Tamil | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tamiḻ | |||||||
தமிழ் | |||||||
Sebutan | [t̪amiɻ]; sebutan (bantuan·maklumat) | ||||||
Asli kepada | India and Sri Lanka | ||||||
Kawasan | Tamil Nadu[a] (India) Wilayah Utara dan Wilayah Timur (Sri Lanka) | ||||||
Etnik | Orang Tamil | ||||||
Penutur bahasa | 78 juta (2011–2019)[1] penutur L2: 8 juta (2011)[1] | ||||||
Bentuk awal | |||||||
Tamil (Brahmi) Tamil-Brahmi (dulu) Grantha (dulu) Vatteluttu (dulu) Pallava (dulu) Kolezhuthu (dulu) Arwi (Abjad) Braille Tamil (Bharati) Rumi (tak formal) | |||||||
Bahasa Isyarat Tamil | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | India Sri Lanka[4] Singapura[5] Pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara[6] | ||||||
Bahasa minoriti dikenali di | |||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | ta | ||||||
ISO 639-2 | tam | ||||||
ISO 639-3 | Salah satu:tam – Tamil Modenoty – Tamil Kuno | ||||||
oty Tamil Kuno | |||||||
Glottolog | tami1289 Modern Tamiloldt1248 Old Tamil | ||||||
Linguasphere | 49-EBE-a | ||||||
| |||||||
Tamil (Tulisan Tamil: தமிழ் har. tamiḻ) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.
Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.
Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal தமிழ் (/t̪ɐmɨɻ/). Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi fonetik, simbol penggeseran gelungan.
Sejarah
Tamil ialah salah satu bahasa-bahasa kuno di dunia dengan sejarah yang menjangkau 6000 tahun dan hasil sastera yang berusia lebih 2000 tahun.[9][10][11] Asal-susl bahasa Tamil tidaklah berapa jelas, namun bahasa ini berkembang dan mekar di India sebagai bahasa berdikari yang kaya dengan sastera.[9][12] Lebih 55% daripada catatan epigrafik di India ditemui dalam bahasa Tamil[13] Berbeza daripada di Karnataka dan Andhra Pradesh di mana catatan awal ditulis dalam bahasa Sanskrit, catatan awal di Tamil Nadu hanya menggunakan bahasa Tamil.[14] Bahasa Tamil mempunyai sastera yang tertua di kalangan bahasa Dravidia, tetapi adalah sukar untuk mengukur usia bahasa dan sasteranya secara tepat. Karya sastera di India dipelihara sama ada pada manuskrip daun palma (menandakan salinan berulang-ulang) atau melalui penyampaian oral, mengakibatkan pentarikhan karya-karya tersebut mustahil.[15] Namun begitu, catatan kronologi luaran dan bukti lingustik dalaman menunjukkan bahawa karya-karya paling lama yang masih wujud barangkali disusun lebih kurang antara abad ke-2 SM dan abad ke-10 Masihi.[16][17]
Pembuktian epigrafik bahasa Tamil bermula dengan catatan pada batu sejak abad ke-2 SM, ditulis dalam Tamil-Brahmi, iaitu bentuk adaptasi dari skrip Brahmi.[18][19] Teks sastera paling lama yang masih wujud ialah Tolkāppiyam, sebuah karya puisi-pusisi dan nahu yang menerangkan bahasa zaman klasik, iaitu barangkali antara abad pertama SM dan abad ke-10 Masihi.
Pra pengkaji bahasa Tamil membahagikan kesusasteraan dan bahasa Tamil kepada zaman-zaman berikut:[20]
- Sangam (300 SM—300 M)
- Zaman pasca-Sangam (300—600 M)
- Zaman Bhakthi (600—1200 M)
- Zaman Pertengahan (1200—1800 M)
- Zaman Moden (1800—kini)
Kesusasteraan Sangam mengandungi kira-kira 50,000 baris puisi yang terkandung dalam 2381 puisi yang dihasilkan oleh 473 orang pemuisi termasuk ramai wanita.[21][22] Kebanyakan puisi Sangam juga disesuaikan dengan iringan muzik.[23] Ketika zaman pasca-Sangam, terhasilnya karya-karya penting seperti Thirukkural, serta puisi epik seperti Silappatikaram, Manimekalai, dan Sīvakacintāmani. Zaman Bhakthi dikenali kerana banyak mencurahkan lagu sembahyang diiringi dengan muzik pann, termasuk 9,295 lagu Tevaram mengenai Saivisme dan 4,000 lagu bagi Vaishnavism yang paling dikenali.[24] Zaman pertengahan awal menyaksikan salah satu adaptasi bahasa Tamil yang masyhur bagi epik Ramayana, dikenali sebagai Kampa Ramayanam dan certia 63 Nayanmar yang dikenali sebagai Periyapuranam.
