Yang Amat Berhormat Datuk Dato Haji Talib Bin Karim O.K.S.J, J.P | |
---|---|
Ketua Menteri Melaka ke-3 | |
Dalam jawatan 6 Oktober 1967 – 31 Julai 1972 | |
Didahului oleh | Abdul Ghafar bin Baba |
Digantikan oleh | Abdul Ghani Ali |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N14 Alor Gajah | |
Dalam jawatan 11 September 1959 – 31 Julai 1974 | |
Didahului oleh | Penyandang |
Digantikan oleh | Tukar Nama Kawasan |
Majoriti | (PRU-3) (PRU-2) (PRU-1) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Alor Gajah Timur | |
Dalam jawatan 1955–1959 | |
Didahului oleh | Pentadbiran British |
Majoriti | (PR Majlis Perundangan Persekutuan 1955) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1 April 1911 |
Mati | 29 Oktober 1977 | (umur 66)
Parti politik | PERIKATAN-UMNO BN(UMNO) |
Pasangan | Datin Hajah Norkiah bte Hashim |
Tempat belajar | Sekolah Tinggi Melaka |
Pekerjaan | Ahli politik |
Allahyarham Dato Haji Talib Bin Karim menjadi Ketua Menteri Melaka yang ketiga iaitu dari 6 Oktober 1967 hingga 31 Julai 1972 [1]. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Gajah dan Speaker DUN Melaka. Beliau merupakan anak jati negeri Melaka yang pertama dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka kerana sebelum beliau ialah Tan Sri Dato' Osman Talib berasal dari Perak dan Ghafar Baba pula walaupun dibesarkan di Melaka, berasal dari Negeri Sembilan.
Dato Haji Talib Bin Karim dilahirkan pada 1 April 1911 di Kampung Baru, Alor Gajah, Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik.
Beliau menyambung pengajian setelah pengajian menengah di Madrasah Islamiyah Al-Hidayah di Padang, Indonesia.
Pada tahun 1936, beliau berkahwin dengan Norkiah binti Hashim yang merupakan sepupu kepada Pengetua Madrasah Islamiyah Al-Hidayah. [2]
Pada tahun 1939, beliau kembali ke Tanah Melayu.
Sekembalinya beliau ke Kampung Baru, Alor Gajah, beliau terus aktif dalam bidang politik. Beliau aktif dalam gerakan menentang Malayan Union [3]. Beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang ketiga pada tahun 1967 hingga tahun 1972.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Gajah, kemudian melanjutkan pelajarannya ke High School, Melaka pada tahun 1930.
Anugerah
Sebagai menghargai jasa-jasa beliau Dato Haji Talib Bin Karim dianugerahkan pingat OKSJ dan JP. Nama beliau juga diabadikan pada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim pada 1969. Nama lama sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Gajah.
Rujukan
- ^ DATO TALIB ANGKAT SUMPAH JADI KETUA MENTERI MELAKA Berita Harian, 20 Mei 1969
- ^ http://www.perzim.gov.my/ms/galeri-talib-karim/
- ^ Kongres Melayu Semenanjung I asalnya di Melaka Baharam (Pengalaman seorang pendidik), Januari 28, 2009
Penyandang Terdahulu | Ketua Menteri Melaka 6 Oktober 1967 – 31 Julai 1972 |
Penyandang Kemudian |
Abdul Ghafar bin Baba |
Abdul Ghani Ali |