Nizam Abu Bakar Titingan PGDK (Sab); KMN | |
---|---|
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah | |
Menyandang jawatan 26 Oktober 2022 Berkhidmat with Abidin Madingkir | |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Wetrom Bahanda |
Pembantu Menteri Kewangan Sabah | |
Dalam jawatan 8 Oktober 2020 – 16 Oktober 2022 Berkhidmat with Jasnih Daya | |
Didahului oleh | Kenny Chua Teck Ho Saripuddin Hatta |
Digantikan oleh | Julita Mojungki |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Apas | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Tawfiq Abu Bakar Titingan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tawau, Sabah, Malaysia | 7 November 1968
Parti politik | GAGASAN (Sejak 2023) BERSATU (2020-2022) BERSATU (2019-2020) UMNO (-2019) |
Pasangan | Datin Wahida Mardiana Norsalim |
Pertalian | Datuk Ahmad Bahrom Abu Bakar Titingan (Abang) Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Abang) Allahyarhamah Datin Salwa Abu Bakar Titingan (Kakak) |
Ibu bapa | Allahyarham Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan Damsani Allahyarhamah Datin Seri Panglima Hajah Kee Hafsah Kee Sulaiman |
Yang Berhormat Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan (lahir 7 November 1968) adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Apas.[1] Beliau adalah mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Sabah dan juga bekas Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.[2] Pada 5 Februari 2023, beliau menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dan dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah serta ketua Parti GAGASAN untuk bahagian Apas.[3]
Keluarga
Beliau adalah anak kepada Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan,[4] seorang tokoh Melayu-Tawau di Sabah yang pernah dilantik sebagai Naib Pengerusi USNO Sabah serta Setiausaha PKMT Sabah. Abang beliau, Datuk Tawfiq adalah bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah dan ADUN Apas selepas meninggal dunia pada 2018 lalu.[5]
Politik
Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.[6]
Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah bekas parti komponen dalam Pakatan Harapan dan seterusnya parti komponen dalam Perikatan Nasional.[7]
Pada 5 Februari 2023, Beliau bersama-sama dengan rakan seperjuangannya telah menyertai secara rasmi sebuah parti tempatan Sabah iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), sebuah parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau dan rakan seperjuangannya telah keluar dari BERSATU pada bulan Disember 2022 yang lalu dan mengumumkan untuk mengambil-alih GAGASAN pada 29 Januari 2023. Beliau rasmi dilantik menjadi Ketua Penerangan Parti GAGASAN selepas Mesyuarat Agung parti berkenaan yang berlangsung pada 5 Februari 2023 sekaligus dilantik menjadi Ketua Cawangan Parti GAGASAN Apas.[8]
Pautan luar
Rujukan
- ^ Maklumat calon DUN Apas, Sabah
- ^ Kadar kemiskinan Sabah turun, kata ketua setiausaha politik Musa
- ^ "Hajiji is president of Parti Gagasan Rakyat Sabah". 5 February 2023.
- ^ Salasiah keluarga
- ^ Menteri Belia dan Sukan Sabah meninggal dunia
- ^ 13 wakil rakyat UMNO Sabah, termasuk pengerusi negeri keluar parti
- ^ 5 Ahli Parlimen, 8 ADUN dari Sabah serah borang BERSATU
- ^ "Hajiji is president of Parti Gagasan Rakyat Sabah". 5 February 2023.