Kelupis | |
---|---|
Jenis | Snek (Kuih) |
Tempat asal | Brunei, Malaysia Timur |
Kawasan/rantau | Brunei, pantai barat Sabah, Sarawak, Labuan |
Dicipta oleh | Melayu Brunei, Kedayan, Lun Bawang/Lundayeh, Bisaya dan Bajau[1] |
Bahan utama | Tepung pulut, santan, gula Melaka |
sunting · sunting di Wikidata |
Kelupis (terjemahan harfiah: 'pulut gulung')[2] ialah kuih tradisi untuk orang Melayu Brunei, Bisaya, Lun Bawang di Negara Brunei Darussalam[3] dan di negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia.[4][5] Kuih ini juga kudapan tradisi untuk orang Bisaya kerana tiga etnik ini berkait rapat iaitu Lun Bawang/Lundayeh juga membuat kelupis ini terutamanya di majlis kahwin[1] Kuih ini wajib dihidangkan di majlis keramaian dan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.[6] Kuih ini juga dihidangkan oleh orang Kedayan semasa Adat Makan Tahun.[7] Acara mengelupis diadakan untuk membuat kelupis sebagai aktiviti utama sebelum majlis. Kelupis dibungkus dengan daun nyirik atau kelapa dan disering dimakan dengan kuah untuk dicecah seperti kuah kacang dan ayam masak merah.[8] Kuih ini juga dijual di tamu dan kadangkala dijual kelupis yang sejuk beku untuk dipanaskan kemudian.[9] Kelupis juga dimasak dengan inti di dalam seperti inti daging, udang dan tahai.[10]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Rice in Many Forms (Kelupis)". New Sabah Times. m/s. 6. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2015. Dicapai pada 12 October 2014.
- ^ Tamara Thiessen (2012). Borneo: Sabah - Brunei - Sarawak. Bradt Travel Guides. m/s. 145–. ISBN 978-1-84162-390-0. Dicapai pada 17 Ogos 2013.
- ^ Abd. Latip Talib (2006). Beraraklah awan pilu. Utusan Publications. m/s. 127–. ISBN 978-967-61-1899-8. Dicapai pada 17 August 2013.
- ^ "Kebudayaan (Brunei)". Pejabat Daerah Papar. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2004. Dicapai pada 17 Ogos 2013.
- ^ "An encounter with 'Kuih Kelupis'". Borneo Post Online. 13 Mac 2011. Dicapai pada 17 Ogos 2013.
- ^ Ismail, Mastura (8 Jun 2018). "Kelupis penyeri juadah Syawal etnik Melayu Brunei". Utusan Borneo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-04. Dicapai pada 5 September 2020.
- ^ "Adat Resam dan Budaya Kaum Orang Ulu: Suku Kedayan: Adat Makan Tahun". JKKN Pemetaan Budaya. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-04. Dicapai pada 5 September 2020.
- ^ Zainul, Mohd Nazllie (7 Julai 2016). "Kelupis menu wajib Aidilfitri di Sabah". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-04. Dicapai pada 5 September 2020.
- ^ Dahali, Rafiqah (19 Jun 2017). "Kelupis menu raya etnik Brunei". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-04. Dicapai pada 5 September 2020.
- ^ Awang Sulaiman, Siti Zuraihah (2 Februari 2019). "Kelupis makanan tradisi turun-temurun". Pelita Brunei. Dicapai pada 5 September 2020.