Struktur dan Kaedah Pembelajaran
Sekolah Cina tradisional lazimnya dihadiri 20 hingga 30 orang pelajar dan dikendalikan oleh seorang guru tua yang alim serta mahir dalam pembacaan dan penulisan. Guru tersebut juga menjalankan tugas-tugas lain sebagai tukang tilik, tukang ramal dan penulis surat. Kebanyakan sekolah Cina tradisional tidak mempunyai kemudahan fizikal yang baik. Kelas biasanya dijalankan di tempat yang kotor dengan peredaran udara dan pencahayaan yang tidak baik seperti di bilik bawah tanah dan loteng.
Pelajar diajar menerusi kaedah tradisional yang menekankan penghafalan beberapa buah buku klasik Cina seperti Qianziwen (Klasik Seribu Perkataan, 千字文), Sanzijing (Klasik Tiga Perkataan, 三字经) dan Baijiaxing (Buku Seratus Nama Keluarga, 百家姓). Tumpuannya adalah terhadap proses pemupukan nilai moral yang terkandung dalam teks klasik tersebut. Selain itu, pelajar juga diajar kaedah penggunaan sempoa dan teknik penulisan kaligrafi.
Penubuhan sekolah Cina tradisional menunjukkan kegigihan orang Cina untuk mendidik anak-anak Cina dengan sebaik- baiknya agar mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna. Walau bagaimanapun, bukan semua sekolah Cina tradisional menawarkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang memuaskan. Hal ini menyebabkan ramai ibu bapa Cina menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. Namun, dengan tertubuhnya sekolah Cina moden pada awal abad ke-20, kedudukan pendidikan Cina bertambah kukuh dan akhirnya menjadi pilihan utama orang Cina di Tanah Melayu.
Kemunculan Sekolah Cina Moden
Orientasi pendidikan Cina di Tanah Melayu berubah dengan tertubuhnya sekolah Cina moden yang menawarkan pendidikan kepada semua kanak-kanak tanpa mengambil kira asal usul suku dialek. Pada tahun 1904, sekolah Cina moden pertama, iaitu Sekolah Chung Hwa Confucian (孔圣庙中华学校), ditubuhkan di Pulau Pinang. Ia ditubuhkan oleh Chang Pi-shih (alias Cheong Fatt Tze dan alias Thio Tiaw Siat) dengan bantuan peniaga-peniaga Cina lain.
Sekolah Chung Hwa mempunyai bangunan tersendiri yang dapat menampung seramai 800 orang pelajar. Ia juga mempunyai struktur organisasi yang rapi dan perlembagaan sekolah yang menetapkan secara spesifik fungsi dan organisasi sekolah. Perjalanan sekolah diawasi sebuah lembaga sekolah yang terdiri daripada 14 orang anggota. Kurikulumnya menggabungjalinkan mata pelajaran tradisional seperti teks klasik dan etika dengan mata pelajaran moden seperti sejarah, geografi, aritmetik, fizik, seni lukis dan pendidikan jasmani. Selain itu, bahasa Inggeris juga diajar sebagai mata pelajaran bahasa asing. Sekolah ini menawarkan dua tahap pendidikan, iaitu pendidikan rendah bawah dan pendidikan rendah atas, masing-masing melibatkan tempoh persekolahan selama tiga tahun. Untuk memastikan agar sekolah ini tidak menghadapi masalah kekurangan guru pada tahun 1904. Selain kelas harian yang biasa, Sekolah Chung Hwa juga mengelolakan kelas pada sebelah malam.
Penyebaran Sekolah Cina Moden di Seluruh Negara
Penubuhan Sekolah Chung Hwa menjadi pemangkin kepada penubuhan sekolah-sekolah Cina moden lain di Pulau Pinang seperti Sekolah Shi Zhong (时中学校) pada tahun 1908, Sekolah Chong De (崇德学校) pada tahun 1911, Sekolah Chung Ling (钟灵学校) pada tahun 1917 dan Sekolah Jit Sin (日新学校) pada tahun 1918. Sekolah Cina moden ini juga ditubuhkan di negeri-negeri lain seperti Sekolah Confucian (Zun Kong, 尊孔学校) pada tahun 1906 dan Sekolah Da Tong (大同学校) pada tahun 1911 di Kuala Lumpur. Sekolah Yuk Choy (育才学校) pada tahun 1907, Sekolah Fujian (kini Sekolah Poi Lam, 培南学校) pada tahun 1912, Sekolah Xiu Qi (kini Sekolah Hua Lian, 华联学校) pada tahun 1913 dan Sekolah Xin Hua (兴华学校) pada tahun 1913 di Perak. Sekolah Yu Hua (育华学校) pada tahun 1910 di Perlis. Sekolah Pay Fong (培风学校) pada tahun 1913 di Melaka. Sekolah Foon Yew (宽柔学校) pada tahun 1913, Sekolah Chong Hwa (柔佛中华学校) pada tahun 1918, Sekolah Hua Qiao (华侨学校) pada tahun 1918 dan Sekolah Pei Zhi (培智学校) pada tahun 1919 di Johor. Sekolah Chong Hua (森美兰中华学校) pada tahun 1913 di Negeri Sembilan, Sekolah Sin Min (新民学校) pada tahun 1912 di Kedah, dan Sekolah Chung Hwa (吉兰丹中华学校) pada tahin 1918 di Kelantan.
Sekolah Cina Moden untuk Pelajar Perempuan
Pada masa yang sama, buat pertama kalinya, sekolah Cina moden untuk pelajar perempuan ditubuhkan. Sebelum ini, kanak-kanak perempuan tidak banyak diberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan. Sekolah Perempuan Kuen Cheng (坤成女校) yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1908 merupakan sekolah perempuan Cina pertama di Tanah Melayu. Di tempat-tempat lain, sekolah perempuan juga ditubuhkan seperti Sekolah Perempuan Zhong Hua (中华女校) pada tahun 1916 dan Sekolah Perempuan Fujian (福建女校) pada tahun 1920 ditubuhkan di Pulau Pinang. Kesemua sekolah perempuan ini terletak di kawasan bandar. Sekolah perempuan tidak ditubuhkan di kawasan luar bandar kerana penduduk di situ masih dikongkong oleh pemikiran tradisional Cina yang tidak mementingkan pendidikan kaum perempuan.
