Noorazley Yahya | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bukit Melawati | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Juwairiya Zulkifli (PH–PKR) |
| Majoriti | 877 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Noorazley bin Yahya |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (–2023) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (sejak 2023) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (–2023) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2023) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Noorazley bin Yahya merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Bukit Melawati sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan pernah menjadi ahli, Penolong Setiausaha Negeri serta Setiausaha Pemuda Negeri Selangor selain Ketua Pemuda Bahagian Kuala Selangor dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).[1]
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Noorazley membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh PN untuk bertanding di kerusi negeri Bukit Melawati. Noorazley memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Bukit Melawati bagi penggal pertama selepas menewaskan Thiban Subramaniam dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti tipis sebanyak 877 undi.[2] Disebabkan majoriti yang kecil itu, terdapat rancangan awal oleh PH untuk mencabar keputusan pilihan raya tersebut melalui petisyen pilihan raya,[3] namun PH kemudiannya tidak meneruskan rancangan itu.[4]
Sebagai ADUN Bukit Melawati, Noorazley menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PH dan BN untuk membatalkan pengecualian automatik cukai taksiran kepada pemilik rumah di kampung baru, kampung Melayu dan perkampungan nelayan. Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tindakan yang membebankan dan menyusahkan rakyat. Beliau turut menyokong pandangannya dengan menjelaskan bahawa majoriti penduduk kampung terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan mereka perlu membuat permohonan serta rayuan sekiranya merasakan mereka layak untuk pengecualian cukai taksiran tersebut. Beliau turut mempersoalkan kaedah pengiraan pendapatan bulanan kerana ramai penduduk kampung bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan bulanan tetap. Selain itu, beliau turut mempersoalkan sama ada langkah tersebut bertujuan untuk menghukum rakyat kerana menyokong PN memandangkan kebanyakan kampung tersebut terletak di kawasan utara Selangor yang secara politik dan pilihan raya dikuasai oleh PN.[5]
Kontroversi dan isu
Dakwaan muflis
Pada 10 Mei 2024, Noorazley didakwa telah diisytiharkan sebagai seorang muflis. Namun begitu, beliau menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa beliau hanyalah penjamin kepada sebuah syarikat serta telahpun membuat pembayaran kepada pihak bank.[6]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2023 | N10 Bukit Melawati | Noorazley Yahya (BERSATU) | 14,672 | 51.54% | Thiban Subramaniam (PKR) | 13,795 | 48.46% | 28,467 | 877 | 75.00% | ||
Anugerh
Rujukan
- ^ "Y.B. Dato' Noorazley bin Yahya". Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 22 Februari 2024.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 22 Februari 2024.
- ^ "Selangor PH to challenge 4 seats won by PN in state polls, says MB". Free Malaysia Today. 2 September 2023. Dicapai pada 22 Februari 2024.
- ^ "PH tidak teruskan petisyen bantahan keputusan PRN tiga DUN". Harian Metro. 26 Oktober 2023. Dicapai pada 22 Februari 2024.
- ^ "Tak wajar kenakan cukai pintu kepada penduduk kampung - ADUN". Sinar Harian. 3 Februari 2024. Dicapai pada 22 Februari 2024.
- ^ "'Saya hanya penjamin, tidak diisytihar bankrap' - Noorazley". Sinar Harian. 10 Mei 2024. Dicapai pada 4 November 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat". www.istiadat.gov.my.








