Tangyuan | |
---|---|
![]() | |
Nama alternatif | Yuanxiao |
Jenis | Hidangan nasi, dumpling ![]() |
Tempat asal | China |
Kawasan/rantau | Asia Timur |
Bahan utama | Tepung beras pulut |
Keragaman/variasi | Variasi serantau yang berbeza dari segi bahan dan cara penyediaan |
Maklumat lain | Secara tradisinya dimakan semasa Yuanxiao (Perayaan Tanglung) |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Tangyuan 汤圆 | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 湯圓 / 湯團 | ||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 汤圆 / 汤团 | ||||||||||
Hanyu Pinyin | tāngyuán / tāngtuán | ||||||||||
| |||||||||||
Yuanxiao | |||||||||||
Bahasa Cina | 元宵 | ||||||||||
Hanyu Pinyin | yuánxiāo | ||||||||||
|
Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Secara tradisi, tangyuan dimakan ketika perayaan Yuanxiao, atau Chap Goh Meh.
Dalam sejarah, terdapat beberapa nama-nama yang berbeza telah digunakan untuk merujuk kepada tangyuan. Semasa zaman pemerintahan Maharaja Yongle dari Dinasti Ming, namanya dirasmikan sebagai yuanxiao yang berasal dari perayaan Chap Goh Meh, digunakan di bahagian China Utara. Nama ini secara harfiahnya bermaksud "Selamat malam pertama", memandangkan ia adalah Bulan purnama pertama selepas Tahun Baru Cina, selalunya merupakan bulan baru.
Walau bagaimanapun, di China Selatan , ia dipanggil tangyuan atau tangtuan.Lagenda mengatakan bahawa semasa pemerintahan Yuan Shikai dari tahun 1912 untuk 1916 , mereka tidak menyukai nama yuanxiao kerana ia kedengaran seperti "mengeluarkan Yuan" (元宵). Oleh itu, mereka menukarkan namanya kepada tangyuan. Nama baru ini secara harfiahnya bermaksud "bola bulat dalam sup". Tangtuan juga membawa erti yang sama iaitu "ladu bulat dalam sup". Dalam kedua-dua dialek utama Cina mereka iaitu Hakka dan Kantonis, "tangyuan" disebut sebagai "tong rhendantong jyun". Istilah "tangtuan" (Hakka:tong ton, Kantonis:tong tyun) lazimnya tidak digunakan dalam dialek ini.
Penerangan


Tangyuan ialah pencuci mulut yang serba boleh dengan rasa yang halus serta tekstur yang lembut dan kenyal. Ia boleh disajikan dalam bentuk paling ringkas sebagai bebola putih daripada tepung pulut, atau diisi dengan inti seperti bijan hitam atau kacang tanah yang dihancurkan. Ia juga boleh diwarnakan, digoreng atau direbus.[1]
Tangyuan dibuat dengan membalut doh pulut di sekeliling inti yang biasanya mengandungi minyak lemak babi, lalu dibentuk menjadi bebola dengan tangan.[1] Tangyuan boleh menjadi manis atau masin, bergantung kepada inti yang digunakan seperti bijan hitam yang lebih tradisional. Tangyuan manis biasanya disajikan dalam sirap halia, manakala versi masin dihidangkan dalam sup jernih. Tangyuan tanpa inti pula disajikan dalam sejenis pencuci mulut berkuah manis yang dikenali dalam masakan Kantonis sebagai tong sui (secara harfiah: "air gula").
Bahan-bahan
Inti tradisional bagi tangyuan biasanya diperbuat daripada bijan, kacang tanah, gula, dan lemak haiwan.[2]
Kuah sup yang biasa digunakan
- Sup kacang merah
- Sup bijan hitam
- Halia dan gula batu
- Beras pulut yang diperam (Cina: 醪糟 or 酒釀), Osmanthus manis, dan gula batu
- Sup manis pandan

Inti manis
- Bijan hitam (dicampur dengan gula)
- Kacang tanah tumbuk (dicampur dengan gula)
- Pes jujube
- Pes kacang merah (Kacang azuki)
- Pes biji teratai
- Pes labu
- Pes kacang hitam
Inti masin
- Kacang tanah tumbuk
- Daging cincang
- Cendawan
- Kobis
- Sosej Cina
- Daun ketumbar
- Udang kering
- Lobak
Inti moden dan variasi terkini
- Pes coklat (mentega lembut dicampur dengan serbuk koko dan dikacau hingga sebati)
- Pes matcha
- Kastard
- Pes keladi
- Pes kelapa
Sejarah
Tangyuan secara tradisinya dimakan semasa Perayaan Tanglung, yang jatuh pada hari ke-15 bulan pertama dalam kalendar lunar, iaitu malam bulan penuh pertama dalam tahun baharu Cina. Perayaan ini biasanya berlaku pada bulan Februari dalam kalendar Gregorian.[3] Masyarakat memakan tangyuan sebagai lambang tuah dan harapan agar hidup mereka dipenuhi dengan kegembiraan dan kemakmuran.[3]
Legenda Yuanxiao
Menurut legenda, terdapat seorang dayang istana bernama "Yuanxiao" semasa pemerintahan Maharaja Wu dari Dinasti Han.