Pelajar Sekolah Cina di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1931—1937) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pelajar lelaki di Negeri-Negeri Selat | Pelajar perempuan di Negeri-Negeri Selat | Peratus Perempuan (%) | Pelajar lelaki di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu | Pelajar perempuan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu | Peratus Perempuan (%) |
1931 | - | - | - | 14394 | 4488 | 23.77 |
1932 | 16533 | 5495 | 24.95 | 14384 | 5446 | 27.46 |
1933 | 18376 | 6477 | 26.06 | 16475 | 5795 | 26.02 |
1934 | 21451 | 7423 | 25.71 | 18852 | 6892 | 25.84 |
1935 | 24178 | 8308 | 25.57 | 21706 | 7822 | 26.49 |
1936 | 26985 | 9674 | 26.39 | 24998 | 8828 | 26.1 |
1937 | 29673 | 10620 | 26.37 | 28855 | 10845 | 27.32 |
1938 | 34373 | 12794 | 27.12 | 32272 | 12095 | 27.26 |
Pengawalan oleh Kerajaan Kolonial British
Sehingga tahun 1920, British tidak banyak campur tangan dalam urusan sekolah Cina di Tanah Melayu yang dianggapnya sebagai urusan persendirian orang Cina. Walau bagaimanapun, pendirian ini berubah apabila pelajar sekolah Cina terlibat dalam tunjuk perasaan terhadap Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919. Perjanjian yang menetapkan penyerahan wilayah Shandong kepada Jepun ini membangkitkan perasaan anti-Jepun dalam kalangan pelajar sekolah Cina. Perasaan anti-Jepun ini menyebabkan mereka mengambil tindakan untuk memulaukan barangan Jepun. Malahan, mereka turut mengambil tindakan untuk memulaukan perayaan sempena upacara menandatangani perjanjian tersebut yang dianjurkan oleh British memandangkan British menyokong penyerahan wilayah Shandong kepada Jepun.
Penguatkuasaan Enakmen Pendaftaran Sekolah 1920
Lantaran tindakan ini, British mula menganggap sekolah Cina sebagai bermasalah dan mengatur langkah untuk mengawalnya. Pada tahun 1920, British mengkanunkan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawal selia perkembangan sekolah Cina di Tanah Melayu. Sehubungan itu, sesetengah sekolah Cina ditutup atas penglibatan guru dan pelajar mereka dalam aktiviti politik.
Walaupun enakmen ini dibantah oleh masyarakat Cina, ia tetap dipinda sebanyak empat kali untuk mengenakan syarat yang lebih ketat dalam mengawal selia perkembangan sekolah Cina. Pindaan pada tahun 1925 memberikan kuasa tambahan kepada British untuk mengambil tindakan terhadap guru dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti subversif serta mengharamkan buku teks yang dianggap tidak sesuai. Sejak tahun 1925 hingga tahun 1928, sekurang-kurangnya 315 buah sekolah Cina telah ditutup oleh British.
Sistem Bantuan Modal
British juga cuba mengawal selia sekolah Cina menerusi sistem bantuan modal bermula pada tahun 1923. Bantuan modal hanya akan diberikan kepada sekolah Cina yang rela dikawal selia oleh British. Walau bagaimanapun, tidak banyak sekolah Cina yang memohon bantuan modal ini kerana jumlah modal yang diberikan amat kecil berbanding jumlah yang diberikan kepada sekolah Inggeris.
Sebagai contoh, pada tahun 1929, sekolah Cina di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu hanya diberikan bantuan modal sebanyak $9.78 bagi seorang pelajar, sementara sekolah Inggeris bantuan kerajaan dan sekolah Inggeris kerajaan masing-masing diberikan bantuan modal sebanyak $54.00 dan $87.50 bagi seorang pelajar. Sekolah Cina yang menerima bantuan modal juga dikehendaki mengajar dalam bahasa dialek dan bukannya bahasa Cina. Oleh itu, walaupun banyak sekolah Cina menghadapi kesuntukan sumbangan kewangan daripada masyarakat Cina semasa berlakunya kemelesetan ekonomi dunia dari tahun 1929 hingga tahun 1933, mereka tetap tegas tidak memohon bantuan modal daripada British.
Kawalan yang lebih ketat dikenakan terhadap sekolah Cina apabila Sir Cecil Clementi, pegawai British yang anti-KMT, menggantikan Sir Hugh Clifford sebagai Gabenor Negeri- Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1929. Beliau hanya membenarkan guru sekolah Cina dilantik daripada kalangan mereka yang lahir di Tanah Melayu. Selain itu, beliau melarang penggunaan buku teks yang mengandungi bahan anti-British. Beliau juga menambahkan dua orang penolong pengarah dan lima orang penyelia untuk mengawal selia sekolah Cina. Beliau menutup kira-kira 300 buah sekolah Cina yang melanggari Enakmen Pendaftaran Sekolah dan menggunakan alasan kemelesetan ekonomi untuk menarik balik bantuan modal kepada sekolah Cina.
Di samping itu, beliau juga berkehendakkan semua kanak-kanak yang ibu bapa mereka memilih untuk menetap di Tanah Melayu memasuki sekolah rendah yang mengajar dalam bahasa Melayu. Dasar Sir Cecil Clementi yang berteraskan kepentingan orang Melayu ini dianggap oleh masyarakat Cina sebagai satu ancaman terhadap kepentingan mereka di Tanah Melayu.
Namun, selepas Sir Cecil Clementi bersara pada tahun 1934, pengganti beliau, Sir Shenton Thomas, memulihkan semula pemberian bantuan modal kepada sekolah Cina disebabkan oleh kesedaran British terhadap kesukaran untuk memaksa ibu bapa Cina menghantar anak mereka ke sekolah Melayu. British juga keberatan untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membina sekolah Inggeris bagi menampung keperluan pendidikan orang Cina. Justeru, mereka berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk melaksanakan dasar yang lebih terbuka terhadap sekolah Cina.
Peningkatan Bilangan Sekolah dan Pelajar Cina
Kedudukan sekolah Cina di Negeri-Negeri Selat dan Negeri- Negeri Melayu Bersekutu semakin kukuh dari tahun 1921 hingga tahun 1937. Sehingga tahun 1938, masyarakat Cina telah menubuhkan 996 buah sekolah rendah Cina dan 36 buah sekolah menengah Cina di Tanah Melayu. Walaupun bilangan sekolah menengah Cina tidak cukup besar untuk menampung permintaan pendidikan menengah semua kanak-kanak Cina, ia merupakan satu peningkatan yang memberangsangkan berbanding bilangan sekolah menengah Cina pada tahun 1920-an.
