Kaya toast | |
---|---|
Jenis | Makanan |
Jenis sajian | Makanan pokok |
Tempat asal | Singapura[1] |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara |
Dicipta oleh | Singapura[1] |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Seri kaya |
sunting · sunting di Wikidata |
Roti kaya bakar, dikenali secara meluas sebagai Kaya toast, ialah suatu hidangan masyhur di kalangan rakyat Singapura di mana seri kaya merupakan salah satu sapuan kegemaran tempatan, dimakan bukan sahaja pada roti bakar, tetapi juga roti segar dan biskut kraker berkrim. Kaya pula diperbuat dari telur, gula dan santan.
Berasal dari Singapura,[1] hidangan ini biasa dimakan semasa sarapan pagi. Ia disepadukan ke dalam budaya kopi tiam (kedai kopi), yang boleh didapati secara meluas dalam rangkaian makanan seperti Ya Kun Kaya Toast, Killiney Kopitiam dan Breadtalk's Toast Box.
Biasanya, hidangan ini dimakan pada waktu pagi berserta minuman teh tarik, kopi atau minuman panas yang lain. Sajian ini pada mulanya amat popular dihidangkan di kopitiam tetapi kini telah biasa dihidangkan dikedai makan Melayu dan restoran mamak.
Warga Singapura suka memakan makanan ini bersama secawan teh atau kopi.
Pengiktirafan
Pada Jun 2021, rangkaian kedai serbaneka Korea Selatan CU mengumumkan bahawa ia telah mula menjual Kaya toast di semua kedai mereka sebagai sebahagian daripada "Siri Perjalanan Gourmet Singapura".[2]
Pada tahun 2021, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melancarkan syiling peringatan yang memaparkan Kaya toast serta hidangan tempatan yang lain, sebagai sebahagian daripada peringatannya terhadap inskripsi budaya penjaja ke dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada tahun sebelumnya.[3]
Rujukan
- ^ a b c "A toast to Singapore's traditional breakfast – Kaya toast". National Geographic. April 5, 2019. Dicapai pada July 16, 2020.
- ^ 이재은 (29 June 2021). "CU에서 떠나는 '싱가포르 미식여행'…칠리크랩·카야토스트 판매 - 머니투데이". news.mt.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 27 October 2021.
- ^ Ganesan, Natasha. "Kaya toast, nasi lemak featured on commemorative coins to mark UNESCO hawker culture inscription". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 October 2021.