YB Datuk Mohamaddin Haji Ketapi | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Lahad Datu, Sabah (sebelumnya Silam) | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Nasrun Mansur |
Digantikan oleh | Mohammad Yusof Apdal |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Segama | |
Menyandang jawatan 26 September 2020 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | 2,168 (2020) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Lahad Datu | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Didahului oleh | Mohamad Sunoh Marso |
Digantikan oleh | Askalanai Abdul Rahim |
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Muhammad V |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Muhammad Bakhtiar Wan Chik |
Didahului oleh | Nazri Aziz |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri |
Kawasan pilihan raya | Silam |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Segama, Lahad Datu, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia) | 3 Jun 1957
Parti politik | Parti Bersatu Sabah (1985-2018) Parti Warisan Sabah (2018–2021) BEBAS (2021) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2021-2022) BEBAS (2022) Parti Bangsa Malaysia (2022-kini) |
Gabungan politik lain | PN (2021-2022) |
Pasangan | Datin Zarinah Mohammad Ibrahim |
Anak | 6 |
Pekerjaan | Menteri Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Anugerah awam | Senarai |
Parlimen Lahad Datu pada asalnya adalah Parlimen Silam semasa PRU14, namun pada PRN Sabah 2020, ia telah ditukar kepada Parlimen Lahad Datu dan nama Silam telah digunakan sebagai DUN Silam semula setelah DUN Lahad Datu dimansuhkan | |
Yang Berhormat Datuk Mohamaddin Haji Ketapi merupakan seorang ahli politik yang berasal dari Sabah. Beliau merupakan mantan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad melalui kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Julai 2018 hingga Februari 2020. Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Silam (2018 - 2019) sebelum dinamakan semula sebagai Lahad Datu, Sabah serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kerusi Lahad Datu dari tahun 1986 hingga 1990.
Politik
Beliau menyokong perintah berkurung yang dikenakan di timur Sabah untuk memerangi jenayah merentasi sempadan sempadan yang dilakukan oleh penyamun dari selatan Filipina yang berdekatan.[1] Beliau juga didakwa berketurunan Tawi-Tawi Filipina.[perlu rujukan]
Keluar dari Parti Warisan Sabah
Beliau mengumumkan untuk keluar Parti Warisan Sabah pada 30 Oktober 2021 kerana ingin memajukan kawasan Parlimen dan kawasan DUN yang diwakilinya. Ketika sidang media tersebut, beliau menyatakan kawasan yang diwakilinya tidak akan maju selagi berada dalam pembangkang. Beliau memilih untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat Malaysia dan ADUN mesra kerajaan di Dewan Undangan Negeri Sabah.[2]
Kontroversi
Pada 20 September 2020, dalam satu ceramah di Kampung Wawasan, Lahad Datu sempena kempen pilihan raya negeri Sabah ke-16, Mohamaddin yang juga calon di N61 Segama telah memberi ucapan yang berbaur penghinaan dalam ceramahnya terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia, khususnya yang terlibat dalam krisis pencerobohan Lahad Datu 2013. Dalam ucapannya, Mohamaddin menyatakan bahawa krisis tersebut hanyalah suatu "sandiwara bohong" yang direka sempena pilihan raya umum negara pada masa itu.[3]
Namun begitu, beliau menafikan bahawa beliau telah menghina anggota keselamatan dalam ceramahnya dan juga mendakwa pihak pembangkang iaitu Barisan Nasional dan beberapa parti tempatan Sabah telah memutarbelitkan ucapannya itu sehingga berlakunya isu ini, tetapi telah meminta maaf atas kesilapannya itu. Ucapan tersebut ditentang oleh orang ramai dan disifatkan sebagai biadab dan memperlekehkan golongan pertahanan awam negara.[3] Ucapan tersebut juga diletakkan di bawah siasatan pihak polis Sabah.[4]
Keputusan pilihan raya
Pilihan raya umum Malaysia 2018
Beliau telah bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah dan memenangi kerusi Silam ke atas penyandangnya, Nasrun Mansur dari Barisan Nasional.[5]
Year | Kerajaan | Votes | Pct | Pembangkang | Votes | Pct | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Nasrun Mansur (UMNO) | 16,951 | 27.8%2 | Mohammadin Ketapi (WARISAN) | 23,352 | 38.3%2 | ||
Nota: Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah. 2 % Yang digunakan untuk pilihan raya 2018. |
Pilihan raya negeri Sabah 2020
Tahun | Kerusi | Undi | Pct | Lawan | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Turnout | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2020 | N61 Segama, P188 Lahad Datu | Mohammadin Ketapi (WARISAN) | 4,864 | 52.41% | Aljen Johnny (BERSATU) | 2,696 | 29.06% | 9,280 | 2,168 | 55.99% | ||
Kamarudin Mohmad Chinki (PCS) | 570 | 6.14% | ||||||||||
Jikamisah Abdul Salam (USNO Baru) | 39 | 0.42% | ||||||||||
Sahidin Rabaha (PPRS) | 399 | 4.30% | ||||||||||
Nicholas Voo Vune Kett (LDP) | 67 | 0.72% | ||||||||||
Mohd Basari Abdul Gapar (GAGASAN) | 135 | 1.45% | ||||||||||
Kamis Burhan (Bebas) | 510 | 5.50% |
Anugerah
- Sabah :
Rujukan
- ^ Sea curfew still needed
- ^ Mohammadin Ketapi keluar WARISAN
- ^ a b Sabapatty, Kumara (21 September 2020). "Mohamaddin biadab, hina pasukan keselamatan negara – Ismail Sabri". Malaysia Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2020. Dicapai pada 22 September 2020.
- ^ Hassan, Assim (22 September 2020). "PRN Sabah: Polis siasat Mohamaddin Ketapi". Astro Awani. Dicapai pada 22 September 2020.
- ^ Warisan sapu bersih Parlimen Silam
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 26 May 2018. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 May 2020.
Pautan luar
- Orang hidup
- Bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Orang dari Sabah
- Kelahiran 1957
- Muslim Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Anggota Parti Bangsa Malaysia
- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
- Bekas anggota Parti Warisan
- Bekas anggota Parti Bersatu Sabah