Ikan bakar merupakan sejenis hidangan ikan yang dibakar menggunakan arang. Ia dikategorikan dalam masakan Indonesia, Malaysia dan pelbagai negara Asia Tenggara lain. Biasanya, ikan diperap atau disapu (dengan rempah dan kadang kala sambal) dan kemudian dipanggang; dan kadang-kadang, daun pisang menjadi lapik di atas pemanggang.