Amplang ialah sejenis makanan ringan berasaskan ikan. Ia pada kebiasaanya adalah berbentuk bulat dan berwarna putih. Amplang merupakan produk yang dikenali berasal dari ketapang Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia.[1] kerupuk ini berasal daripada ikan tenggiri yang dicampur tepung kanji, dan di tambahkan bahan-bahan lain, dan setelah itu di digoreng.[2]
Bahan-bahan
Bahan | Peratus (%) |
---|---|
Isi ikan | 100 |
Tepung kanji | 100 |
Garam | 2 |
Gula | 2 |
Natrium bikarbonat | 2.5 |
MSG | 0.3 |
Telur ayam |
Pemprosesan
Berikut ialah langkah-langkah yang terlibat dalam pemprosesan amplang:
- Mengadun – Isi ikan diadun bersama tepung kanji serta ramuan lain bagi membentuk doh.
- Membentuk – Doh dibentuk menjadi ketulan silinder besar seberat 500 gram, kemudian dipotong kecil secara melintang. Setiap potongan kecil tadi dibentuk silinder sekali lagi dengan saiz yang lebih kecil sebelum dipotong halus.
- Memasak – Amplang yang dipotong halus-halus digoreng di dalam minyak yang banyak selama lebih kurang 30 minit sehingga benar-benar ranggup. Amplang sentiasa di kacau semasa digoreng bagi mengelakkannya menjadi hangit.
- Mengetos – Sesudah digoreng, amplang ditoskan bagi membuang sisa-sisa minyak.
- Pembungkusan dan penyimpanan – Amplang yang sudah siap, dibungkus dalam plastik kedap udara kemudian disimpan pada suhu bilik serta jauhkan daripada pancaran cahaya matahari dan selamat daripada serangan serangga.
Rujukan
Pautan luar
- Amplang Diarkibkan 2012-02-13 di Wayback Machine di portal rasmi Jabatan Perikanan Malaysia.