Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor KMN | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Jerteh | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Didahului oleh | Muhammad Pehimi Yusof |
Pegawai Penyelaras Parlimen Besut | |
Lantikan Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat | |
Menyandang jawatan 2013 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jerteh, Besut, Terengganu, Malaysia | 1 Jun 1971
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Dr. Uzaimah Ibrahim |
Kediaman | Terengganu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor (Jawi: رضوان بن محمد نور ) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan seorang penulis. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Pendidikan dan kerjaya
Riduan memiliki B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) dan berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda PAS Wilayah semenjak zaman belajar di UM (Dip. Ed), juga sebagai SU DDD Lembah Pantai.
Beliau pernah menjadi guru selama 13 tahun sebelum berhenti. Beliau pernah mengajar di SMK Khatolik PJ, SMK La Salle PJ, SMK Perempuan Taman Petaling, Yayasan Anda Akademik dan Victoria Institution KL.
Politik
Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sekali lagi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[1]. Riduan mula menyertai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sejak 2013. Beliau pernah menyandang tugas sebagai Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat.
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran
- Malaysia:
- Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) – (2021)[2]
Karya penulisan
Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku secara perseorangan atau bersama penulis lain .Antaranya ialah :
- Pertembungan Iman dan Kufur
- Sejarah Pemalsuan Al-Quran
- Ahzab Moden dan Masa Depan Islam
- Tajuk-Tajuk Utama Ramadhan (bersama dengan Nazri Chik)
- Duka Acheh Luka Kita
- Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan
- Gaza Menangis
- Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden
- Catatan Kanvas Kehidupan
- Tsunami Politik Permatang Pauh
- Analisis Pilihan Raya Umum ke-12
- Potret Perjuangan Mahasiswa Dalamm Cerminan Dekad
- Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan
- Memperingati 100 Tahun Hassan Al Banna
- Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW - Implikasi Hulum , Menelusuri Sejarah dan Isu Kontemporari
- Peperangan Rasulullah SAW
- Siri Serangan Pemikiran - Islam Liberal dan Pluralisme Agama
- Murtad - Implikasi Hukum dan Fenomena
- Menggengam Bara - Menelusuri Perjuangan 50 Tahun Dewan Pemuda Pas Pusat dan Kezaliman ISA
- Aku, Cinta dan Bulan
- Menerjang badai: 60 tahun Mempersada Perjuangan
- Makkal Sakhti 2008: Analisis Pilihanraya Umum Ke-12
Kembara
Ustaz Riduan Mohd Nor pernah sampai ke Banda Acheh, Meulabuh, Blang Pidie, Brastagi, Batak Karo, Medan, [Bandung]], Tasik Malaya, Cipanas, Pangandaran, Jogjakarta, Solo, Jakarta, Bogor, Puncak,Pnom penh, Preai Riem, Chennang, (Kemboja), Fukuoka, Oita (Jepun), Irbid, Muktah ,Amman, (Jordan), Beirut , Damascus, Nawar, (Syria), Mekah, Madinah, Jeddah, (Arab Saudi), Dubai, Brunei, Singapura, Bangkok, Yala, Karachi, Islamabad, Rawalpindi, Balakot (Pakistan) ,Muzaffarabad (Kashmir), melintasi Asia Timur seperti Macau, Guang Dhong, Canton dan Hong Kong.[3]
Rujukan
- ^ Nur Fazlizai Ali (7 November 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
- ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ Biodata Ustaz Riduan Mohd Nor
{{#switch:||Kategori=