Beliau terkurung di istana selama bertahun-tahun, merindui ibu bapanya dan sering menangis. Menteri Dongfang Shuo ingin membantunya, lalu dia menipu Maharaja Wu bahawa Dewa Api diarahkan oleh Maharaja Jade untuk membakar kota Chang'an pada hari ke-15 bulan pertama lunar. Satu-satunya cara untuk mengelakkan bencana itu ialah meminta "gadis Yuanxiao" membuat bebola pulut, makanan kegemaran Dewa Api, pada hari tersebut, dan semua rakyat perlu menyalakan tanglung dan mempersembahkan korban. Maharaja bersetuju, dan "gadis Yuanxiao" akhirnya dapat bertemu semula dengan keluarganya. Sejak itu, terbentuklah tradisi Perayaan Tanglung.[4]
Perkembangan tangyuan di China
Amalan memakan tangyuan telah wujud lebih 2,000 tahun dan dikenali dengan pelbagai nama.[3] Semasa era Yongle dalam Dinasti Ming, ia dikenali sebagai yuanxiao di bahagian utara China, bermaksud "malam pertama", di mana yuan (元) bererti "pertama" dan xiao (宵) bermaksud "malam".
Semasa Dinasti Tang dan Lima Dinasti, rakyat makan makanan seperti "kepompong mi" dan "ladu bulat tanpa sudut" semasa Perayaan Tanglung. Dalam Dinasti Song Selatan, "ladu susu" diperkenalkan. Puisi berjudul "Yuanxiao Boiled Floating Dumplings" menyebut: "bintang berkilauan di sebalik awan gelap, mutiara terapung dalam air keruh", menggambarkan rupa makanan ini. Makanan ini boleh dianggap sebagai pendahulu kepada tangyuan. Menjelang Dinasti Ming, yuanxiao mempunyai lebih banyak nama.[5]
Penduduk China Selatan memanggil makanan ini sebagai tangyuan atau tangtuan. Dalam dialek Hakka dan Kantonis, tangyuan disebut tong1 yan2 atau tong1 jyun4-2, dan istilah tangtuan jarang digunakan.[6] Terdapat satu legenda yang menyatakan bahawa semasa pemerintahan Yuan Shikai (1912–1916), beliau tidak suka nama yuanxiao kerana sebutannya serupa dengan "singkirkan Yuan" (Cina: 袁消; pinyin: yuán xiāo); maka beliau mengarahkan agar nama itu ditukar kepada tangyuan.[7][8]
Hari ini, tangyuan merujuk kepada versi selatan manakala yuanxiao merujuk kepada versi utara, yang dibezakan berdasarkan kaedah penyediaan.[9]
Perbezaan geografi
Tangyuan berasal dari selatan China, manakala di utara, ia dikenali sebagai yuanxiao. Walaupun kelihatan serupa, keduanya berbeza dari segi kaedah penyediaan, inti, cara memasak dan jangka hayat.[9] Sebagai contoh, variasi dari Chaozhou dikenali sebagai Ah Bho Liang (鴨母捻), dengan inti yang berbeza.[10]
Yuanxiao mempunyai inti padat dan manis serta disajikan dalam sup pekat. Ia dibuat dengan menggolek inti yang dipotong kecil dalam tepung pulut yang kering dan basah secara berulang hingga membentuk bola. Kaedah ini dipanggil "menggoncang yuanxiao".[11]
Sebaliknya, tangyuan mempunyai inti lembut dan boleh manis atau masin, serta disajikan dalam sup yang lebih cair. Ia dibuat dengan membungkus inti menggunakan doh pulut dan dibentuk bulat. Sup boleh berubah mengikut inti; contohnya, sup lobak dan kek ikan untuk versi masin, atau tong sui untuk versi manis.[12]
Wilayah seperti Ningbo, Guangdong (Chaoshan), dan Shandong mempunyai variasi tangyuan tersendiri dengan rasa unik.[13]
Kepentingan budaya
Bagi banyak keluarga Cina di tanah besar dan luar negara, tangyuan secara tradisional dimakan semasa Perayaan Tanglung, Tahun Baharu Cina dan perjumpaan keluarga. Bentuknya yang bulat dan cara penyajiannya melambangkan perpaduan, penyatuan dan keharmonian keluarga.[6]
Kepentingan budaya
Bagi kebanyakan keluarga Cina di tanah besar China dan luar negara, tangyuan biasanya dimakan bersama-sama dengan keluarga. Bentuk bulat bola dan makan dengan mangkuk melambangkan kebersamaan keluarga.
Pautan luar
Lihat juga
- ^ a b "Why this Chinese dessert is so important during Lunar New Year". KCRW (dalam bahasa Inggeris). 2018-02-12. Dicapai pada 2022-04-25.
- ^ "Tang Yuan with Black Sesame Filling". Cooking in Chinglish (dalam bahasa Inggeris). 2018-02-12. Dicapai pada 2020-12-09.
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ zhuanlan.zhihu.com https://zhuanlan.zhihu.com/p/108110926. Dicapai pada 2024-11-01. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "汤圆发展简史:曾叫"圆不落角" 馅料花样翻新-新华网". m.news.cn. Dicapai pada 2024-11-01.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamagong
- ^ "因"元宵"与"袁消"谐音袁世凯下令改叫"汤圆"". 半岛网-城市信报. 2010-02-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-21. Dicapai pada 2012-02-04.
- ^ Yu, Runze (22 Januari 2019). "A Chinese sweet that's a homophone for reunion". BBC. Dicapai pada 10 November 2024.
- ^ a b "Do you know the Differences between Yuanxiao and Tangyuan". China Educational Tours (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-22.
- ^ "潮汕人冬至吃的鸭母捻,到底是什么?_汤圆". www.sohu.com. Dicapai pada 2025-01-07.
- ^ "董克平|"北元宵 南汤圆"到底有什么区别?_馅料". www.sohu.com. Dicapai pada 2024-11-01.
- ^ "Tang Yuan: The Chinese Soup Balls of Family Unity". Dinner By Dennis (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-19. Dicapai pada 2022-03-24.
- ^ ""甜咸之争"背后汤圆的历史演变_中国经济网――国家经济门户". www.ce.cn. Dicapai pada 2024-10-18.