Ketoprak adalah makanan khas Indonesia yang menggunakan ketupat yang senang dijumpai. Biasanya ketupat dijual menggunakan kereta sorong di jalanan atau penjaja di kaki lima. Perkatataan ini berasal dari gabungan kata iaitu ketupat, tauge dan digeprak (Di Indonesia: ketupat, toge dan digeprak.).[1]
Bahan utama untuk membuat ketoprak adalah tauhu, bihun, timun, tauge, dan anda juga boleh menggunakan telur rebus dengan kuah kacang, kicap manis, dan taburan bawang merah goreng.[2] Boleh juga dihidangkan dengan keropok tambahan atau emping. Beberapa versi merangkumi tempe sebagai komponen. Alat yang digunakan untuk memproses ketoprak tidak sukar anda hanya memerlukan alu dan lesung dan pisau.