Sistem penulisan
Bahasa Tamil ditulis dengan sistem tulisan bergelar vaṭṭeḻuttu, iaitu sejenis abugida yang tergolong dalam famili Brahmi. Skrip Tamil merangkumi 12 huruf vokal, 18 konsonan dan satu aksara khas, iaitu āytam. Bunyi-bunyi vokal dan konsonan saling bergabung untuk membentuk 216 gugusan aksara, menjadikannya sejumlah 247 aksara. Sepertilah skrip Indic yang lain, semua konsonan mempunyai bunyi vokal a dalaman yang, dalam bahasa Tamil, digugurkan dengan membubuh titik di atas bergelar puḷḷi, pada aksara konsonan terbabit. Berbeza daripada kebanyakan skrip Indic, skrip Tamil ditak membezakan plosif bersuara dan tidak bersuara. Sebaliknya, plosif disebut dengan atau tanpa suara bergantung kepada kedudukannya dalam sesuatu perkataan, menurut hukum-hukum fonologi bahasa Tamil seperti yang dibincangkan di bawah.
Skrip Tamil berevolusi daripada satu bentuk skrip Brahmi Asoka yang dipanggil Tamil-Brahmi atau Tamili, yang berbeza daripada Asokan Brahmi pada beberapa sudut. Menjelang abad ke-9, Tamil-Brahmi berevolusi menjadi aksara-aksara yang lebih bulat bergelar vatteluttu (maksudnya, huruf berlengkung), maka dari inilah berevolusinya skrip moden. Pada abad ke-18, beberapa perubahan dilakukan pada skrip oleh mubaligh Itali bernama Constanzo Beschi, dikenali oleh orang-orang Tamil sebagai Veeramamunivar, bagi memudahkan cetakan skrip tersebut. Ini termasuk membubuh penanda vokal pada kedua-dua belah kiri dan kanan konsonan. Sekitar tahun 1935, E.V.Ramaswamy Periyar mencadangkan perubahan lagi agar lebih tahan uji dalam pencetakan.[25] Sebilangan daripada cadangan-cadangan tersebut diterapkan oleh kerajaan M.G. Ramachandran pada tahun 1978.
Selain aksara-aksara piawai, enam aksara yang dipinjam dari skrip Grantha lalu digunakan dalam kawasan Tamil untuk menulis bahasa Sanskrit, kadang-kadang digunakan untuk mewakili bunyi-bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Tamil, iaitu kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit, Prakrit dan bahasa lain. Sistem tradisional bagi menulis kata pinjaman yang melibatkan menejanya semula mengikut fonologi bahasa Tamil dikekalkan.[26]
Fonologi
Fonologi bahasa Tamil disifatkan dengan kehadiran konsonan retrofleks, dan hukum-hukum ketat bagi pengedaran sesama perkataan berplosif bersuara dan tidak bersuara. Fonologi bahasa Tamil membernarkan sedikit sahaja gugusan konsonan yang tidak boleh memulakan mana-mana perkataan. Ahli nahu tempatan mengelaskan fonem-fonem bahasa Tamil kepada vokal, konsonan, dan "aksara sekunder", iaitu āytam.
Vokal
Vokal-vokal Tamil bergelar uyireḻuttu (uyir – nyawa, eḻuttu – huruf). Vokal-vokal ini dikelaskan kepada vokal pendek (kuṟil) dan panjang (neṭil) (lima bunyi vokal bagi setiap kelas) serta dua diftong, /ai/ dan /au/, dan tiga vokal "dipendekkan" (kuṟṟiyal).
Vokal panjang kira-kira dua kali ganda kepanjangan vokal pendek. Diftong pula biasanya disebut kira-kira 1.5 kali panjangnya berbanding vokal pendek, meskipun kebanyakan buku teks nahu mengelaskan mereka bersama vokal panjang.
Pendek | Panjang | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
Hadapan | Tengah | Belakang | Hadapan | Tengah | Belakang | |
Tertutup | i | u | iː | uː | ||
Separuh buka | e | (ə) | o | eː | oː | |
Terbuka | a | (æː) | aː | (ɔː) |
Konsonan
Konsonan bahasa Tamil dikenali sebagai meyyeḻuttu (mey — badan, eḻuttu — huruf). Konsonan dikelaskan kepada tiga kategori, setiap satunya denfan enam fonem: valliṉam — keras, melliṉam — lembut atau nasal, dan iṭayiṉam — sederhana.
