Kukusan ialah sebuah kawasan negeri di Sabah, Malaysia yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. Kawasan pilihan raya negeri ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Tawau dalam Daerah Tawau. Kukusan juga merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang terletak dalam zon kawasan parlimen Kalabakan, iaitu kawasan parlimen yang terletak di tengara negeri Sabah.[1][2] Kod bagi kawasan pilihan raya ini ialah N70. Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak.
Kawasan ini merupakan salah satu daripada 13 bahagian pilihan raya negeri yang baharu di Sabah hasil persetujuan daripada Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Rakyat pada 17 Julai 2019 dan dipertandingkan buat kali pertama untuk pilihan raya.[3]
^"Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
^Daim, Nuradzimmah; Pei Ying, Teoh. "Sabah gets 13 more state seats" [Sabah mendapat 13 kerusi negeri lagi]. News Straits Times (dalam bahasa Inggeris). NSTP publisher. Dicapai pada 23 September 2020.