Sejak sekolah menengah Cina pertama, iaitu Sekolah Menengah Chung Ling (钟灵中学) ditubuhkan pada pada 20 Januari 1923 , tidak banyak sekolah menengah Cina lain yang ditubuhkan oleh masyarakat Cina. Beberapa buah sekolah menengah Cina yang ditubuhkan pada masa itu termasuk Sekolah Menengah Yuk Choy (育才中学) pada tahun 1924, Sekolah Menengah Confucian (尊孔中学) pada tahun 1924, Sekolah Menengah Zhong Hua (中华中学) pada tahun 1924, Sekolah Menengah Kuen Cheng (坤成中学) pada tahun 1925 dan Sekolah Menengah Pay Fong (培风中学) pada tahun 1925.
Nilai mobiliti pendidikan Cina kemudian bertambah baik pada tahun 1930-an apabila sekurang-kurangnya 10 buah sekolah menengah Cina menawarkan kelas menengah atas. Antara sekolah tersebut termasuk Sekolah Menengah Chung Ling dan Sekolah Menengah Confucian menubuhkan kelas menengah atas pada tahun 1931 dan tahun 1935. Perkembangan ini telah memperkukuh kedudukan pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga bilangan pelajar Cina yang belajar di sekolah Cina jauh melebihi bilangan pelajar Cina yang belajar di sekolah Inggeris, biarpun sekolah Inggeris menawarkan peluang mobiliti sosial yang terbaik kepada pelajar.
Pada tahun 1930, nisbah pelajar Cina yang belajar di sekolah Inggeris dan sekolah Cina di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah 28.5% berbanding 71.5%. Nisbah ini menjadi 17.6% berbanding 82.4% pada tahun 1937 . Pada tahun 1938, sejumlah 91,534 orang pelajar Cina belajar di sekolah Cina di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sehingga tahun 1946, sudah terdapat sejumlah 1,078 buah sekolah Cina dengan dihadiri seramai 163,303 orang pelajar.
Bilangan sekolah, pelajar dan guru Cina di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1921–1937 | |||
---|---|---|---|
Tahun | Bilangan sekolah | Bilangan pelajar | Bilangan guru |
1921 | 252 | - | 589 |
1922 | 351 | - | 980 |
1923 | 537 | - | 1,362 |
1924 | 476 | 27,476 | 1,257 |
1925 | 643 | 33,662 | 1,390 |
1926 | 665 | 36,380 | 1,493 |
1927 | 675 | 40,760 | 1,637 |
1928 | 691 | 43,961 | 1,806 |
1929 | 716 | 46,911 | 1,900 |
1930 | 746 | 46,367 | 1,980 |
1931 | 657 | 39,662 | 1,867 |
1932 | 669 | 41,143 | 1,929 |
1933 | 731 | 47,231 | 2,131 |
1934 | 766 | 54,618 | 2,334 |
1935 | 824 | 62,014 | 2,530 |
1936 | 860 | 70,483 | 2,730 |
1937 | 933 | 79,993 | 3,115 |
Perang Dunia Kedua
Walau bagaimanapun, perkembangan pendidikan Cina di Tanah Melayu terbantut semasa Pendudukan Jepun dari Februari 1942 hingga September 1945. Jepun mengharamkan penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar sekolah sepanjang pendudukannya di Tanah Melayu. Malahan, bermula dari Mac 1944, pengajaran bahasa Cina sebagai mata pelajaran turut diharamkan oleh Jepun. Tindakan keras Jepun ini menyebabkan banyak sekolah Cina ditutup.
Semasa pendudukan Jepun, tentera Jepun segera menutup sebahagian besar sekolah Cina, melarang pengajaran dalam bahasa Cina dan mewajibkan penggunaan bahasa Jepun dalam pendidikan. Banyak bangunan sekolah diambil alih sebagai berek tentera atau digunakan untuk tujuan ketenteraan yang lain. Buku-buku berbahasa Cina diharamkan dan dimusnahkan. Oleh sebab kebanyakan bahan pengajaran sekolah Cina berasal dari China, tentera Jepun menganggapnya sebagai bahan propaganda anti-Jepun dan melarang penyebarannya. Dalam masa yang sama, sekolah-sekolah dipaksa menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar bagi melaksanakan dasar asimilasi budaya.
Sekolah Cina yang masih beroperasi sebenarnya berfungsi sebagai sekolah Jepun. Pada tahun 1930-an, orang Cina di Tanah Melayu telah membantah pencerobohan Jepun ke atas wilayah Manchuria di China dan melancarkan gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu. Selain itu, mereka juga melancarkan kempen pungutan dana untuk mengisi Tabung Bantuan China bagi membantu kerajaan Kuomintang (KMT) yang cuba menangkis pencerobohan Jepun. Oleh sebab itu, Jepun menganggap masyarakat Cina sebagai ancaman dan bertindak kejam terhadap mereka.
Di bawah pemerintahan tentera Jepun, guru dan pelajar sekolah Cina menjadi sasaran penindasan. Ramai guru ditangkap, diseksa, malah dihukum bunuh kerana disyaki menyokong gerakan anti-Jepun. Khususnya dalam Operasi “Sook Ching”(Gerakan Pembersihan Kaum Cina, 肃清), menyebabkan ramai guru dibunuh atau dipenjarakan.
Guru dan pelajar di Sekolah Menengah Chung Ling juga tidak terkecuali. Pada tahun 1942, tentera Jepun melancarkan operasi penindasan di Pulau Pinang, mengakibatkan beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Chung Ling ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan gerakan anti-Jepun[12]. Sebahagian daripada mereka mengalami penyeksaan kejam ketika dalam tahanan dan akhirnya dihukum bunuh oleh tentera Jepun. Pembunuhan ini menjadikan Sekolah Menengah Chung Ling sebagai salah satu contoh paling ketara tentang penderitaan pendidikan Cina semasa pendudukan Jepun dan peristiwa ini dikenang oleh masyarakat Cina selepas perang.
Meskipun berdepan dengan penindasan yang teruk, sebahagian sekolah Cina masih meneruskan pengajaran secara rahsia melalui kelas tersembunyi. Sebilangan keluarga juga memilih untuk mendidik anak-anak mereka di rumah bagi memastikan warisan bahasa Cina terus berkekalan.
Perkembangan pendidikan Cina yang terbantut sepanjang pendudukan Jepun telah dapat dipulihkan menerusi usaha gigih masyarakat Cina selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu. Selepas perang, dengan kekalahan tentera Jepun, sekolah Cina segera dipulihkan. Para pendidik dan masyarakat bekerjasama untuk menghidupkan kembali pendidikan bahasa Cina serta mengimport bahan pengajaran baharu dari China bagi menampung kekurangan yang berlaku semasa perang. Menurut akhbar Cina pada ketika itu, bilangan murid-murid Cina yang mendaftar di sekolah Cina hampir mencecah 100%.
