Lidah merupakan satu bungkusan otot rangka pada dasar mulut yang menangani makanan bagi mengunyah dan menelan. Ia juga merupakan deri utama bagi rasa. Sebahagian besar permukaan lidah diselitupi dengan bud perasa. Lidah dengan kebolehan banyak pergerakan, membantu membentuk bunyi dalam pertuturan. Ia sensitif dan sentiasa dilembapkan oleh kelenjar air liur, dan kaya dengan deria dan salur darah bagi membenarkan ia bergerak.
Pembelit lidah "tongue twister" adalah farsa khas bagi menyukarkan ia disebut. Contoh pembelit lidah adalah : Gajah lalu lalang layu. Satu contoh lain adalah Buaya biawak (disebut berulang-ulang dengan cepat.) Contoh bahasa Inggeris: "She sells seashells by the seashore", atau "Peter Piper picked a peck of pickled peppers. If Peter Piper picked a peck of pickled peppers, how many pickled peppers did Peter Piper pick?" Pembelit lidah bertujuan membelit lidah anda.
Anatomi
Struktur
Lidah kebanyakannya terdiri dari otot rangka. Lidah menjulur lebih jauh dari apa yang biasa dilihat, melepasi sempadan posterior mulut dan kedalam oropharynx.
Lidah sebagai makanan
Lidah sesetengah haiwan dimakan dan kadang kala dianggap istimewa. Di Amerika dan British, lidah lembu adalah lebih biasa. Sandwich lidah pedas sring terdapat dalam menu di Kosher delicatessen dan di Amerika. Di British lidah boleh didapati di kedai runcit tempatan, di mana ia sering kali dijual sebagai daging hirisan bentuk semula selepas dihancurkan dan dikeraskan dalam geletin. Taco de lengua (lengua dalam Sepanyol bagi lidah) merupakan taco yang diisi dengan lidah lembu, dan amat popular dalam masakan Mexico. Lidah juga disediakan sebagai birria. Lidah itik kadang kala digunakan dalam masakan Szechuan, sementara lidah biri-biri kadang kala dihidangkan dalam masakan Kontinental dan Amerika semasa. Goreng lidak ikan kod adalah biasa dalam hidangan ikan di Norway dan Newfoundland dan Labrador.
Lidah juga digunakan dalam penghasilan sosage. Secara sejarah, lidah buffalo pada satu masa dianggap hidangan halus khas, dan merupakan satu sebab Bison Amerika diburu oleh manusia sehingga hampir pupus.
Gambar tambahan
-
Bukaan pada larynx, dilihat dari belakang.
-
Seksion sagittal bagi hidung, mulut, pharynx, dan larynx.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lidah |
Cari Lidah dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |