Asyraf Wajdi Dusuki | |
---|---|
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat | |
Menyandang jawatan 12 Mac 2023 (1 tahun, 9 bulan dan 1 hari) | |
Raja | Sultan Ibrahim Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Azizah Mohd Dun |
Setiausaha Agung UMNO | |
Menyandang jawatan 22 Mac 2023 (1 tahun, 8 bulan dan 21 hari) | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Ahmad Maslan |
Ketua Pemuda UMNO | |
Dalam jawatan 25 Jun 2018 – 11 Mac 2023 (4 tahun, 8 bulan dan 14 hari) | |
Naib Ketua | Shahril Sufian Hamdan |
Didahului oleh | Khairy Jamaluddin |
Digantikan oleh | Muhamad Akmal Saleh |
Timbalan Pengerusi UMNO Cawangan Pasir Puteh | |
Menyandang jawatan 1 Januari 2019 (5 tahun, 11 bulan dan 12 hari) | |
Pengerusi | Zawawi Othman |
Ahli Dewan Negara | |
Dalam jawatan 26 Mei 2014 – 25 Mei 2017 (3 tahun) | |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 (2 tahun, 9 bulan dan 11 hari) | |
Raja | Sultan Abdul Halim Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Digantikan oleh | Fuziah Salleh |
Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia | |
Dalam jawatan 3 Jun 2013 – 28 Julai 2015 (2 tahun, 1 bulan dan 25 hari) | |
Didahului oleh | Dr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir |
Digantikan oleh | Dr. Yusri Mohamad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Asyraf Wajdi bin Dusuki 14 Mei 1976 Tumpat, Kelantan |
Parti politik | BN-UMNO |
Pasangan | Prof. Datin Wira Dr. Nurdianawati Irwani Abdullah |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Kediaman | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Loughborough |
Dikenali dengan | Perbankan dan kewangan Islam |
Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki (lahir 14 Mei 1976) ialah ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari Jun 2018 hingga Mac 2023. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015 sehingga 10 Mei 2018. Pada tahun 2023, belau telah di lantik sebagai Setiausaha Agung UMNO selepas pemilihan 2023.[1]
Sebelum pelantikan ini, beliau telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 3 Jun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
Dalam kerjaya peringkat awal, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kemudian bertugas sebagai Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) iaitu institusi pengajian tinggi di bawah Bank Negara Malaysia.
Pendidikan
Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga memiliki Sarjana Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam serta Ph.D dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Loughborough University, United Kingdom.[perlu rujukan]
Waktu di universiti, pernah menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Dinobatkan selaku Graduan Terbaik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun 2000, dan memperoleh beberapa anugerah Graduan Terbaik di peringkat Kebangsaan pada tahun yang sama. [2]
Kerjaya
Dalam dunia kewangan Islam, beliau banyak membantu membangunkan polisi-polisi Syariah dan dasar-dasar kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia dan juga luar negara termasuk memberikan latihan dan khidmat Syariah dalam kewangan Islam bagi negara-negara seperti Oman, Turki, Maldives, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Korea Selatan, Afrika Selatan dan lain-lain. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Affin Islamic Bank, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Affin Banking Group dan Penasihat Syariah AIA PUBLIC Takaful Berhad hampir 10 tahun.[3]
Selain itu, beliau diamanahkan sebagai Penasihat Syariah dan Konsultan Kewangan Islam di beberapa instititusi Kewangan Islam di dalam dan luar negara termasuklah Maldives Capital Market Development Authority, Maldives Allied Insurance Pvt Ltd., Price Waterhouse Coopers (PWC) Malaysia, London-based Mortgage Company Chain Mender Limited, London-based Halal Industries PLC, US-Based Islamic Financial Institution United Chartered Bank (UCB), ISRA Consultancy Sdn. Bhd., Singapore-based IFIS Business Advisory Pte Ltd dan KA Syariah Advisory.[4]
Beliau juga aktif memberi latihan dan tunjuk ajar dalam perbankan dan kewangan Islam kepada para Hakim-hakim Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, para pengurusan dan pegawai tertinggi Bank Negara Malaysia, pengamal perbankan dan takaful, pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai dalam dan di peringkat antarabangsa.[5][6]
Pada tahun 2011, beliau turut mendapat pengiktirafan Kewangan Islam Antarabangsa apabila dinobatkan sebagai "The Most Upcoming Personality in Islamic Finance" di Persidangan Antarabangsa Oman Islamic Economic Forum.[7]
Pada tahun 12 Mac 2023, beliau di lantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah.[8]
Akademik
Dalam dunia akademik, beliau pernah menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka (2015-2017) dan juga Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi tahun 2014-2016 . Beliau juga sebelum ini merupakan Felo Kehormat Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bagi tahun 2015-2016. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Pelawat dalam bidang Kewangan Islam di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengajian (Board of Studies) untuk program-program akademik berkaitan ekonomi dan kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), University of Management and Technology (UMTECH) dan Fellow Bersekutu ISDEV, Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau telah menulis beberapa buah buku dan berpuluh artikel akademik di Jurnal-jurnal antarabangsa. Salah satu artikel beliau bertajuk “Banking for the Poor: The Role of Islamic Banking in Microfinance Initiatives” dianugerahkan sebagai Artikel Terbaik bagi tahun 2009 oleh Emerald Literati Network, sebuah institusi Jurnal Antarabangsa yang paling berprestij. Selain itu, menjadi kolumnis di beberapa akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian.
Politik
Beliau merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia daripada 2018 hingga 2023. Beliau adalah Ketua Pemuda UMNO pertama selepas Barisan Nasional kalah dalam PRU14.
Sebelum PRU14, beliau menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Perhubungan NGO-GCOC UMNO Malaysia dan juga Panel Penasihat Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
pada 22 Mac 2023, beliau di lantik sebagai Setiausaha Agung UMNO oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.[1]
Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau telah menubuhkan SKUAD SABIL MALAYSIA yang merupakan badan beruniform pemuda UMNO Malaysia.
Skuad Sabil Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada 28 Ogos 2019 oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.
Nama skuad ini diinspirasikan daripada perkataan Sabil yang digarapkan daripada ilmu Fekah yang bermaksud “Setiap perkara yang diperintahkan ALLAH daripada kebaikan, kebiasaan penggunaannya pada jihad di jalan ALLAH.”
Jadi perkataan Sabil dapat diertikan sebagai apa sahaja amal kebajikan dan kebaikan yang memberi manfaat kepada ummah serta memperoleh keredaan ALLAH SWT dan Skuad Sabil pula sebagai pasukan yang melakukan kebaikan dan kebajikan buat ummah serta mengharapkan keredaan ALLAH SWT
Skuad ini dianggotai oleh anak-anak muda UMNO Malaysia secara sukarela dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dalam masyarakat. Mereka juga bersedia pada bila-bila masa untuk mencurahkan bakti kepada masyarakat sewaktu ditimpa bencana dan musibah serta sebagai anggota keselamatan dan kesejahteraan khas buat para pemimpin dan peserta di dalam program-program himpunan rakyat.
Skuad ini diwujudkan secara bertanzim dan bersistem di mana ia membolehkan peserta tidak sahaja mampu untuk mencurahkan khidmat bakti namun turut melatih mereka untuk bekerja secara sistematik, berkumpulan dan terancang. Ia juga merupakan satu platform baharu bagi para sukarelawan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendalami ilmu berorganisasi dan berpasukan.
Motto Skuad Sabil Ialah: SETIA BERKHIDMAT
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Sejurus selepas di lantik sebagai Pengerusi MARA pada 22 Mac 2023, beliau telah berusaha untuk membuat transformasi secara intensif kepada organisasi ini untuk mengembalikan fungsi asal MARA sebagai institusi yang membantu bumiputera dari segi Ekonomi & Pendidikan.
Lawatan Mengejut ke MRSM
Maktab Rendah Sains MARA adalah institusi pendidikan menengah di bawah MARA. Beliau sebagai Pengerusi MARA sering membuat lawatan mengejut untuk melihat sendiri realiti di sana.
Pelbagai penemuan mengejut yang di dedahkan hasil dari lawatan mengejut ini. Dan beliau memberikan kelulusan peruntukan segera bagi menyelesaikan masalah-masalah yang beliau lihat sendiri di sana.
Beliau juga turut mempertahankan tindakannya dan menyatakan berbuat demikian kerana ia adalah di bawah tanggungjawabnya. ini rentetan pertanyaan daripada orang awam yang menyatakan ia bukanlah skop kerjanya, sebaliknya pengarah yang berkaitan bertanggungjawab melakukan tinjauan mengejut tersebut.[9]
Tiada Toleransi Kepada Budaya Buli
Sebagai Pengerusi MARA beliau menegaskan beliau tidak akan bertoleransi terhadap budaya buli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA mahupun di MRSM dan memberikan amaran kepada pengetua MRSM untuk tidak menyembunyikan kes buli yang berlaku di insititusi mereka.[10]
Penekanan Ilmu Agama di Institusi Pendidikan MARA dan MRSM
Beliau telah menekankan pendidikan fardu ain dikalangan pelajar di Institusi Pendidikan MARA dengan mahu semua institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Mara menekankan asas-asas fardu ain seperti Tahsin solat.[11]
Beliau juga memperkenalkan program Mini Ulul Albab di 49 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara bermula tahun 2023. [12] Tindakan itu telah mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat namun beliau tetap bertegas yang matlamatnya adalah untuk melahirkan jatidiri yang kuat dikalangan pelajar.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undian | Prts | Pembangkang | Undian | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P28 Pasir Puteh, Kelantan | Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO) | 30,947 | 45.41% | Kamarudin Mohd Noor (PPBM) | 4,896 | 7.18% | 68,150 | 1,360 | 81.66% | ||
Nik Zawawi Salleh (PAS) | 32,307 | 47.41% |
Rujukan
- ^ a b "Asyraf Wajdi dilantik Setiausaha Agung UMNO". Sinar Harian. 2023-03-22. Dicapai pada 2024-11-13.
- ^ "Profil". www.asyrafwajdi.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-17. Dicapai pada 16 January 2017.
- ^ "Dr. Asyraf Wajdi terajui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia". Utusan Malaysia. 5 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-12. Dicapai pada 16 January 2016.
- ^ "Ahli Parlimen". www.parlimen.gov.my. Parliament of Malaysia. Dicapai pada 16 January 2017.
- ^ Wouter van Cleef (7 August 2017). "In Maleisië geldt: gij zult geen atheïst zijn". Trouw (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 18 September 2017.
- ^ Loulla-Mae Eleftheriou-Smith (8 August 2017). "Malaysian atheist group under investigation over alleged Muslim apostate members". The Independent. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ "Atheism is unconstitutional, says Malaysian deputy minister". Today Online. Mediacorp. 23 November 2017. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-malaysia/asyraf-wajdi-dilantik-pengerusi-mara-410419. Dicapai pada 2024-11-13. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ ALI, FARAH SHAZWANI (2024-11-13). "Asyraf Wajdi pertahan 'terjah' MRSM". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-11-13.
- ^ Reporters, F. M. T. (2024-11-11). "Asyraf vows firm action if bullying gets covered up at Mara institutions". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-13.
- ^ KOSMO! (2024-10-01). "Ada pelatih TVET Mara dikesan solat tunggang-langgang - Asyraf Wajdi". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-11-13.
- ^ BERNAMA (2024-04-24). "MARA perkenal Program Mini Ulul Albab di MRSM". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-13.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2018. Results only available from the 2004 election.
8. https://www.sinarharian.com.my/article/45173/KOLUMNIS/Skuad-Sabil-setia-berkhidmat
Pautan luar
- Kelahiran 1976
- Orang hidup
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ahli ekonomi Malaysia
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-13
- Ketua Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Anggota Angkatan Belia Islam Malaysia
- Pengerusi MARA
- Sarjana perbankan Islam Malaysia