Bilangan Sekolah Cina di Tanah Melayu dari tahun 1946-1957[13] | ||
Tahun | Bilangan Sekolah Cina | Bilangan Murid |
1946 | 1,105 | 172,101 |
1947 | 1,338 | 193,340 |
1948 | 1,364 | 189,230 |
1949 | 1,338 | 202,769 |
1950 | 1,319 | 216,465 |
1951 | 1,171 | 206,343 |
1952 | 1,203 | 239,356 |
1953 | 1,214 | 250,881 |
1954 | 1,236 | 252,312 |
1955 | 1,276 | 277,454 |
1956 | 1,325 | 320,168 |
1957 | 1,347 | 391,667 |
Walau bagaimanapun, dengan kembalinya British, sekolah Cina sekali lagi menjadi sasaran British. Orientasi sekolah Cina yang berteraskan etos China telah diubah oleh British. Sebenarnya sejak tahun 1928, British telah cuba mengubah orientasi sekolah Cina ini, namun pelajar sekolah Cina tetap lebih banyak mempelajari hal-hal berkenaan dengan China daripada Tanah Melayu. Hal ini berpunca daripada buku teks sekolah Cina yang rata-rata diterbitkan oleh penerbit di China. Buku teks tersebut tidak banyak menyentuh konteks tempatan. Sebaliknya, sebahagian besar buku teks tersebut berfokus kepada sejarah, geografi dan kebudayaan China. Hal ini menyebabkan kurikulum sekolah Cina berteraskan etos China.
Usaha untuk menyemak buku teks sekolah Cina agar isi kandungannya lebih sesuai dengan konteks tempatan hanya bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai jabatan pelajaran, guru dan guru besar sekolah Cina. Usaha ini dipergiat pada tahun 1952 dengan tertubuhnya dua buah jawatankuasa baru iaitu Jawatankuasa Buku Teks Umum yang bertanggungjawab untuk menghasilkan buku berorientasikan konteks tempatan dan Jawatankuasa Penasihat Guru-Guru Cina yang bertanggungjawab untuk menyemak semula sukatan bagi menentukan kesesuaiannya dengan keadaan tempatan. Justeru, menerusi rombakan orientasi kurikulum sekolah Cina ini, British telah dapat menyekat hubungan rapat antara sekolah Cina dengan perkembangan sosiobudaya dan politik China.
Selepas Kemerdekaan
Selepas kemerdekaan, kerajaan Persekutuan menerima pakai Penyata Razak 1956 dan Laporan Abdul Rahman Talib 1960, yang membawa kepada Akta Pelajaran 1961. Akta ini menetapkan dasar pendidikan kebangsaan yang berpaksikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, memberi cabaran besar kepada pendidikan Cina. Perubahan ini menyebabkan sistem pendidikan Cina terbahagi kepada dua kategori utama: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), yang menerima bantuan kerajaan dan mengadaptasi kurikulum kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), yang mengekalkan kurikulum berasaskan bahasa Cina tetapi beroperasi secara swasta tanpa bantuan kewangan daripada kerajaan.
Kebuntuan Perkembangan Sekolah Menengah Cina
Pertukaran Status Sekolah Menengah Cina
Penetapan bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu sebagai bahasa pengantar peperiksaan awam dianggap oleh pendidik Cina sebagai pelaksanaan Laporan Razak yang cuba menukarkan aliran sekolah menengah Cina. Walau bagaimanapun, percubaan ini tidak membuahkan hasil kerana tidak ada sekolah menengah Cina yang menukarkan alirannya semata-mata untuk menyediakan pelajarnya menduduki peperiksaan awam. Susulan itu, kerajaan Perikatan merangka satu strategi baru untuk merealisasikan hasrat Laporan Razak agar semua pelajar sekolah menengah menduduki peperiksaan awam yang sama demi mewujudkan satu sistem pendidikan menengah yang seragam di Persekutuan Tanah Melayu.
Strategi baru ini membabitkan penggunaan bantuan kewangan kerajaan sebagai habuan kepada sekolah menengah Cina untuk mengakuri hasrat Laporan Razak ini. Ia terkandung dalam satu kenyataan yang diumumkan oleh Jabatan Pelajaran pada 27 Disember 1956 berhubung dengan penetapan 20 syarat kepada sekolah menengah Cina yang ingin bertukar kepada SMJK yang diberikan bantuan penuh kewangan kerajaan. Syarat ke-18 ada menyebut bahawa sekolah menengah Cina tersebut perlu menyelaraskan kurikulumnya untuk membolehkan pelajarnya menduduki peperiksaan LCE pada tahun ketiga persekolahan menengah. Memandangkan peperiksaan LCE dijalankan dalam bahasa Inggeris, maka sekolah menengah Cina perlu menukarkan alirannya untuk memenuhi syarat ini. Strategi ini akhirnya telah menyebabkan sekolah menengah Cina Chung Ling, sebuah sekolah menengah Cina ternama di Pulau Pinang menjadi sekolah menengah Cina pertama di negara ini yang menukarkan status kepada SMJK.
Seawal tahun 1953, Sekolah Menengah Chung Ling sudah mengemukakan permohonan kepada British agar diberikan bantuan kewangan kerajaan yang setara dengan sekolah Inggeris. Permohonan ini dibuat kerana pihak sekolah lebih mementingkan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris yang selaras dengan kehendak British. Ia mengamalkan dasar dwibahasa iaitu bahasa Cina dan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dasar ini diasaskan oleh David Chen semasa beliau menerajui sekolah tersebut dari tahun 1931 hingga tahun 1952 dan dipengaruhi latar belakang pendidikan beliau yang memiliki ijazah dalam bidang pendidikan.
Penekanan Sekolah Menengah Chung Ling terhadap bahasa Inggeris adalah untuk memastikan agar pelajarnya dapat menduduki peperiksaan Cambridge School Certificate. David Chen (陈充恩) sememangnya berikhtiar untuk menjadikan kedudukan sekolah yang diterajuinya itu setaraf dengan sekolah Inggeris. Beliau berharap, dengan menduduki peperiksaan tersebut, pelajar Sekolah Menengah Chung Ling akan mempunyai peluang melanjutkan pelajaran ke universiti aliran Inggeris seperti pelajar sekolah Inggeris dan selanjutnya membolehkan mereka menceburi bidang kerjaya yang tidak terbuka kepada pelajar daripada sekolah-sekolah menengah Cina lain. Pada tahun 1946, sudah ada pelajar lepasan sekolah ini yang menjadi jurutera, doktor dan profesor.