Berbeza daripada bahasa-bahasa India yang lain, bahasa Tamil tidak mengandungi konsonan beraspirasi. Tambahan pula, penyuaraan plosif dikawal oleh hukum-hukum ketat dalam centamiḻ. Konsonan plosif tidak bersuara apabila dihasilkan pada permulaan perkataan atau digandakan. Jika di tempat lain konsonan tersebut disuarakan, dengan sebilangan kecilnay menjadi frikatif secara intervokal. Konsonan nasal dan anggaran sentiasa disuarakan.[27]
Carta fonem konsonan bahasa Tamil dalam IPA seperti berikut:[28]:
Bagi bahasa Tamil moden (petikan daripada Annamalai dan Steever 1998: 100-28)
Bibir | Gigi | Alveolar | Retrofleks | Lelangit | Velum | |
---|---|---|---|---|---|---|
Plosif | p (b) | t̪ (d̪) | ʈ (ɖ) | tʃ (dʒ) | k (g) | |
Nasal | m | n̪ | ṉ | ɳ | ɲ | ŋ |
Rhotik | ɾ̪ | r | ||||
Lateral | l̪ | ɭ | ||||
Anggaran | ʋ | ɻ | j |
Bunyi /f/ dan /ʂ/ dijadikan pesisiran dalam fonologi bahasa Tamil, hanya dijumpai dalam kata pinjaman dan sering diganti oleh bunyi tempatan. Terdapat hukum-hukum yang dijelaskan untuk elisi dalam bahasa Tamil yang dibahagikan kepada berbagai-bagai kelas berdasarkan fonem yang melalui elisi.
Aytam
Bahasa Tamil Klasik juga mengandungi fonem bergelar āytam, ditulis sebagai ‘ஃ’. Ahli bahasa Tamil pada zaman dahulu mengelaskannya sebagai aksara khas (cārpeḻuttu), tetapi kini aksara ini amat jarand ditemui dalam bahsa Tamil moden. Hukum-hukum sebutan yang diberi dalam Tolkāppiyam, kitab mengenai tatabahasa Tamil klasik, mencadangkan bahawa āytam ini mungkin menyertakan hentian glotis dengan bunyi-bunyi yang digabungkan dengannya. Terdapat satu lagi kemungkinan bahawa āytam digunakan untuk mewakili implosif bersuara (atau bahagian penutup separuh awal) bagi plosif bersuara digeminasi voiced dalam sesuatu perkataan.[29]
Pautan luar
- Am
- Laporan Ethnologue Diarkibkan 2010-07-07 di Wayback Machine
- Omniglot resource
- Rosetta Project Archive[pautan mati kekal]
- Language Museum report
- UCLA Tamil Profile Diarkibkan 1997-04-16 di Wayback Machine
- Classical Tamil Website
- International Forum for Information Technology in Tamil
- Tamil Language & Literature
- A Video Essay on Tamil
- Sumber pembelajaran atas talian
- Tamil Language In Context Diarkibkan 2006-07-20 di Wayback Machine – Projek yang menawarkan kursus pembelajaran bahasa Tamil, termasuk pembelajaran video.
- Web Assisted Learning and Teaching of Tamil – Pembelajaran bahasa Tamil Universiti Pennsylvania.
Nota
- ^ serta dalaman Puducherry dan Karaikal di wilayah Puducherry
- ^ bahasa dilindungi
Rujukan
- ^ a b Eberhard, David M.; Simons, Gary F.; Fennig, Charles D., penyunting (2022). Ethnologue: Languages of the World (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-25). Dallas, Texas: SIL International.
- ^ Official languages of Tamil Nadu, Tamil Nadu Government, diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2012, dicapai pada 1 May 2007
- ^ Report of the Commissioner for Linguistic Minorities in India: 50th report (delivered to the Lokh Sabha in 2014) (PDF), National Commissioner for Linguistic Minorities, Ministry of Minority Affairs, Government of India, m/s. 155, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Julai 2016, dicapai pada 8 Jun 2017
- ^ "Official Languages Policy". languagesdept.gov.lk. Department of Official Languages. Dicapai pada 20 May 2021.
- ^ Republic of Singapore Independence Act 1965 (No. 9 of 1965, 1985 Rev. Ed.), s7.
