Rosnizan Ahmad | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Morib | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Hasnul Baharuddin (PH–AMANAH) |
Majoriti | 3,843 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rosnizan bin Ahmad 1972 (umur 52–53) ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
Anak | 3 |
Pendidikan | Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok |
Tempat belajar | Kolej Universiti Lincoln, Malaysia (Ijazah Sarjana Muda dalam pentadbiran perniagaan) |
Pekerjaan |
|
Rosnizan bin Ahmad (lahir 1972) merupakan seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Morib sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa PN Negeri dan Timbalan Ketua Bahagian PN Kuala Langat serta Ketua Bahagian BERSATU Kuala Langat.[1]
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Rosnizan membuat penampilan sulung dalam pilihan raya setelah dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Morib. Rosnizan memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Morib untuk penggal pertama selepas menewaskan Hasnul Baharuddin daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti sebanyak 3,843 undi.[2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N53 Morib | Rosnizan Ahmad (BERSATU) | 18,936 | 55.65% | Hasnul Baharuddin (AMANAH) | 15,093 | 44.35% | 34,029 | 3,843 | 77.64% |
Anugerah
Rujukan
- ^ "Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad". Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.
- ^ "Senarai Penerima Pingat Pangkuan Negara Tahun 2021" (PDF). www.istiadat.gov.my.