Muhamad Radhi Mat Din | |
---|---|
محمد راضي مت دين | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 (Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan) | |
Raja | Sultan Sallehuddin |
Menteri Besar | Muhammad Sanusi Md Nor |
Didahului oleh | Mohd Firdaus Ahmad (Belia & Sukan) Portfolio ditubuhkan (Kepenggunaan & Kos Sara Hidup) |
Kawasan pilihan raya | Alor Mengkudu |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Alor Mengkudu | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Phahrolrazi Mohd Zawawi (PH–PKR) |
Majoriti | 10,104 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muhamad Radhi bin Mat Din 17 Julai 1965[1] Pokok Sena, Kedah, Malaysia |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Pengurus bola sepak, Pemain bola sepak bersara |
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Kedah FA (penolong jurulatih) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1986–1992 | Kedah PKNK | ? | (?) |
1986–2000 | Kedah FA | ? | (?) |
Pasukan kebangsaan | |||
1987–1991 | Malaysia | 14 | (4) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Yang Berhormat Muhamad Radhi bin Mat Din (lahir 17 Julai 1965) merupakan seorang ahli politik Malaysia, jurulatih bola sepak dan pemain bola sepak bersara yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang bimbangan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dan ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) bagi Alor Mengkudu sejak Ogos 2023.
Kerjaya bola sepak
Beliau menghabiskan seluruh kariernya dengan bermain di bahagian tengah untuk Kedah FA, di mana beliau juga merupakan kapten paling lama berkhidmat dalam sejarah kelab bermula dari 1991 hingga 2000.[2] Radhi membuat penampilan sulung pada tahun 1986 dan mengukuhkan tempatnya dalam pasukan pertama pada musim 1987, menggantikan Lee Kin Hong sebagai ketua pasukan Kedah pada tahun 1991.
Radhi merupakan bahagian penting dalam era keemasan kelab yang berpangkalan di Darul Aman semasa 1980-an dan 1990-an di mana Kedah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak tujuh kali dari 1987 hingga 1993. Dia mengumpul dua pingat pemenang Piala Malaysia pada 1990 dan 1993; gelaran Divisyen 1 pada tahun 1993; dan Piala FA pada tahun 1996.[2] Selepas Kedah memenangi kejuaraan Liga dan Piala FA pada 1993, Radhi telah diberi penghormatan dengan Pemain Terbaik Malaysia.[3]
Radhi mempunyai rekod menjaringkan gol, terjahan, penendang sudut dan hantaran yang baik. Beliau mewakili Malaysia selama kira-kira empat tahun dari 1989 hingga 1993. Radhi juga dikenali dengan panggilan "Kapten Marvel" di kalangan peminat Kedah semasa karier bermainnya dengan watak yang sama seperti bekas pemain bola sepak Inggeris, Bryan Robson.
Radhi bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Sukan Sea 1989 dan memenangi pingat emas.[4]
Selepas karier bermainnya tamat, beliau bekerja di Kedah, berkhidmat sebagai jurulatih kedua mereka di belakang Mohd Azraai Khor Abdullah bersama bekas rakan sepasukannya dan penjaga gol legenda Kedah, Ahmad Sabri Ismail yang mana tiga daripada mereka menjana Kedah untuk merangkul gelaran treble berganda pada M.Liga musim 2006/07 dan 2007/08.[5]
Kerjaya politik
Pada 14 April 2018, Radhi diumumkan sebagai calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi kawasan persekutuan Pokok Sena, Kedah dalam pilihan raya umum Malaysia 2018.[6] Pada pilihan raya itu, Radhi memperoleh 23,401 undi dan dikalahkan oleh penyandang Mahfuz Omar daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 5558 undi.[7] Beliau kemudiannya dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Alor Mengkudu selepas menewaskan Mahfuz Omar pada 2023.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P008 Pokok Sena | Muhamad Radhi Mat Din (PAS) | 23,401 | 33.08% | Mahfuz Omar (AMANAH) | 28,959 | 40.93% | 71,910 | 5,558 | 82.76% | ||
Said Ali Said Rastan (UMNO) | 18,390 | 25.99% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N14 Alor Mengkudu | Muhamad Radhi Mat Din (PAS) | 18,936 | 68.19% | Mahfuz Omar (AMANAH) | 8,832 | 31.81% | 27,885 | 10,104 | 72.70% |
Rujukan
- ^ Radhi Mat Din - National football teams
- ^ a b "Kapten 'Marvel' pulang ke gagang". Wan Fai (dalam bahasa malay). Malaysia Post. 24 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2022. Dicapai pada 24 Julai 2020.CS1 maint: unfit URL (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "6 Pemain Bola Sepak Yang Melibatkan Diri Dengan Politik Negara Masing-Masing". Namri Sidek (dalam bahasa malay). Iluminasi. 13 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.CS1 maint: unfit URL (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Courtney, Barrie (2 Februari 2005). "International Matches 1989 - Asian". RSSSF.
- ^ Noh, Dasheer (26 Ogos 2008). "Radhi: Difficult to win double treble again". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2009. Dicapai pada 2 April 2010.
- ^ Shagar, Loshana K (15 April 2018). "'Captain Marvel' Radhi Mat Din to take on Mahfuz". TheStarOnline. Dicapai pada 25 April 2018.
- ^ Noorazura Abdul Rahman (10 Mei 2018). "Mahfuz pertahan Pokok Sena" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.