- ^ Languages of ASEAN, dicapai pada 7 August 2017
- ^ School languages, LINGUAMON, diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2015, dicapai pada 26 March 2016
- ^ "Constitution of the Republic of South Africa, 1996 – Chapter 1: Founding Provisions", www.gov.za, South African Government
- ^ a b M. B. Emeneau (1956). "India as a Lingustic Area". Language (dalam bahasa English). 32 (1): 5. Dicapai pada 2007-05-03.
Of the four literary Dravidian languages, Tamil has voluminous records dating back at least two millenia
Unknown parameter|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Burrow, Thomas (2001). The Sanskrit Language. Motilal Banarsidass Publications. m/s. 337. ISBN 8120817672.
…In the case of Tamil the literary tradition goes back for at least two thousand years…
Cite has empty unknown parameter:|1=
(bantuan) - ^ CIIL. "Introduction to Tamil". Cental Institute of Indian languages. Dicapai pada 2007-05-15.
- ^ Caldwell, Robert
- ^ Staff Reporter (November 22 2005). "Students get glimpse of heritage". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-18. Dicapai pada 2007-04-26. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Caldwell, Robert (1875). A comparative grammar of the Dravidian or South-Indian family of languages. Trübner & co. m/s. 88.
In Karnataka and Telingana, every inscription of an early date and majority even of modern day inscriptions are written in Sanskrit...In the Tamil country, on the contrary, all the inscriptions belonging to an early period are written in Tamil
- ^ Dating of Indian literature is largely based on relative dating relying on internal evidences with a few anchors. I. Mahadevan’s dating of Pukalur inscription proves some of the Sangam verses. See George L. Hart, "Poems of Ancient Tamil, University of Berkeley Press, 1975, p.7-8
- ^ George Hart, "Some Related Literary Conventions in Tamil and Indo-Aryan and Their Significance" Journal of the American Oriental Society, 94:2 (Apr - Jun 1974), pp. 157-167.
- ^ Kamil Veith Zvelebil, Companion Studies to the History of Tamil Literature, m/s. 12
- ^ "Tamil". The Language Materials Project. UCLA International Institute, UCLA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 2007-03-25.
- ^ Iravatham Mahadevan (2003). Early Tamil Epigraphy from the Earliest Times to the Sixth Century A.D. Cambridge, Harvard University Press.
- ^ A. Velupillai. "An Introduction to the History of Tamil People". Dicapai pada 2007-05-14.
- ^ Rajam, V. S. 1992. A reference grammar of classical Tamil poetry: 150 B.C.-pre-fifth/sixth century A.D.. Memoirs of the American philosophical society, v. 199. Philadelphia, Pa: American Philosophical Society. p12
- ^ Dr. M. Varadarajan, A History of Tamil Literature, (Translated from Tamil by E.Sa. Viswanathan), Sahitya Akademi, New Delhi, 1988 p.40
- ^ http://www.carnatica.net/tmusic.htm
- ^ P.Ramanatha Pillai (Ed), Panniru thirumuraip perunthirattu (Tamil), Saiva Siddhanta Publishers, Chennai, 1961 p.3-4
- ^ "Alphabet Reforms". The Revolutionary Sayings of Periyar. Dicapai pada 2007-03-25.
- ^ Seperti ang disarankan dalam nahu tradisional, prosa Tolkāppiyam. Lihat Tolkāppiyam, Nūrpā 401, "vadacol kiLavi vadavezuttu oriii"; dalam bahasa Tamil, "வடசொற் கிளவி வடவெழுத் தொரீஇ" Hukum ini terkandung dalam Bab mengenai col ("kata"), dalam Bahagian bagi eccaviyal, எச்சவியல்" ("bahan tambahan")
- ^ See e.g. the pronunciation guidelines in G.U. Pope (1868). A Tamil hand-book, or, Full introduction to the common dialect of that language. (3rd ed.). Madras, Higginbotham & Co.
- ^ E. Annamalai and S.B. Steever, Modern Tamil in S.B. Steevar (Ed.)The Dravidian Languages, London and New York, Routledge 1998, p100-128
- ^ See generally F. B. J. Kuiper, "Two problems of old Tamil phonology", Indo-Iranian Journal 2:3 (September 1958) pp. 191-224, esp. pp. 191-207.
Wikipedia Bahasa Tamil, ensiklopedia bebas |
- Rencana bahasa dengan rujukan Ethnologue 25
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa ISO yang memetik sumber selain Ethnologue
- Bahasa purba
- Bahasa
- Bahasa Dravidia
- Bahasa dari India
- Bahasa di Malaysia
- Bahasa di Indonesia
- Bahasa di Singapura
- Bahasa di Sri Lanka
- Bahasa di Afrika Selatan