Keputusan ini bukan sahaja mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelajar dan guru sekolah tersebut, malahan pelajar sekolah berhampiran, sehingga mencetuskan kekecohan di kawasan sekolah. Perasaan tidak puas hati ini disebabkan oleh penetapan bahasa rasmi sebagai bahasa pengantar peperiksaan awam LCE dan juga penetapan had umur yang hanya membenarkan pelajar dalam umur antara 14 tahun hingga 19 tahun sahaja dibenarkan belajar di sekolah menengah.
Pada 18 Julai 1955, pemimpin pelajar sekolah tersebut mengemukakan satu memorandum kepada Ong Keng Seng menyeru beliau agar memastikan pihak sekolah berdiri sebarisan dengan sekolah-sekolah menengah Cina lain dalam menangani masalah kesuntukan kewangan. Mereka mengkhuatiri tindakan pihak sekolah ini akan menjejaskan kepentingan pendidikan Cina di Persekutuan Tanah Melayu. Di samping itu, mereka menolak penerimaan bantuan penuh kewangan kerajaan yang disertakan dengan syarat dan menyatakan kerelaan untuk menanggung kenaikan yuran sekolah bagi meringankan beban kewangan sekolah. Perasaan tidak puas hati ini terus bergelora dan menyebabkan keadaan sekolah tidak terkawal. Beberapa orang pemimpin pelajar ditahan oleh pihak polis yang diminta oleh pihak sekolah untuk meredakan keadaan sekolah. Mereka kemudian dipecat oleh pihak sekolah.
Guru Sekolah Menengah Chung Ling juga tidak berpuas hati dengan tindakan pihak sekolah untuk memohon bantuan penuh kewangan kerajaan. Pada 28 Ogos 1955, mereka menyerahkan satu memorandum kepada lembaga pengurus sekolah yang mendesak agar memberhentikan permohonan tersebut. Pada masa yang sama, Jiao Zong dan Jawatankuasa Pusat Pendidikan Cina MCA juga menyeru Ong Keng Seng agar tidak berunding secara persendirian dengan kerajaan untuk mendapatkan bantuan penuh kewangan kepada sekolah. Hal ini kerana sejak tahun 1953 lagi, Jawatankuasa Pusat Pendidikan Cina MCA telah terlibat dalam rundingan dengan British untuk menggandakan bantuan kewangan kerajaan kepada sekolah menengah Cina tanpa disertakan dengan sebarang syarat. Walau bagaimanapun, desakan dan seruan ini tidak diendahkan oleh lembaga pengurus Sekolah Menengah Chung Ling.
Walaupun lembaga pengurus sekolah ini mengeluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa penerimaan bantuan penuh kewangan kerajaan adalah tanpa syarat dan tidak akan menjejaskan status sekolah sebagai sekolah menengah Cina, tetapi kenyataan ini tidak dapat menangkis kerisauan pelajar terhadap pertukaran status sekolah. Mereka mengecam Waung Yoong Nien (汪永年) sebagai pengkhianat pendidikan Cina kerana bersubahat dengan lembaga pengurus sekolah berkenaan permohonan bantuan penuh kewangan kerajaan. Pada 23 November 1956, kira-kira 1,000 orang pelajar bertindak untuk memulaukan kelas bagi memprotes keputusan sekolah menerima bantuan penuh kewangan kerajaan. Keadaan sekolah menjadi huru-hara apabila tindakan pelajar tidak dapat dikawal oleh pihak sekolah. Pihak polis sekali lagi terpaksa campur tangan dan sekolah ditutup selama 21 hari atas arahan Menteri Pelajaran.
Pada 24 November 1956, Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak Hussein, mengadakan lawatan ke sekolah tersebut untuk meninjau keadaan di situ. Lawatan ini jelas menunjukkan bahawa sekolah tersebut sudah terletak di bawah kawalan kerajaan susulan penerimaan bantuan penuh kewangan kerajaan. Pada 5 Disember 1956, lembaga pengurus sekolah mengadakan mesyuarat untuk mengecam pelajar yang memulaukan kelas. Mesyuarat ini menyeru para guru agar menyokong keputusan lembaga pengurus untuk menerima bantuan penuh kewangan kerajaan. Dua orang guru dipecat oleh pihak sekolah kerana tidak menyokong keputusan ini. Selain itu, 69 orang pelajar turut dipecat kerana terlibat dalam peristiwa memulaukan kelas. Walau bagaimanapun, pemecatan 16 orang pelajar kemudian dibatalkan selepas ibu bapa mereka merayu kepada pihak sekolah.
Isu penerimaan bantuan penuh kewangan kerajaan berbangkit semula di Sekolah Menengah Chung Ling apabila kerajaan Perikatan mengumumkan 20 syarat yang dikenakan kepada sekolah menengah Cina yang menerima bantuan penuh kewangan kerajaan pada 27 Disember 1956. Syarat ini antaranya termasuk pertukaran status sekolah menengah Cina kepada SMJK. Pengumuman ini mempersengit perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelajar sekolah tersebut yang merasakan diri mereka seolah-olah diperdaya oleh lembaga pengurus sekolah yang sebelum ini memberikan jaminan kepada mereka bahawa penerimaan bantuan penuh kewangan kerajaan adalah tanpa syarat.
Keadaan sekolah sekali lagi menjadi kecoh pada 2 April 1957 apabila pelajar mengadakan demonstrasi serta memulaukan kelas dan peperiksaan penggal bagi membantah keputusan sekolah untuk menerima bantuan penuh kewangan kerajaan yang menyebabkan pertukaran statusnya. Pada 3 April 1957, seorang pemimpin pelajar menulis cogan kata yang berbunyi, “Cintai Bahasa Cina Kita, Cintai Chung Ling Kita,"(爱吾华文,爱吾锺灵) dengan darah jarinya di atas sebuah sepanduk sebagai bantahan. Tindakan ini menyemarakkan semangat pelajar untuk meneruskan demonstrasi serta memulaukan kelas dan peperiksaan penggal. Kekecohan di Sekolah Menengah Chung Ling berlarutan sehingga 4 April 1957.
