Datuk Noor Zahidi Omar (1957-2014) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal (2004-2014).
Datuk Noor Zahidi Omar | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Pengkalan Kubor | |
Dalam jawatan 2004–2014 | |
Didahului oleh | Wan Husain Wan Ahmad |
Digantikan oleh | Mat Razi Mat Ail |
Majoriti | 1,736 (PRU-13) 100 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1957 |
Mati | 20 Ogos 2014 (57 tahun) |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Meninggal dunia
Pada 20 Ogos 2014, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada jam 5.45 pagi pada usia 57 tahun. Beliau meninggal di sebuah hospital di Guangzhou, China ketika mendapat rawatan.Anaknya ,Megat Ikram Datuk Noor Zahidi, 32 memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, Tumpat.[1] Jenazah Noor Zahidi tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada pukul 10.10 malam dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.[2]
Turut ziarah ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, serta hampir kesemua ADUN negeri ini. Pengebumian diuruskan oleh pihak tentera Malaysia.
PRK Pengkalan Kubor 2014
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Mohamad Mahmud menyatakan bahawa tarikh Pilihan raya kecil Pengkalan Kubor 2014 akan ditetapkan selepas menerima surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan Abdullah Ya'kub.[3] Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berbincang dengan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed tentang persiapan menghadapi pilihan raya kecil.
Rujukan
- ^ Adun Pengkalan Kubor meninggal dunia
- ^ ADUN Pengkalan Kubor selamat dikebumikan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-25. Dicapai pada 2014-08-22.
[[Kategori:Kematian 20140]