Bak kut teh | |
---|---|
Jenis | Makanan |
Tempat asal | [1][2]
Klang, Malaysia (versi Hokkien)[3][4] Singapura (versi Teochew)[5][6] |
Kawasan/rantau | Kawasan sama ada di Malaysia atau Singapura yang penduduk bercakap dalam dialek Hokkien dan Teochew |
Masakan berkaitan | Malaysia, Singapura |
Bahan utama | Rusuk daging, kuah campuran herba dan rempah-ratus (termasuk bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, dang gui (Gingseng), jintan manis dan bawang putih) |
Keragaman/variasi | Hokkien dan Teochew |
sunting · sunting di Wikidata |
Bak kut teh | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Cina | 肉骨茶 | ||||||||||||||
POJ Bahasa Hokkien | Bah-kut-tê | ||||||||||||||
Maksud harfiah | meat bone tea/ sup tulang herba | ||||||||||||||
|
Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging rusuk yang dimasak dalam herba tradisi Cina yang berasal dari Tanah besar China.Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat. Pelbagai jenis cendawan sering kali ditambah kepada hidangan dan biasanya dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina. Pada masa kini terdapat karung Teh Bak Kut, yang mengandungi semua ramuan yang diperlukan. Ini memudahkan penyediaan Bak Kut Teh. Bak Kut Teh seringkali dijadikan hidangan sarapan, atau makan tengahari bersama dengan nasi.
Bak Kut Teh berasal dari negara tanah besar China dan ia kini ia popular disajikan di sekitar rantau Asia tenggara seperti Singapura, Thailand, Korea Selatan.
Asal-usul
Bak-kut-teh telah diperkenalkan kepada Malaya pada kurun ke-19 oleh pekerja dan kuli cina yang berketurunan Hokkien.[7] Hidangan ini dilaporkan sebagai diet tambahan tidak seberapa kepada kuli pelabuhan dan sebagai tonik untuk meningkatkan kesihatan mereka. Orang Teochew datang kemudiannya dan perbezaan utama antara Bak Kut Teh hokkien dan Bak Kut Teh Teochew adalah yang Hokkien menggunakan kicap pekat yang menyebabkan permukaan sup menjadi lebih gelap. Perkataan Cina 肉 yang bermaksud daging, sekarangnya disebut "Ba" dalam loghat Min-nan dan loghat Teochew di selatan China. Walau bagaimanapun, 肉 di dalam 肉骨茶 masih mengekalkan sebutan lama "Bak" dan dimaksudkan daging yang digunakan di selatan wilayah Fujian dan di timur wilayah Guangdong sebelum kurun ke-19.
Rujukan
- ^ Damien Lim. "Bak kut teh". National Library Board of Singapore.
- ^ WANI MUTHIAH. "The man who put Teh in bak kut teh". TheStar newspaper.
- ^ Yoshino, Kosaku (2010). "Malaysian Cuisine: A Case of Neglected Culinary Globalization" (PDF). Globalization, Food and Social Identities in the Asia Pacific Region. Tokyo: Sophia University Institute of Comparative Culture: 4. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 May 2014. Dicapai pada 8 July 2014.
- ^ Chua Lam (5 April 2011). chua lam's gourmet journey in Malaysia (PDF). G.F. Publishing(M) Pte Ltd. m/s. 26. ISBN 9789675381119.
- ^ Temasek Polytechnic (15 July 2015). Singapore Hawker Classics Unveiled: Decoding 25 Favourite Dishes. Marshall Cavendish International (Asia) Pte Ltd. m/s. 93–96. ISBN 9789814677868.
- ^ "Singapore and Malaysia have claimed these 4 dishes. We get to the bottom of the food fights - CNA". Channel News Asia. April 24, 2023. Dicapai pada May 15, 2023.
- ^ Yoshino, Kosaku (2010). "Malaysian Cuisine: A Case of Neglected Culinary Globalization". Globalization, Food and Social Identities in the Asia Pacific Region. Tokyo: Sophia University Institute of Comparative Culture: 4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-27. Dicapai pada 2012-01-29.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.