Dato' Dr Nasharudin Mat Isa D.I.M.P. | |
---|---|
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global | |
Dalam jawatan 1 November 2015 – 30 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Digantikan oleh | Saifuddin Abdullah |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bachok | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Dr. Awang Adek Hussin |
Digantikan oleh | Ahmad Marzuk Shaary |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Yan | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Badruddin Amiruldin |
Digantikan oleh | Kawasan dibubarkan |
Timbalan Presiden PAS | |
Dalam jawatan 2005–2011 | |
Didahului oleh | Hassan Shukri |
Digantikan oleh | Mohamad Sabu |
Setiausaha Agung PAS | |
Dalam jawatan 1999–2005 | |
Didahului oleh | Hishamuddin Yahaya (pemangku) |
Digantikan oleh | Kamarudin Jaffar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rembau, Negeri Sembilan | 19 Oktober 1962
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Munirah Mahmud |
Anak | 4 |
Kediaman | Bangi Selatan, Selangor |
Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu . Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM). Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Timbalan Presiden PAS (2005-2011). Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Yan, Kedah (1999-2004) dan Bachok, Kelantan (2008-2013)
Latar belakang
Nasharudin Mat Isa dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan[1] pada 1962.
Pendidikan
Apabila bapanya seorang kakitangan kerajaan pindah ke Kuala Lumpur, beliau belajar di sekolah misi - Sekolah Menengah Kebangsan St Gabriel , Kampung Pandan , Kuala Lumpur.
Belajar selama 3 semester di UITM dalam jurusan Grafik dan Senireka. Kemudian mendalami pengajian Islam di Kolej Darul Ulum di Lucknow, India. Kemudian belajar bahasa Arab di Universiti Jordan , Amman selama dua tahun.[2]
Seterusnya mendalami undang-undang Syariah di Fakulti Syariah selama 5 tahun. Dilantik menjadi pembantu pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Kemudian belajar selama dua tahun di Universiti Glasgow, Scotland. 1993 kembali ke UIAM dan menyiapkan Sarjana Undang-Undang Perbandingan. Dilantik menjadi pensyarah undang-undang di situ, 1997, Nasharudin menjadi pensyarah undang-undang di UKM, Bangi. 1999 bersara sebagai ahli akademik kerana menceburi bidang politik sepenuh masa.
Keluarga
Nasharudin berkahwin dengan Cikgu Munirah Mahmud[3] dan mempunyai 4 orang anak. Anak sulung beliau belajar di Kolej Insaniah (KUIN) di peringkat diploma dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Teknologi Maklumat (Multimedia) sesi 2008/2009.
Politik
Nasharudin menyertai PAS ketika belajar di Jordan kerana pemimpin PAS pernah melawat mereka ketika berada di sana. Dari situ beliau mendalami perjuangan pemimpin PAS seperti Datuk Fadzil Noor, Datuk Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain. Di Jordan juga beliau terdedah dengan perjuangan pertubuhan Islam di Timur Tengah.
Sekembali dari UK, beliau aktif dalam Dewan Pemuda PAS dan menjadi exco antarabangsa. Dalam pemilihan pemuda PAS, beliau mendapat undi tertinggi.
Presiden PAS,Datuk Fadzil Mohd Noor melantik Nasharudin sebagai Setiausaha Agung PAS. Pelantikan beliau secara tiba-tiba ini mengejutkan ramai pihak. Ketika itu beliau baru berheenti dari menjadi pensyarah unjdang-undang syariah UKM. [4] kerana belum ramai mengenalinya. Baqaimanapun CWC mengesahkan perlantikan tersebut.
Nasharudin bertanding Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS setelah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku ketua penerangan PAS mengundur diri.
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Bachok | Nasharudin Mat Isa | PAS | 28,835 | Awang Adek Hussin | BN (UMNO) | 25,934 | 2,901 |
2004 | Besut | Nasharudin Mat Isa | PAS | 17,587 | Abdullah Md Zin | BN (UMNO) | 26,087 | 8,500 |
1999 | Yan | Nasharudin Mat Isa | PAS | 16,041 | Badruddin Amiruldin | BN (UMNO) | 15,859 | 182 |
Beralih arah
Ustaz Nasharuddin tewas kepada pemimpin sederhana Mohamad Sabu dalam pertandingan tiga penjuru Timbalan Presiden PAS pada 2011. Mohamad Sabu menang dengan majoriti 21 undi (420) diikutiTuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224). Naib Presiden PAS turut dimenangi tokoh bukan ulama iaitu Salahuddin Ayub (753), Datuk Husam Musa (660) dan Datuk Mahfuz Omar (616).[5]
Pada 15 Ogos 2012, akhbar Utusan Malaysia memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi. Awal 2012, tersiar gambar Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri majlis perkahwinan anak beliau di banglo beliau Seri Putra/Bandar Bukit Mahkota, Bangi. Nasharudin turut menggesa parti itu menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hukum hudud dan penubuhan negara Islam .Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menyifatkan gesaan itu sebagai menolak keputusan parti.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan dengan tindakan itu kerana Datuk Mohd Asri bin Haji Muda selaku Presiden PAS turut pernah lompat parti. Datuk Mustafa Ali dan Dr Hassan Ali pernah dilihat pro UMNO. [6]
Sekembali dari Mekah, di KLIA, Ustaz Nasharuddin menjelaskan bahawa beliau tidak sesekali meninggalkan PAS dan masuk UMNO. Kehadiran beliau di Mekah atas jemputan rakannya seorang ulama Arab Saudi sempena 10 malam terakhir Ramadan. Rakannya mahu berjumpa dengan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak berhubung isu Syria, Rohingya dan pengekalan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pertemuan berjaya diatur di sebuah villa bersebelahan dengan Masjidil Haram.Pertemuan itu langsung tidak menyentuh tentang UMNO dan PAS.[7][8]
Hasil karya
- '50 Tahun Mempelopori Perubahan: Menyingkap Kembali Perjuangan PAS 50 Tahun' - Buku ini menganalisis PAS dari sudut sejarah perjuangannya dari 1951-2001. Sejarah perjuangan umat Islam dalam usaha membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan melalui pertubuhan yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Baqir di Gunung Semanggol hingga akhirnya melahirkan PAS. Buku ini juga membincangkan perbezaan UMNO dengan PAS.
Rujukan
- ^ Nasharudin Mat Isa: Mula aliran Inggeris akhirnya fasih Arab Dicapai pada 31 Mac 2006
- ^ "Nasharudin Mat Isa and Malay unity". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-08. Dicapai pada 2021-10-04.
- ^ Of PAS, present and future Dicapai pada 11 Jun 2005, Zainon Ahmad
- ^ "Cool in the face of challenge". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-07. Dicapai pada 2021-10-04.
- ^ PAS polls result: Mat Sabu is new deputy, ulama lose out
- ^ 'Tak hairan jika Nasha keluar Pas'
- ^ Nasharuddin Tolak Andaian Akan sertai UMNO
- ^ Ustaz Nasharudin dah menjelas bagaimana pula yang menuduh?
Pautan luar
{{#switch:||Kategori=