Silam merupakan sebuah kawasan Mukim yang terletak di Daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Di belakangnya terdapat sebuah Gunung yang dipanggil Gunung Silam.
Silam | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Tawau |
Daerah | Lahad Datu |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Lahad Datu |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Dumi Pg. Masdal (Parti Warisan) (Silam) |
Zon waktu | MST |
Kawasan Kejiranan | Sapagaya dan Madai |
Etimologi
Silam bermaksud Islam oleh penduduk awal di sana. Ini kerana, Silam merupakan kawasan pertama direkodkan yang menerima Agama Islam di Lahad Datu, oleh Suku Kaum Idahan iaitu penduduk Asal Silam dan majoriti penduduk Silam pada hari ini adalah Islam.
Sejarah Silam
Mengikut Sejarah Silam, Silam merupakan pusat pentadbiran dan penempatan awal di Daerah Lahad Datu, Beberapa daerah di sekitar Silam juga pernah berada di bawah pentadbiran Silam. Antaranya ialah daerah Kunak dan Semporna yang ditubuhkan pada 10 Mei tahun 1887. Namun disebabkan faktor perbelanjaan dari segi pentadbiran, pusat pentadbiran di Semporna telah diletakkan di bawah Silam.
Pekan Silam telah diserang oleh kuasa tertentu pada ketika itu. Mengakibatkan ramai orang lari ke Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Yang hanya tinggal di Pekan Silam, kini Kampung Silam Lama hanya Batu Asas Bandar Silam.
Kemudahan Awam
Sekolah Kebangsaan Kampong Silam merupakan institusi pendididikan rendah yang terdapat di sini.
Perkampungan
- Kampung Baburahmah
- Kampung Bumiputera
- Kampung Diwata
- Kampung Lamak Silam
- Kampung Pangkalan Silam
- Kampung Silam
- Kampung Silam Camp
- Kampung Sri Aman
- Kampung Tampenau
- Kampung Teluk Soaiun
Tempat Menarik dan Kawasan Pelancongan
Terdapat banyak tempat - tempat menarik yang terdapat di Kawasan Silam ini contohnya seperti :-
- Lembah Danum
- Kawasan Pemeliharaan Pesisir Pantai Silam
- Borneo Paradise Eco Farm Resort
- Gunung Silam
- Menara Kayangan
- Blue Ring Reef
- Taliwas
- Pantai Payang W Bay
- Pulau Tabawan
- Pulau Silumpat
- Sungai Dewata
Kawasan Pilihan raya
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kawasan Parlimen P188 'Silam' telah dimenangi oleh Salleh Bin Kalbi yang bertanding atas tiket BN/UMNO.Beliau mendapat 18,111 undi dengan majoriti 9,792. Pencabar beliau iaitu Hashbullah Bin Imam Ohang dari PKR mendapat 8,319 sahaja.