Sehubungan itu, pihak sekolah mengambil tindakan keras untuk menutup premis sekolah buat sementara waktu serta memecat 10 orang pemimpin pelajar bagi menangani kekecohan tersebut. Nasib yang menimpa pemimpin-pemimpin pelajar ini membangkitkan perasaan simpati pelajar daripada tiga buah sekolah menengah Cina berhampiran, iaitu Sekolah Menengah Han Chiang (韩江中学), Sekolah Menengah Chung Hwa Confucian (孔圣庙中华中学) dan Sekolah Menengah Perempuan China (槟华女子中学). Mereka turut mengadakan demonstrasi untuk memberikan sokongan moral kepada pemimpin pelajar tersebut. Seperti Sekolah Menengah Chung Ling, ketiga-tiga buah sekolah ini juga ditutup buat sementara waktu.
Penerimaan bantuan penuh kewangan kerajaan menjadikan Sekolah Menengah Chung Ling sebagai SMJK pertama di Persekutuan Tanah Melayu. Pertukaran status ini menyebabkan sekolah ini kehilangan autonomi dan diletakkan di bawah kawalan kerajaan. Biarpun pertukaran status ini tidak banyak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajarannya, namun bagi pendidik Cina, mereka amat bimbang sekiranya sekolah- sekolah menengah Cina lain akan mengikut jejak langkah ini. Kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila dua buah sekolah menengah Cina, iaitu Sekolah Menengah Chan Wa (振华中学) dan Sekolah Menengah Hua Qiao (华侨中学), turut memohon bantuan penuh kewangan kerajaan dan bertukar kepada SMJK. Perkembangan sekolah menengah Cina yang dihimpit oleh masalah pertukaran aliran, penetapan bahasa rasmi sebagai bahasa pengantar peperiksaan awam dan had umur pelajar akhirnya telah mencetuskan peristiwa pemulauan kelas yang berlaku secara besar-besaran di seluruh negara pada 14 November 1957. Peristiwa ini bermula di Pulau Pinang dan kemudian merebak ke Kuala Lumpur, Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat.
Pendidik Cina juga terdesak untuk menyelesaikan masalah pertukaran aliran sekolah menengah Cina. Memandangkan penetapan bahasa rasmi sebagai bahasa pengantar peperiksaan awam merupakan sebab utama sekolah menengah Cina yang menerima bantuan penuh kewangan kerajaan terpaksa menukarkan bahasa pengantarnya, maka mereka cuba mendesak kerajaan agar menggugurkan penetapan ini. Walau bagaimanapun, kerajaan bertegas dengan pendirian bahawa peperiksaan awam perlu dijalankan dalam bahasa rasmi. Lagipun, bahasa pengantar peperiksaan awam merupakan sebahagian daripada dasar pendidikan penting yang tidak boleh dikompromikan.
Di negeri Johor, Sekolah Menengah Foon Yew (宽柔中学) pada tahun 1958 mengemukakan keputusannya iaitu tidak menerima bantuan penuh kewangan kerajaan bagi mempertahankan budaya Cina, kuasa autonomi lembaga pengurus dan tradisi sekolah Cina. Sekolah Menengah Foon Yew, sebuah sekolah menengah Cina ternama di Johor Bahru, merupakan sekolah menengah Cina pertama yang menyatakan secara terbuka pendiriannya untuk tidak menerima bantuan penuh kewangan kerajaan.
Namun, berita ini melegakan pendidik Cina hanya buat seketika kerana perkembangan selanjutnya menunjukkan bahawa kerajaan telah bertindak tegas untuk menyemak semula sistem pendidikan menengah di negara ini menerusi penggubalan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960 dan Akta Pelajaran 1961 demi merealisasikan hasrat Laporan Razak untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan negara ini.
Laporan Rahman Talib
Kedudukan sekolah menengah Cina terus menjadi tidak menentu dengan tergubalnya Laporan Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan ini digubal oleh Jawatankuasa Rahman Talib yang ditubuhkan oleh kerajaan Perikatan pada Februari 1960 untuk menyemak semula pelaksanaan Laporan Razak. Laporan Rahman Talib diluluskan oleh parlimen pada 12 Ogos 1960.
Jawatankuasa Rahman Talib berpendapat bahawa kewujudan satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh diterima oleh seluruh rakyat di negara ini, seperti yang dicadangkan oleh Laporan Razak, telah dipenuhi dengan terlaksananya sistem pendidikan rendah pelbagai aliran bahasa pengantar yang dibiayai wang kerajaan. Menurut jawatankuasa ini, sudah memadai untuk memenuhi tuntutan bahasa dan budaya semua kaum di negara ini dengan adanya sistem sekolah rendah yang diajar dalam empat jenis bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Oleh itu, jawatankuasa ini hanya merestui dasar kepelbagaian bahasa dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah.
Pada peringkat sekolah menengah, pelaksanaan dasar keseragaman bahasa perlu lebih diutamakan. Sistem pendidikan menengah yang mempersengit perbezaan bahasa dan kaum dan dibiayai wang kerajaan dianggap tidak secocok dengan tujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi memupuk kesedaran kebangsaan dalam kalangan pelajar. Susulan itu, jawatankuasa ini mencadangkan sistem pendidikan menengah di negara ini dijalankan dalam bahasa rasmi negara dengan tujuan akhir untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Walau bagaimanapun, sistem pendidikan menengah ini membenarkan mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan diajar menerusi bahasa-bahasa pengantar lain bagi memenuhi tuntutan bahasa dan budaya orang Cina dan orang India. Untuk merealisasikan tujuan akhir ini, ia seterusnya mencadangkan sistem bantuan separa kewangan kerajaan kepada sekolah menengah diberhentikan. Sebaliknya, sekolah menengah hanya akan dibezakan mengikut sekolah bantuan penuh kewangan kerajaan dan sekolah persendirian tanpa bantuan kewangan kerajaan.
Sekolah menengah bantuan penuh kerajaan terdiri daripada SMK dan SMJK yang menggunakan satu daripada dua bahasa rasmi negara ini sebagai bahasa pengantar utama di samping membenarkan pengajaran bahasa-bahasa lain sebagai mata pelajaran bahasa. Sekolah yang tidak menggunakan bahasa rasmi sebagai bahasa pengantar utama sekolah tidak akan layak menerima bantuan penuh kewangan kerajaan dan perlu wujud sebagai sekolah menengah persendirian atau Duzhong (独中) tanpa bantuan kerajaan.
