Ikan goreng ايكن ݢوريڠ | |
---|---|
Jenis | Hidangan ikan |
Jenis sajian | Sajian utama |
Tempat asal | Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara |
Dicipta oleh | Nusantara |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Ikan, dilumur dengan bawang putih, bawang merah dan rempah-rempah lain dan digoreng celur dalam minyak masak |
Bahan yang biasa digunakan | Bawang putih, ginger, kunyit, Lengkuas, coriander seed, chub mackerel |
sunting · sunting di Wikidata |
Ikan goreng ialah pelbagai jenis masakan Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei melibatkan penggorengan celur pelbagai jenis ikan diperap dengan campuran pes rempah. Sesetengah resipi menggunakan kicap manis untuk dilumur pada ikan selepas digoreng.[1] Ikan goreng biasanya dalam goreng dengan minyak masak yang sangat panas sehingga ikan menjadi emas dan rangup.
Kaedah ini sering digunakan dengan ikan kap, ikan kaloi dan ikan banding untuk mengubah ikan bertulang halus kepada ikan yang rangup dan boleh dimakan.
Rempah
Sebelum menggoreng, ikan biasanya diperisakan dengan campuran rempah, dan kadang kala kicap manis. Campuran rempah boleh berbeza di antara kawasan dan tempat, tetapi biasanya ia terdiri daripada gabungan garam, jus lemon, bawang merah, bawang putih, lada cili, ketumbar, kunyit, lengkuas dan garam. Sesetengah resipi mungkin mengguna bater atau telur pada ikan sebelum menggoreng. Selepas digoreng, biasanya ikan boleh dimakan terus dengan nasi kukus dan sambal belacan atau sambal kicap. Ikan goreng Manado dan Maluku biasanya menggunakan perasa dabu-dabu atau colo-colo.
Sesetengah resipi ikan goreng mungkin menambah bumbu tambahan campuran rempah yang dilumur atau dicurahkan ke atas ikan goreng, seperti bumbu acar kuning, diperbuat daripada pes kunyit, bawang putih, dan rempah-rempah lain yang disemprot dengan timun, lobak merah, cabai, dan bawang kecil, atau tomato cincang dengan cuka.
Variasi
Terdapat banyak variasi dan resipi ikan goreng, berbeza dari resipi rempah perapan, sos atau sambal, kepada spesies ikan yang digoreng. Hampir semua jenis ikan dan makanan laut boleh dijadikan ikan goreng, yang paling popular dari air tawar ialah ikan kaloi, kelah, patin, nila, dan tilapia dan ikan emas. Ikan-ikan laut yang biasa digoreng ialah ikan banding, tongkol atau aya, bawal, tenggiri, selar, dengkis, kerapu, merah, bilis, todak, yu dan pari.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Fried Fish with Sweet Soy Sauce". Indochine kitchen. June 22, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-01. Dicapai pada 13 August 2013.