Nasi kerabu نسيء کرابو | |
---|---|
Nama alternatif | ข้าวยำ (khao yam); خاو يم |
Jenis | Hidangan nasi |
Jenis sajian | hidangan utama, kebiasaannya sebagai sarapan pagi. |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Kelantan[1] |
Suhu penghidangan | suhu bilik |
Bahan utama | Nasi yang dimasak dengan bunga telang (en:Clitoria ternatea) atau kunyit. Pelbagai rempah dan herba, sambal nyor, budu |
260[2] kcal | |
sunting · sunting di Wikidata |
Nasi Kerabu, juga dikenali sebagai khao yam di Thailand, adalah makanan yang berasal dari kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga wilayah-wilayah di Selatan Thailand. Ia merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau Ayam Percik, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba dalam menjadikan warna nasi menjadi hitam.
Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.
Nasi kerabu juga enak dimakan bersama keropok goreng.
Lihat
Rujukan
- ^ "Nasi Kerabu". Pemetaan Budaya JKKN at Wayback Machine. 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2021. Dicapai pada 12 Julai 2021.
- ^ https://kalorimakanan.com/kalori-nasi-kerabu