Sistem Pendidikan Cina Masa Kini
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, hanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK/SMJKC) yang layak menerima peruntukan kerajaan, manakala Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dikategorikan sebagai sekolah swasta dan tidak menerima bantuan kerajaan. Setakat tahun 2025, terdapat 1,303 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina[14] (SJKC, 国民型华文小学), 81 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK, 国民型华文中学), 64 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC, 华文独立中学), dan 3 buah institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan masyarakat Cina (Kolej Han Chiang Pulau Pinang, Kolej New Era Selangor, dan Kolej Selatan Johor)
Negeri | Bilangan SMJK |
---|---|
![]() |
17 |
![]() |
12 |
![]() |
10 |
![]() |
8 |
![]() |
7 |
![]() |
5 |
![]() |
5 |
![]() |
4 |
![]() |
4 |
![]() |
3 |
![]() |
2 |
![]() |
2 |
![]() |
1 |
![]() |
1 |
Negeri | Bilangan SMPC |
---|---|
![]() |
14 |
![]() |
10 |
![]() |
9 |
![]() |
9 |
![]() |
5 |
![]() |
5 |
![]() |
4 |
![]() |
3 |
![]() |
2 |
![]() |
1 |
![]() |
1 |
![]() |
1 |
Sekolah Cina terus menjadi pilihan utama bagi masyarakat Cina mahupun dari kalangan bukan Cina di Malaysia kerana nilai ekonomi bahasa Cina yang memberi lebih banyak peluang pada masa hadapan, pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi, serta disiplin yang baik dalam kalangan murid. Setakat tahun 2020, terdapat 20% pelajar bukan Cina yang belajar dekat SJKC.
Tahun | Jumlah Murid | Bilangan Murid Bukan Cina | Peratus (%) |
---|---|---|---|
1989 | 567,803 | 17,309 | 3.05 |
1990 | 574,919 | 18,379 | 3.20 |
1991 | 575,108 | 19,488 | 3.39 |
1992 | 579,285 | 20,559 | 3.55 |
1993 | 586,469 | 21,508 | 3.67 |
1994 | 583,825 | 32,203 | 5.52 |
1995 | 599,500 | 32,734 | 5.46 |
1996 | 587,221 | 37,519 | 6.39 |
1997 | 601,891 | 49,639 | 8.25 |
1998 | 601,155 | 52,043 | 8.66 |
1999 | 609,673 | 65,000* | 10.66* |
2010 | 612,064 | 72,443* | 11.84 |
2011 | 597,036 | 71,644* | 12* |
2012 | 600,931 | 80,024 | 13.32 |
2014 | 571,315 | 87,463 | 15.31 |
2017 | 525,603 | 94,608 | 18* |
2020 | 511,448 | 101,011* | 19.75 |
Catatan:* dirujuk kepada anggaran
Bahasa
Masyarakat Cina Malaysia menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa komunikasi antara mereka.
Mereka juga akan menggunakan dialek dalam komunikasi antara suku dialek yang sama. Bahasa dialek utama Masyarakat Cina adalah Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, Bahasa Hakka dan Bahasa Teochew.
Bahasa Mandarin Baku juga akan digunakan oleh masyarakat Cina Malaysia dalam komunikasi dengan orang China dan orang Taiwan, dan Bahasa Kantonis juga banyak digunakan dalam komunikasi dengan orang Hong Kong dan Macau, orang Cina Kanada dan orang Cina Amerika Syarikat.
Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai bahasa komunikasi antara masyarakat Cina dengan kaum Melayu, kaum India dan orang asing.
Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 30% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000,[15] dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah:
Dialek | Penduduk[16] |
---|---|
Hokkien | 1,848,211 |
Hakka | 1,679,027 |
Kantonis | 1,355,541 |
Teochew | 974,573 |
Mandarin | 958,467 |
Hainan | 380,781 |
Min Bei | 373,337 |
Fuzhou | 249,413 |
Min Timur | 241,200 |
Cina Selat | 236,918 |
Agama
Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai agama rakyat Cina, Buddha, Taoism, Konfusianisme , dan penyembahan nenek moyang.Walau bagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.
Politik

Senario politik di Malaysia sangat dibahagikan mengikut jenis kaum, dengan orang yang berasal dari etnik yang berbeza umumnya menyokong ahli politik yang berasal dari kaum mereka sendiri. Penduduk Cina diwakili dalam parti pemerintah Barisan Nasional terutamanya oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), walaupun sokongan untuk parti itu di kalangan orang Cina Malaysia berbeza dan kadangkala lemah. Sokongan jumlah parti yang lebih kecil Gerakan, pihak-pihak lain yang dikuasai Cina dalam gabungan itu termasuklah Parti Rakyat Bersatu Sarawak. Sejumlah besar kaum Cina Malaysia menyokong parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik yang sangat kuat di kawasan bandar majoriti kaum Cina seperti di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Majoriti kaum cina tidak seperti kaum Orang India Malaysia, hanya akan mengundi atau sokong parti politik dan pemimpun cina sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecilkaum Cina yang menyokong parti politik yang berbilang kaum seperti Parti Keadilan Rakyat.[17]
Sastera
Sejak sekian mereka menetap di Malaysia, mereka telah mencipta karya sastera mereka sendiri.[18]
Makanan
Orang Cina Malaysia makan semua jenis makanan termasuk makanan Cina, Melayu, India dan barat. Makanan Cina Malaysia adalah sama dengan makanan di selatan China seperti yang terutama berasal dari makanan Hokkien, Kantonis, Hakka dan Teochew.
Beberapa hidangan tradisional Cina telah dikembangkan, sama ada dengan menggunakan bahan-bahan tempatan atau melalui penemuan baru ke dalam hidangan tempatan. Sebagai contoh, Bak Kut Tehasalnya dari Klang dan bukannya China.[19].Sempena tahun Baru Cina, Cina Malaysia juga makan makanan seperti Yusheng yang dikembangkan terutamanya di Kuala Lumpur. [20]
Lain-lain
Penghijrahan keluar/Emigrasi
Dalam konteks penghijrahan, orang Cina Malaysia antara kaum yang terbesar yang berhijrah ke luar negara berbanding kaum lain di Malaysia. Ia dijangka bahawa kadar peratus kaum Cina di Malaysia daripada jumlah penduduk Malaysia akan jatuh daripada 45% pada tahun 1957 kepada 18.6% pada tahun 2035 jika gaya kini berterusan.[21] Kepesatan ekonomi China telah menjadikan ianya sebagai destinasi yang menarik bagi kebanyakan kaum Cina di Malaysia.[22][23][24] Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada kaum Cina di Malaysia yang berminat untuk berhijrah ke negara-negara Barat seperti Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, United Kingdom, Kanada dan Eropah. Sebahagian kecil daripada mereka yang berhijrah ke negara-negara lain dalam rantau ini seperti ke Singapura, terutamanya dengan tujuan untuk bekerja.
