Dato' Kamaruddin Jaffar DSNS (Negeri Sembilan), BCM (Melaka) | |
---|---|
Timbalan Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Saifuddin Abdullah |
Digantikan oleh | Mohamad Alamin |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Hishammuddin Hussein |
Didahului oleh | Marzuki Yahya |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bandar Tun Razak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Abdul Khalid Ibrahim |
Digantikan oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
Majoriti | 19,930 (2018) |
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Loke Siew Fook |
Didahului oleh | Abd Aziz Kaprawi |
Digantikan oleh | Hasbi Bin Habibollah |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tumpat, Kelantan | |
Dalam jawatan 20 Disember 1999 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Wan Mohd. Jamil Wan Mahmood |
Digantikan oleh | Che Abdullah Mat Nawi |
Majoriti | 10,442 (1999) 1,820 (2004) 9,377 (2008) 10,704 (2013) |
Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 2005–2009 | |
Didahului oleh | Nasharudin Mat Isa |
Digantikan oleh | Mustafa Ali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan | 3 November 1952
Parti politik | UMNO (sehingga 1999) PAS (1999-2015) PKR (2015-2020) BERSATU (2020-kini) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (sehingga 1999) Barisan Alternatif (1999-2015) Pakatan Rakyat (2008-2015) Pakatan Harapan (2015-2020) Perikatan Nasional (2020-kini) |
Pasangan | Datin Yushazlinda Yaacob (k. 2011)[1] Datin Kamariah Kamarudin (m. 2009) |
Anak | Nur Adilah Saiful Adli Shahid Adli Nur Shifa |
Pekerjaan | Ahli Parlimen, Ahli politik |
Gaji | RM44,873.30 sebulan[2] |
Anugerah awam | Senarai |
Laman web | Blog Kamaruddin Jaffar |
Dato' Kamarudin bin Jaffar ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Ahli Parlimen Tumpat selama tiga penggal (1999-2018).
Biodata
Lahir pada 3 November 1952 di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Bersekolah di SRK Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan (1958-1963). Di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1964-1971) beliau belajar bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti Kent, Canterbury, England (1972-1974), selepas itu bertukar ke Universiti London (1975-1977).
Kerjaya
- Penolong Setiausaha, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (1974-1975)
- Penyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975-1985)
- Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri,Tun Ghafar Baba ( 1986-1991)
Politik
- Exco Pemuda UMNO Malaysia
- Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan.
- Ketua Umno Bahagian Tumpat 1998
- Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sesi 1983-1987
- Setiausaha Agung PAS Sesi 2005-2007 dan sesi 2007-2009
- Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2003-2005
- AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan 2003-2005
- Bendahari PAS Kawasan Tumpat (2003 hingga kini)
Keluarga
Isterinya Kamariah Kamarudin meninggal dunia pada 11 November 2009 kerana kanser usus selepas menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi. Ketika itu, Kamaruddin Jaafar berada di Qatar. Jenazah disembahyangkan di Masjid Nurul Yaqin, SS7 Kelana Jaya dan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.[3]
Mereka mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan iaitu:-
- Nur Adilah
- Saiful Adli
- Shahid Adli
- Nur Shifa
Kamaruddin Jaafar berkahwin buat kali kedua dengan Datin Yushazlinda Yaacob pada 10 Mac 2011 . Majlis akad nikah diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya, Selangor. Isterinya berasal dari Melaka. Turut hadir ialah Mahfuz Omar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.
Kerjaya Politik
Kamaruddin Jaafar seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memajukan Angkatan Belia Islam Malaysia dan Yayasan Anda Akademik di Lembah Pantai berdekatan dengan Universiti Malaya.
Semasa Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau antara pemimpin utama ABIM yang bertawakal menyertai UMNO dengan niat mentarbiahkan UMNO dari dalam. Ketika inilah beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kajian Dasar, satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin ABIM lain yang menyertai UMNO ketika itu ialah Kamaruddin, Anuar Tahir dan Muhammad Nor Manuty dan ramai lagi mengelilingi Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang dikelilingi oleh orang-orang ABIM ini tidak disenangi oleh barisan pemimpin pelapis UMNO seperti Sanusi Junid. Pada 1995 beliau bertanding di Tumpat atas tiket BN/UMNO tetapi tewas kepada calon PAS.
Tahanan ISA
Pada 22 September 1998, beliau dan 12 pemimpin lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Seksyen 73(1)(A) .[4] Turut ditahan ialah
- Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Ruslan Kassim,Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan
- Kamarudin Md Nor, ADUN Semarak
- Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO dan ahli parlimen Bagan Datoh
- Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden ABIM
- Mukhtar Redhuan, Timbalan Presiden ABIM
- Shaharuddin Badaruddin, Setiausaha Agung ABIM
- Abdul Halim Ismail, Naib Presiden ABIM
- Kamarudin Jaffar, Pengerusi Institut Kajian Dasar
- Tamunif Mokhtar, Ketua Bahagian UMNO Cheras
- Amidi Abdul Manan, Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia (?)
