Kuih ombusombus ialah makanan ringan khas Batak yang berasal dari Siborongborong, Tapanuli Utara.
Kuih ombusombus diperbuat daripada tepung beras yang berinti gula di tengahnya dan dibungkus dengan daun pisang.
Nama "ombusombus" itu kononnya daripada perlakuan yang perlu menghembuskan nafas ketika memakannya dan kuih ini enak dimakan ketika masih panas.
Tak jelas sejak bila makanan ini mula terkenal, namun pada acara istiadat adat Batak tertentu, biasanya lampet atau ombusoombus tetap menjadi hidangan sampingan dan diiringi kopi atau teh.