Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar AP | |
---|---|
வ. சிவகுமார் سيۏاکومر أنق للاکي ۏاراتهاراجو | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Gajah, Perak | |
Menyandang jawatan 24 Jun 2013 | |
Didahului oleh | Fong Po Kuan |
Majoriti | 56,667 (PRU-15) 43,868 (PRU-14) 38,410 (PRU-13) |
Menteri Sumber Manusia Malaysia | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Mustapha Sakmud |
Didahului oleh | Saravanan Murugan |
Digantikan oleh | Steven Sim |
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik | |
Menyandang jawatan 12 November 2017 Berkhidmat with
| |
Pengerusi Kebangsaan |
|
Setiausaha Agung |
|
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Tronoh | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 | |
Didahului oleh | Lee Kon Yin |
Digantikan oleh | Paul Yong Choo Kiong |
Majoriti | 2,571 |
Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 25 April 2008 – 7 Mei 2009 | |
Didahului oleh | Junus Wahid |
Digantikan oleh | R. Ganesan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 5 Disember 1970 |
Parti politik | DAP-Pakatan Rakyat |
Pasangan | Easwari Saminathan |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik, Ahli perniagaan |
Sivakumar A/L Varatharaju (Tamil: வ. சிவகுமார், rumi: Va. Civakumār ; lahir 5 Disember 1970) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Kini, beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kerusi Batu Gajah sejak 2013, dan bekas ADUN kawasan Tronoh, Negeri Perak, Malaysia. Beliau menjadi orang India pertama menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga di Malaysia selepas menggantikan Junus Wahid (2000-2008). Beliau kini merupakan Menteri Sumber Manusia negara, serta menteri tunggal berbangsa India dalam jemaah menteri terkini negara.
Kehidupan awal
Sivakumar dilahirkan pada 7 Disember 1970 sebagai anak kepada ayahnya M. Varatharaju dan ibunya S. Karunakari. Sivakumar merupakan lulusan Falsafah Perundangan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
Kerjaya politik
Sivakumar menyertai politik pada 1997 sebagai setiausaha politik ahli parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran . Pada 2008 beliau menang bertanding di DUN Tronoh, Perak mengalahkan Lee Kim Choy dengan majoriti 2,571.
Sivakumar juga seorang yang mudah disenangi oleh rakyat kerana personaliti beliau yang peramah dengan masyarakat. Selepas PRU Ke-15, beliau dilantik menjadi Menteri Sumber Manusia dalam Kerajaan Perpaduan.
Speaker DUN Perak
Dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 17 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Jawatan Speaker lebih tinggi statusnya daripada pengerusi majlis. Pada 25 Ogos 2008 beliau diundi secara rahsia menjadi Speaker DUN Perak dengan 31 undi mengalahkan Junus Wahid 28 undi.Hee Yit Foong wakil wanita DAP dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.
Beliau dan lain-lain Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac 2009 kerana ia dijadualkan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak sebagaimana diperuntukkan menurut perlembangaan Negeri Perak.[1] [2]Bagaimanapun, walaupun tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, persidangan itu diteruskan di bawah pokok dan 3 usul telah diluluskan. Persidangan tersebut kemudiannya diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah.
Dalam Persidangan DUN Perak Mei 2009, Dr Zambry Abdul Kadir telah memecat beliau dari jawatan Speaker. R. Ganesan dari MIC dilantik sebagai Speaker yang baru. Sivakumar dibawa keluar dari bangunan itu oleh pihak keselamatan agar perasmian persidangan oleh Raja Nazrin Shah dapat berjalan lancar.
Rujukan
- Kelahiran 1970
- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan India
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Wakil Rakyat India Malaysia
- Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak
- Ahli Dewan Negeri Perak ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15