Puncak Alam | |
---|---|
![]() Bandar Puncak Alam | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Kuala Selangor |
Zon waktu | Waktu Piawai Malaysia (MST) |
Puncak Alam merupakan sebuah bandar dalam daerah Kuala Selangor, Malaysia. Ia terletak dalam lingkungan 20 kilometer ke arah barat laut daripada bandaraya Shah Alam, ibu negeri Selangor. Digelar sebagai "Bandar Moden Pancuran Air" (The Modern Garden City of Fountain) atau "Bandar Pancuran Air"[1], Puncak Alam mempunyai kedudukan yang strategik di Lembah Klang, bersempadan dengan Petaling Jaya dan Shah Alam.
Sejarah
Sebelum penubuhan Puncak Alam, kawasan ini merupakan sebuah estet kelapa sawit di bawah selenggaraan FELDA dalam kawasan yang dahulu dikenali sebagai Bukit Cerakah. Bandar ini mula dibangunkan dalam tahun 1990-an di bawah pengurusan Bukit Cerakah Development Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Shah Alam. Pada 15 Mei 2001, Bukit Cerakah Development Sdn Bhd telah bertukar nama kepada Puncak Alam Housing Sdn Bhd dan berpindah operasi serta membuka pejabat jualan di kawasan Puncak Alam.[2]
Pada peringkat awal pelancaran, luas keseluruhan kawasan Puncak Alam dianggarkan pada keluasan 14,000 ekar (57 km persegi).[3][4] Walaubagaimanapun, akibat kemelesetan ekonomi pada akhir 90-an telah menyaksikan pengecilan keluasan saiz sebenar bandar berkenaan, yang di mana tanah-tanah asal yang diperuntukkan untuk Puncak Alam telah dibangunkan secara usahasama dengan pemaju-pemaju hartanah yang lain sehingga terbitnya bandar-bandar atau pakej kecil di bawah nama dan konsep-konsep yang berbeza misalnya Alam Perdana, Alam Jaya, Shah Alam 2 (kini Alam Suria), Ambang Suria dan pelbagai sub-bandar lain.
Pada 1 Jun 2009, UiTM Kampus Puncak Alam telah memulakan operasinya di Puncak Alam berkonsep "kampus pintar" dengan keluasan 1,085.75 untuk menampung 20,000 lebihan pelajar dari kampus UiTM Shah Alam. Pada 12 Februari 2010, Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1. Sehingga 12 Februari 2010, UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1 telah beroperasi sepenuhnya.[5][6]
Pembangunan Masa Hadapan
Pelan pembangunan bertarikh 9 September 2008 yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Daerah Kuala Selangor, menyatakan bahawa pada masa hadapan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal disiapkan sepenuhnya pada tahun 2014 dengan peruntukan kawasan seluas 1,085.75 ekar (4.3939 km persegi), meliputi 15 fakulti pengajian yang mampu menampung 40,000 siswa dan kakitangan. Dokumen yang sama menganggarkan bahawa tambahan sebanyak 65,798 unit kediaman bakal disiapkan di Puncak Alam pada tahun 2015 yang mampu menampung 35,000 penduduk berbanding populasi sekarang yang dilaporkan pada kadar 25,000 penduduk.
Dokumen Rancangan Tempatan Tahun 2015 yang diterbitkan oleh MDKS menyatakan bahawa terdapat perancangan untuk membangunkan sebuah Taman Tema Air di kawasan ini, serta kemudahan LRT (Light Rail Transit) yang akan menghubungkan Bestari Jaya, Puncak Alam dan Shah Alam.
Penempatan dan Perindustrian
Puncak Alam terbahagi kepada beberapa kawasan penempatan dan perindustrian iaitu;
- FELDA Bukit Cerakah
- Fasa 1
- Fasa 2
- Fasa 3
- Alam Suria (Ambang Suria, Sinar Alam, Dataran Suria, Suria Hill) - IJM
- Puncak Bestari - Worldwide
- Puncak Bestari 2 - Worldwide
- Puncak Alam Jaya
- Eco Business Park V - EcoWorld
- Taman Alam Jaya
- Taman Industri Alam Jaya
- Pusat Perdagangan Alam Jaya
- Taman Alam Perdana
- Myra Alam - OIB
- Daunan Worldwide - Worldwide
- LBS Alam Perdana - LBS
- Eco Grandeur - EcoWorld
- Bandar Hillpark - MKH
- Tropicana Alam - Tropicana Corporation
- Galaxy Avenue - Alpha Galaxy
Pendidikan
UiTM Kampus Puncak Alam merupakan antara kampus Universiti Teknologi MARA cawangan Selangor yang terletak di Puncak Alam. Dengan keluasan 1,085.75, UiTM Kampus Puncak Alam mampu menampung lebih 20,000 pelajar.
Selain itu, terdapat juga sekolah rendah dan sekolah menengah disediakan di Puncak Alam. Berikut adalah senarai sekolah-sekolah di Puncak Alam.
Sekolah Rendah
- SK Puncak Alam 1. Sekolah ini terletak di Fasa 1.
- SK Puncak Alam 2. Sekolah ini terletak di Fasa 2.
- SK Puncak Alam 3. Sekolah ini terletak di Fasa 3.
Sekolah Menengah
- SMK Puncak Alam. Sekolah ini terletak di Fasa 1.
- SMK Puncak Alam 3. Sekolah ini terletak di fasa 3.
Kemudahan
Puncak Alam menawarkan pelbagai kemudahan. Ini termasuklah Pasar Raya Econsave Alam Jaya, Pasar Raya Lotus's Puncak Alam, Pasar Raya Hero Market Puncak Bestari. Selain itu, Puncak Alam juga direka dengan kawasan rumah kedai berdekatan dengan kawasan perumahan di setiap taman perumahan. Terdapat juga kawasan rekreasi seperti Taman Tasik Puncak Bestari, Dragonfly Park Eco Grandeur, Alam Suria Central Park dan Puncak Alam Golf Driving Range.
Pengangkutan
Pengangkutan Persendirian
Puncak Alam menghubung lebuhraya utama seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Jalan Kuala Selangor-Kepong, Persiaran Mokhtar Dahari, Lebuhraya Guthrie dan Leburhaya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Pengangkutan Awam
- Sambungan bas disediakan melalui laluan RapidKL T715 dan T155.
- Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Stesen Puncak Alam, dalam pembinaan dijangka siap pada 2027.
Rujukan
- ^ Pentadbir. "Pengenalan". www.bandarpuncakalam.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ Mustbell94 (Khamis, 23 Januari 2014). "My MustAreKim Blog: Bandar Puncak Alam : Bandar Idamanku". My MustAreKim Blog. Dicapai pada 2025-09-28. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Puncak Alam Township | Puncak Alam Housing Sdn Bhd". puncakalam.my. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ "Amenities". www.puncak-alam.com.my. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ Administrator (1970-01-01). "Puncak Alam Campus". UiTM Cawangan Selangor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ "UiTM Puncak Alam | Puncak Alam Housing Sdn Bhd". puncakalam.my. Dicapai pada 2025-09-28.
Pautan luar
- Laman Rasmi Puncak Alam Housing Sdn Bhd Arkib:
- Laman Lama Bukit Cerakah Development Sdn Bhd
- Gerbang Informasi & Interaksi Bandar Puncak Alam
- Portal Rasmi Komuniti Fasa 2B6, Shah Alam 2
- MDKS Development Plan for Bandar Puncak Alam
- Rancangan Tempatan 2015, MDKS
3°13′20″N 101°26′11″E / 3.222125°N 101.436274°E
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.