Muhammad Hilman Idham | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Gombak Setia | |
Menyandang jawatan 9 May 2018 | |
Didahului oleh | Hasbullah Mohd Ridzwan (PR–PAS) |
Majoriti | 12,399 (2018) 58 (2023) |
Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 16 November 2018 – 24 Februari 2020 | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Ketua Pemuda | Akmal Nasrullah Mohd Nasir |
Didahului oleh | Afif Bahardin |
Digantikan oleh | Mohd Kamil bin Abdul Munim |
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke-3 | |
Menyandang jawatan 29 Oktober 2024 | |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Hamzah Zainudin |
Didahului oleh | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muhammad Hilman bin Idham 2 Februari 1989 ![]() ![]() |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2015–2020) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (sejak 2020) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (2015–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Muhammad Hilman bin Idham[1] (lahir 2 Februari 1989) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Gombak Setia sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH).[2]
Kerjaya politik
Semasa bergelar pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hilman merupakan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan sering terlibat dalam forum serta diskusi awam berkaitan isu politik dan masyarakat.
Hilman pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Azmin Ali ketika beliau menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (2018–2020) dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2020–2022).
Beliau kemudiannya menggantikan Wan Ahmad Fayhsal sebagai Ketua Armada BERSATU yang ke-3.
Isu Perundangan
Pada Julai 2024, seorang pembantu kepada Hilman Idham, Zulfahimin Mahdzir, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan rotan kerana merogol seorang kenalan Hilman. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan bahawa Zulfahimin gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam pembelaannya. Kejadian tersebut berlaku pada Disember 2020, di mana mangsa ketika itu berada dalam keadaan mabuk. Kes ini menimbulkan perhatian awam terhadap isu intimidasi serta kesukaran mangsa untuk mendapatkan keadilan.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N17 Gombak Setia | Muhammad Hilman Idham (PKR) | 24,157 | 51.37% | Hasbullah Mohd Ridzwan (PAS) | 11,758 | 25.00% | 47,619 | 12,399 | 85.86% | ||
Megat Zulkarnain Omardin (UMNO) | 11,113 | 23.63% | ||||||||||
2023 | Muhammad Hilman Idham (BERSATU) | 30,299 | 49.17% | Megat Zulkarnain Omardin (UMNO) | 30,241 | 49.08% | 62,027 | 58 | 70.10% | |||
Mohamed Salim Mohamed Ali (BEBAS) | 1,076 | 1.75% |
Rujukan
- ^ "Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham". dewan.selangor.gov.my.
- ^ Jonathan Yassin, Azmin Now A Bersatu Member[usurped]
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.