Lihat juga
- Peranakan
- Orang Cina Indonesia
- Cina Terengganu
- Peristiwa 13 Mei
- Cheng Ho
- Islam di China
- Kampung Baru
- Hubungan Malaysia-China
Rujukan
- ^ "Malaysia". Background Notes. United States: Department of State. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 2009-05-08 Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Cite journal requires|journal=
(bantuan)CS1 maint: postscript (link) - ^ "Malaysia" (PDF). Background Notes. United States: Department of State. 2010. Dicapai pada 2009-05-08 Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Cite journal requires|journal=
(bantuan)CS1 maint: postscript (link) - ^ Dept. of Statistics: "Population and Housing Census of Malaysia 2000", Table 4.1; p. 70, Kuala Lumpur: Department of Statistics Malaysia, 2001
- ^ Malaysia-Singapore-6th-Footprint-Travel, Steve Frankham, ISBN 978-1-906098-11-7
- ^ http://www.31ogos1957.com/post/929977921/future-for-chinese-in-malaysia
- ^ Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar, edt: "Encyclopedia of Malaysia - Languages and Literature", pp 52-53, Kuala Lumpur: Editions Didier Millet, 2004, ISBN 981-3018-52-6
- ^ Slightly more men than women in Malaysian population Diarkibkan 2012-10-19 di Wayback Machine. Thestar.com.my. Retrieved on 2012-04-23.
- ^ Population Distribution and Basic Demographic Characteristic Report 2010 (Kemas kini: 05/08/2011 - Corrigendum) Diarkibkan 2011-08-24 di Wayback Machine. Statistics.gov.my. Retrieved on 2012-04-23.
- ^ Department of Statistics, Malaysia (2010). "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 11, 62–81. Dicapai pada 6 Julai 2005.
- ^ Malaysian Education, Education System of Malaysia
- ^ Yoong, Chin Tek; Tang, Nur Atiqah Abdullah (2023-02-28). "Pendidikan Bahasa Ibunda Cina di Malaysia: Suatu Sorotan Literatur". Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (dalam bahasa Inggeris). 8 (2): e002122–e002122. doi:10.47405/mjssh.v8i2.2122. ISSN 2504-8562.
- ^ "PHT Talks: 'Sook Ching' 1942 and the Involvement of Chung Ling High School Penang: A New Interpretation". pht.org.my. Dicapai pada 2025-03-19.
- ^ 陈, 绿漪 (1984). 大马半岛华文教育的发展.
- ^ "2024年全国华小数目 - 教总". www.jiaozong.org.my (dalam bahasa Cina). 2024-07-10. Dicapai pada 2025-03-21.
- ^ Jabatan Statistik: "Population and Housing Census of Malaysia 2000", Kuala Lumpur: Jabatan Statistik Malaysia, 2001
- ^ Joshua Project database for Malaysia
- ^ Malaysian Chinese: Recent Developments and Prospects. Institute of Southeast Asian Studies. 2011. m/s. 70–85. ISBN 978-9814345088. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan) - ^ Wong, S.T. 1990. Perhubungan Kaum dalam Sastera Mahua. dlm. A. Rahim Abdullah (ed.).
- ^ Programme Guide. Astro.com.my. Retrieved on 23 April 2012.
- ^ http://www.expatgomalaysia.com/article/1120/old-school-restaurants-in-the-heart-of-kuala-lumpur
- ^ Honey, I Shrunk the Chinese!. English.cpiasia.net (9 December 2009). Retrieved on 2012-04-23.
- ^ Nam, Suzanne (2 March 2011). "Malaysia's 40 Richest". Forbes.
- ^ "Will China's rise shape Malaysian Chinese community?". BBC News. 30 December 2011.
- ^ "Top 10 Richest Malaysians 2011". DenaiHati. 3 April 2011. Dicapai pada 10 May 2012.
- Bibliografi
- Backman, Michael; Butler, Charlotte, Big in Asia: 25 strategies for Business Success, Palgrave Macmillan, 2003, ISBN 0333985117
- Ball, James Dyer, Things Chinese: Or Notes Connected With China, 4th edn., Hong Kong
- Butcher, John G., The Closing of the Frontier: A History of the Marine Fisheries of Southeast Asia, c. 1850-2000, Institute of Southeast Asian Studies, 2004, ISBN 9812302239
- Constable, Nicole, Chinese Politics in Malaysia: A History of the Malaysian Chinese Association, Oxford University Press, 1988, ISBN 0195888812
- Constable, Nicole, Guest People: Hakka Identity in China and Abroad, University of Washington Press, 2005, ISBN 0295984872
- Goh, Beng-Lan, Modern Dreams: An Inquiry into Power, Cultural Production, and the Cityscape in Contemporary Urban Penang, Malaysia, 2002, Cornell Univ Southeast Asia, ISBN 0877277303 (0-87727-730-3)
- Hara, Fujio, Malayan Chinese and China: Conversion in Identity Consciousness, 1945-1957, NUS Press, 2003, ISBN 9971692651
- In-Won Hwang, Personalized politics: The Malaysian state Under Mahathir, Institute of Southeast Asian Studies, 2003, ISBN 9812301852
- International Conference of South-East Asian Historians, Papers on Malayan History, Journal of South-east Asian History., 1962
- Megarry, Jacqueline, World Yearbook of Education: Education of Minorities, Taylor & Francis, 2006, ISBN 0415392977
- Ooi, Jin-Bee, Land, People, and Economy in Malaya, Longmans, 1963
- Owen, Norman G.; Chandler, David, The Emergence of Modern Southeast Asia: A New History, University of Hawaii Press, 2005, ISBN 0824828410
- Pan, Lynn, The Encyclopedia of the Chinese Overseas, Harvard University Press, 1999, ISBN 0674252101
- Tan, Chee Beng, Chinese Minority in a Malay State: The Case of Terengganu in Malaysia, Eastern Universities Press, 2002, ISBN 9812101888
- Tan, Chee Beng; Kam, Hing Lee, The Chinese in Malaysia, Oxford University Press, 2002, ISBN 9835600562
- Tan, Sooi Beng, Ko-tai, A New Form of Chinese Urban Street Theatre in Malaysia, Southeast Asian Studies, 1984
- Toong, Siong Shih, The Foochows of Sitiawan: A Historical Perspective, Persatuan Kutien Daerah Manjung, ISBN 9834182406
- Yamashita, Shinji; Eades, Jeremy Seymour, Globalization in Southeast Asia: Local, National and Transnational Perspectives, Berghahn Books, 2003, ISBN 1571812563
- Yan, Qinghuang, The Chinese in Southeast Asia and Beyond: Socioeconomic and Political Dimensions, World Scientific, 2008, ISBN 9812790470