- Prof. Dr. Sidek Baba, UIAM
Dipecat UMNO dan menyertai PAS
Pada 6 Julai 1999, Majlis Tertinggi UMNO memecat sembilan anggota parti, termasuk Ketua Bahagian UMNO Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, kerana terbabit dengan kegiatan membantu dan menyertai parti pembangkang, ekoran pemecatan rakan ABIMnya, Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka. Turut dipecat ialah Ismail Yusof, Haji Said Othman, Tarmizi Ismail dan Jumri Sabran dari UMNO Bukit Gantang. Abdul Wahab Abdullah (UMNO Johor Bharu), Senator Hamzah Mohd Zain (Chenderoh) dan Saufi Daud dan Mohamad Noor (UMNO Tumpat).[5]
Pada 21 Julai 1999, beliau isytihar menyertai PAS Tumpat semasa ceramah oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Baginya, tiada lagi ruang di dalam UMNO untuk melaksanakan politik cara Islam.[6]
Lompat parti
Pada 11 Sep 2015, Kamaruddin bersama dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah meninggalkan PAS dan menyertai PKR. Ketika pergolakan dalaman PAS pada 2015, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk Parti Amanah Nasional (AMANAH). Kedua-dua tokoh terbabit berkata, penyertaan mereka ke dalam PKR bertujuan untuk mengukuhkan gabungan baru pembangkang dan pada masa sama tetap bersama AMANAH.
Pada 22 Ogos 2020 semasa majlis Kongres Negara 2020, Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa seramai 10 orang ahli parlimen menyertai parti Bersatu termasuk beliau. Selain itu, sembilan lagi yang lain ialah Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Seri Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).
Pilihan raya Umum Malaysia
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 jumlah pengundi di Parlimen Tumpat, Kelantan ialah 48,419. Kamarudin bin Jaffar melalui tiket parti PAS mendapat undi 23,218 atau 64.5 % dan meningkat 11.6%. Saingannya Noor Zahidi bin Omar dari Barisan Nasional hanya mendapat 12,776 undi atau 35.5 %. Menurut 11.6 %.
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 beliau menang buat penggal kedua berturut-turut di Parlimen Tumpat.
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Kamarudin Jaffar selaku Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi Hj Dusuki dengan majoriti 9,377. Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyraf memperoleh 27,337 undi.
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013, Kamarudin Jaffar berjaya memenangi kerusi Parlimen Tumpat buat penggal ke-4 mengalahkan calon BN, Mansur Saleh dengan majoriti 10,614. Kamarudin memperoleh 46,141 undi manakala Mansur Saleh memperoleh 35,527 undi.
Keputusan pilihan raya umum Malaysia
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Bandar Tun Razak | Kamarudin Jaffar | PN (BERSATU) | 33,659 | Wan Azizah Wan Ismail | PH (PKR) | 43,476 | 9,817 |
Chew Yin Keen | BN (MCA) | 15,886 | ||||||
2018 | Kamarudin Jaffar | PH (PKR) | 41,126 | Adnan Seman | BN (UMNO) | 21,196 | 19,930 | |
Rosni Adam | PAS | 7,884 | ||||||
2013 | Tumpat | Kamarudin Jaffar | PAS | 46,191 | Mansor Salleh | BN (UMNO) | 35,487 | 10,704 |
2008 | Kamarudin Jaffar | PAS | 36,714 | Asyraf Wajdi Dusuki | BN (UMNO) | 27,337 | 9,377 | |
2004 | Kamarudin Jaffar | PAS | 27,919 | Mat Nawawi Mat Jusoh | BN (UMNO) | 26,099 | 1,820 | |
1999 | Kamarudin Jaffar | PAS | 23,218 | Noor Zahidi Omar | BN (UMNO) | 12,776 | 10,442 | |
1995 | Kamarudin Jaffar | BN (UMNO) | 15,764 | Wan Mohd Jamil Wan Mahmood | PAS | 17,682 | 1,918 |
Anugerah
Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) - Dato'
Alamat
- No. 2 Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.[7]
Pautan luar
Rujukan
- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ "Isteri Datuk Kamarudin meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-08-19.
- ^ Arrested under ISA
- ^ Kamaruddin Jaafar antara sembilan anggota Umno yang dipecat
- ^ http://kjtumpat.blogspot.com/2008/07/datuk-kamaruddin-jaafar-sertai-pas_02.html
- ^ http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=199 Dicapai pada 15 Ogos 2017
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Orang dari Kelantan
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Bekas anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Bekas anggota Parti Keadilan Rakyat
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Anggota Angkatan Belia Islam Malaysia
- Ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia