Mohd Ali Mohd Rustam | |
---|---|
Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 | |
Menyandang jawatan 4 Jun 2024 (6 bulan dan 17 hari) | |
Dicalonkan oleh | |
Dilantik oleh | |
Ketua Menteri | Abdul Rauf Yusoh |
Didahului oleh | dirinya sendiri |
Dalam jawatan 4 Jun 2020 – 3 Jun 2024 (3 tahun, 11 bulan dan 30 hari) | |
Dicalonkan oleh | |
Dilantik oleh | |
Ketua Menteri | Abdul Rauf Yusoh |
Didahului oleh | Mohd Khalil Yaakob |
Ketua Menteri Melaka ke-9 | |
Dalam jawatan 2 Disember 1999 – 6 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Abu Zahar bin Haji Isnin |
Digantikan oleh | Idris Haron |
Naib Presiden UMNO | |
Dalam jawatan 2004–2009 | |
Didahului oleh | Najib Razak Muhammad Muhammad Taib Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Ahmad Zahid Hamidi Hishammuddin Hussein Mohd Shafie Apdal |
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia | |
Dalam jawatan 11 Januari 1999 – 29 November 1999 | |
Didahului oleh | Siti Zaharah Sulaiman |
Digantikan oleh | Dr. Md. Khalid Kassim (PAS) |
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 4 Mei 1995 – 10 Januari 1999 | |
Didahului oleh | Zaleha Ismail |
Digantikan oleh | Ibrahim Saad |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N17 Bukit Baru | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | (PRU-9) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N12 Paya Rumput | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Yasin Mohd Sarif |
Digantikan oleh | Tahir Hassan |
Majoriti | (PRU-10) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P122 Batu Berendam | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Tamrin bin Abdul Ghafar |
Digantikan oleh | Abdul Ghafar bin Baba |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N12 Sungai Udang | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Ahmad Nordin Mohd Amin |
Digantikan oleh | Nordin Yaani |
Majoriti | (PRU-8) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N09 Ayer Molek | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Didahului oleh | Tamrin bin Abdul Ghafar |
Digantikan oleh | As'ari Ibrahim |
Majoriti | (PRU-7) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Bukit Katil, Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini (Malaysia) | 24 Ogos 1949
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman |
Anak |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
---|---|
Tuan Yang Terutama | |
Pemerintahan | Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 |
Pertabalan | 4 Jun 2020 |
Pendahulu | dirinya sendiri |
Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (lahir 24 Ogos 1949) merupakan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ketujuh dan terkini sejak 2020. Beliau juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang kesembilan. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan bekas Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional.
Butiran peribadi
Tun Ali Rustam merupakan anak jati negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. DAR kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah Abd. Rahman yang berasal dari Muar pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhm. Hamka. Gelaran yang diterima atas sumbangannya ialah D.G.S.M yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2001, D.C.S.M pada tahun 1995, D.M.S.M yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1990, D.S.M tahun 1989 dan P.B.M tahun 1979.
Pembabitan di dalam politik
Tun Mohd Ali Rustam mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) dari 1969 – 1979. Beliau kemudian menjadi Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah antara tahun 1979 – 1980.[1]
Berkat kegigihan melaksanakan tugas, DAR dinaikkan pangkat sebagai Pengarah KEMAS negeri Perlis selama setahun iaitu dari 1980 – 1981. Beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981 – 1982) menjawat jawatan yang sama.
Setahun kemudian dihantar ke Melaka sebagai Pengarah KEMAS (1982 – 1983). Pada tahun 1984, DAR mendapat kepercayaan dari Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik dan dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada YAB Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.
Pada pilihanraya umum tahun 1986 bertanding untuk kerusi DUN Ayer Molek. Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990). Sekali lagi pada 1990, DAR bertanding untuk kerusi DUN kawasan Sungai Udang dan menang. DAR dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sains dan Teknologi hingga 1995. DAR kemudian dipilih oleh parti bertanding untuk kerusi parlimen Batu Berendam pada pilihanraya umum tahun 1995 dan menang. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 4 Mei 1995 – 10 Januari 1999. Dalam rombakan kabinet pada Januari 1999, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dari 11 Januari 1999 hingga pilihanraya umum pada 29 November 1999.[2][3]
Tun Mohd Ali Rustam diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang pada pilihanraya itu. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 2 Disember 1999. DAR dalam jangka waktu pemerintahannya di negeri Hang Tuah sejak 1999 telah meletakkan matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Visinya terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah diusahakan DAR semenjak awal perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka dan di atas kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal tetapi dengan kelajuan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.
Tun Mohd Ali Rustam Ahli yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merupakan Naib Presiden UMNO, Presiden Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Beliau adalah seorang idealis yang praktikal, berpendirian tegas, berani, cekal, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Maka tidak hairanlah sejak di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun. Pencapaian dan kualiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia dan kadar kemiskinan yang semakin berkurangan, penetapan gaji minima (RM720), tertinggi di Malaysia ketika itu, pengeluaran telur ayam 6 juta sehari, menjadikan negeri Melaka lebih selamat dengan kadar jenayah yang semakin berkurangan, Melaka sebagai antara destinasi pelancongan perubatan (health tourism) tertinggi di Malaysia dan sebagainya.[4]
Kepemimpinan politik beliau juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberikan kemenangan kepada UMNO 100%, dalam PRU-12 pada 2008.
Pada PRU-13, beliau bertanding dalam Parlimen Bukit Katil (P137) dan akhirnya beliau telah ditewaskan oleh Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin dari calon PKR.
Pada 4 Jun 2020,beliau telah dilantik sebagai Yang di-pertua Negeri Melaka oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta merta dan telah menggantikan Mohd Khalil Yaakob.
Pembabitan beliau dalam kemajuan negeri Melaka
Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka
Pada tahun 2010, Negeri Melaka telah mencapai status negeri maju, mampan dan negeri bandar menerusi pengukuran 32 indikator OECD dan MURNInet. Pencapaian status tersebut memberi kelebihan dan kekuatan (niche) yang unik kepada Negeri Melaka untuk menyumbang kepada pencapaian wawasan negara menjelang tahun 2020. Berdasarkan kelebihan ini (competitive advantage), Kerajaan Negeri telah menetapkan Misi Negeri Melaka menjelang tahun 2020 dengan memberi penekanan kepada tiga (3) objektif berikut:
- Meningkatkan pencapaian negeri maju (developed state);
- Memperkukuhkan status negeri bandar (city state); dan
- Meningkatkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau (green technology state).
Slogan “Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau” telah dipilih untuk menggambarkan hasrat dan misi tersebut.
Hasrat menjadikan Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau diterjemahkan menerusi kerangka UN-UEA yang memberi tumpuan kepada (7) bidang utama ini iaitu :-
i. Tenaga
ii. Pengurangan Sisa
iii. Rekabentuk Bandar
iv. Alam Sekitar Bandar
v. Pengangkutan
vi. Kesihatan Alam Sekitar
vii. Air
Tujuh (7) sektor utama ini seterusnya dibahagi kepada 21 sub-bidang dan 170 indikator pengukur bagi memudahkan pencapaian visi Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Matlamat Kerajaan Negeri Melaka memilih konsep “Negeri Bandar Teknologi Hijau” haruslah difahami oleh setiap rakyat Negeri Melaka, kerana di dalamnya tersirat pesanan yang amat penting kepada generasi masa kini, iaitu “Kita hanya meminjam negeri ini dari anak dan cucu kita”. Bumi ini tidak ada penduanya. Melaka hanya satu. Ekosistem yang sihat merupakan penentu kepada kesejahteraan fizikal ekonomi Negara.
Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Di peringkat Kerajaan Persekutuan Teknologi Hijau dan Majlis Perubahan Iklim yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
Penubuhan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam
Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (YDMDI) ditubuhkan pada 22 Oktober 2008 hasil daripada resolusi Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama serta dipimpin oleh YB Senator Tan Sri Hj Mohd Ali Mohd Rustam selaku Presiden DMDI. Ia merupakan sebuah NGO Negeri Melaka yang bertindak untuk mempromosi Melaka melalui usahasama dengan syarikat-syarikat lain di dalam melaka. Di samping menggalakkan kerjasama dalam segala aspek pembangunan di antara umat-Melayu Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
Memajukan Kawasan Mukim Tanjung Minyak
Beliau telah mengetuai projek memajukan kawasan tanjung minyak dengan cogan kata "MUKIM TANJUNG MINYAK KE ARAH BANDAR PEMODENAN". Beliau telah merancang untuk membina taman perumahan seperti Taman Rambai Jaya, Taman Tanjung Minyak dan Taman Rambai Utama.
Produk Pelancongan Negeri Melaka
Penubuhan Melaka River Cruise yang juga dikenali sebagai Venice of the East[5][6] merupakan ilham dan idea cetusan beliau.[7][8] Hasil sumbangan idea beliau lain adalah dalam pembinaan Masjid Selat Melaka[9][10] dan juga Menara Taming Sari.[11]
MELAKA MAJU 2010
Pengisytiharan Melaka negeri maju dibuat selepas Melaka telah memenuhi 32 indikator mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengerusi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Dan Pembangunan (OECD) yang berpangkalan di Paris. Pengisytiharan oleh Perdana Menteri itu sekali gus membuktikan kredibiliti Melaka sebagai sebuah negeri maju bertambah kukuh.
Kerajaan Melaka memilih tarikh dan masa unik bagi perisytiharan Melaka Maju 2010[12][13] iaitu pada 20.10.2010 (20 Oktober 2010), jam 20.10 malam (8.10) di stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai negeri Bandar Teknologi Hijau.
OECD telah mencadangkan 32 petunjuk/indikator yang sesuai diguna pakai untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negeri/Negara. Petunjuk ini merangkumi aspek ekonomi & infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.
Melaka telah memenuhi syarat indikator ini dengan mempelbagaikan projek pembangunan fisikal, ekonomi, insaniah dan rohaniah dengan teratur, terancang, sistematik dan seimbang meliputi semua kaum di dan bandar dan luar bandar. Melaka juga adalah salah satu negeri yang mencatatkan kadar pengangguran, kemiskinan dan kadar jenayah yang terendah di seluruh OECD.
Melaka telah menetapkan dua strategi untuk mengekalkan Melaka Negeri Maju iaitu strategi makro dan strategi mikro. Strategi makro adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan dan menambah peluang pekerjaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang hampir 11 tahun yang lalu. Melaka juga berjaya mengekalkan kedudukan kadar pengangguran terendah di Malaysia dan seluruh negara OECD.
Strategi mikro pula menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh peruntukan untuk membina baru/membaiki rumah rakyat, membantu fakir miskin melalui MAIM, membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan hampir dan memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan. Kadar kemiskinan telah mencatatkan rekod terendah di Malaysia bahkan terendah di seluruh negara OECD.
Kerajaan Negeri Melaka telah menetapkan wawasan baru untuk tempoh 10 tahun akan datang iaitu menjadikan melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau. Langkah pertama telah pun diambil menerusi penubuhan lembah solar dunia melaka di taman perindustrian Rembia, Alor Gajah.
Dengan perisytiharan Melaka Maju 2010 dapat Memajukan Industri Pelancongan agar menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi (GDP) dan penjanaan peluang pekerjaan Negeri Melaka dan menarik lebih ramai pelancong agar berkunjung ke Melaka menjelang 2010.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | N09 Ayer Molek P122 Batu Berendam | Mohd Ali Rustam (UMNO) | 9,484 | 76.28% | Husin Kassim (PAS) | 2,415 | 19.42% | 12,433 | 7,069 | 75.38% | ||
1990 | N12 Sungai Udang P122 Batu Berendam | Mohd Ali Rustam (UMNO) | 12,073 | 64.70% | Ahmad Nordin Mohd Amin (S46) | 5,465 | 29.29% | 18,659 | 6,608 | 77.68% | ||
1999 | N12 Paya Rumput P122 Batu Berendam | Mohd Ali Rustam (UMNO) | 8,632 | 58.31% | Loo Ah Boo (DAP) | 5,756 | 38.88% | 14,803 | 2,876 | 78.53% | ||
2004 | N17 Bukit Baru P137 Bukit Katil | Mohd Ali Rustam (UMNO) | 8,258 | 76.69% | Bakrin Sidek (PAS) | 2,266 | 21.04% | 10,768 | 5,992 | 79.71% | ||
2008 | Mohd Ali Rustam (UMNO) | 7,644 | 59.51% | Bakrin Sidek (PAS) | 4,936 | 38.43% | 12,845 | 2,708 | 80.77% |
Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P122 Batu Berendam, Melaka | Mohd Ali Rustam (UMNO) | 37,846 | 62.19% | Tan Seng Seng (DAP) | 15,671 | 25.75% | 62,528 | 22,175 | 78.30% | ||
Mohd. Nor Jaafar (PAS) | 7,335 | 12.05% | ||||||||||
2013 | P137 Bukit Katil, Melaka | Mohd Ali Rustam (UMNO) | 40,720 | 46.70% | Shamsul Iskandar Md. Akin (PKR) | 46,167 | 53.30% | 88,271 | 5,733 | 88.77% | ||
2018 | P137 Hang Tuah Jaya | Mohd Ali Rustam (UMNO) | 30,427 | 39.73% | Shamsul Iskandar Md. Akin (PKR) | 39,067 | 51.01% | 76,583 | 8,640 | 86.72% | ||
Md Khalid Kassim (PAS) | 7,089 | 9.26% |
Anugerah
Malaysia
- Malaysia :
- Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) – Tun (2020)[17]
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2014)[18]
- Melaka :
- Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM) - Seri Setia (2020)[19]
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2001)[20]
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) – Datuk Wira (1995)[21]
- Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) – Datuk (1989)[22]
- Pulau Pinang :
- Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) - Dato' Seri Utama (2021)[23]
- Sabah :
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2005)[24]
- Wilayah Persekutuan:
- Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) - Datuk Seri Utama (2021)
Rujukan
- ^ Tukiran Kitam (4 April 2011). "biodata Ali Rustam". Dicapai pada 16 April 2013.
- ^ Tan, Jocelyn; Sa'odah Elias (15 March 2009). "Mr Likeable cashing in on charm". The Star (Malaysia). Dicapai pada 22 May 2011.
- ^ "Ketua Menteri Melaka". Government of Malacca. Dicapai pada 22 May 2011.
- ^ "Makaf most dynamic sports association". Daily Express. 17 March 2015. Dicapai pada 31 March 2015.
- ^ http://www.asiaone.com/travel/melakas-appeal-lies-its-colourful-past
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 2018-07-28.
- ^ http://www.ppspm.gov.my/index.php/pelancongan/melaka-river-cruise
- ^ http://www.theborneopost.com/2010/10/02/sg-melaka-%E2%80%94-money-spinner-for-heritage-city/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 2018-07-28.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 2018-07-28.
- ^ https://m.malaysiakini.com/news/92455
- ^ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/7622-melaka-maju-2011.html
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 27 May 2010. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih. - ^ a b "Malaysian Election Data". Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2013. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13 Parlimen/Dewan Undangan Negeri 2013". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 8 May 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020" (PDF).[pautan mati kekal]
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2014" (PDF).[pautan mati kekal]
- ^ Tun Mohd Ali terima darjah Seri Paduka Setia Melaka
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2001" (PDF).[pautan mati kekal]
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 1995" (PDF).
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 1989" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-14. Dicapai pada 2020-06-04.
- ^ "Tun Mohd. Ali terima anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri Pulau Pinang".
- ^ "Sabah's Yang Di-Pertua Negri birthday honours list". The Star. Malaysia. 19 September 2005. Dicapai pada 14 September 2018.
Pautan luar
Penyandang Terdahulu | Yang di-Pertua Negeri Melaka 4 Jun 2020 – kini |
Penyandang Kemudian |
Tun Haji Mohd Khalil Yaakob | Penyandang |
Penyandang Terdahulu | Ketua Menteri Melaka 2 Disember 1999 – 6 Mei 2013 |
Penyandang Kemudian |
Abu Zahar bin Haji Isnin |
Idris Bin Haron |
- Penerima Seri Maharaja Mangku Negara
- Kelahiran 1949
- Orang hidup
- Orang dari Melaka
- Ketua Menteri Melaka
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Muslim Malaysia
- Alumni Universiti Sains Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-13
- Penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah
- Yang di-Pertua Negeri Melaka
- Ketua Menteri daripada UMNO
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ke-10