Baset[a] ialah subjenis anjing pemburu bau yang sengaja dibiakbakakan dengan tungkai pendek, yang digunakan untuk berburu seiring dengan pemburu yang menemani hound pemburu secara berjalan kaki.
Sejarah
Baset pada asalnya dikembangkan di Perancis dan kemudian tersebar ke serata Eropah dan ke seluruh dunia.[1][2] Nama baset (basset dalam bahasa Perancis) diterbitkan daripada perkataan bahasa Perancis bas yang memaksudkan "rendah", iaitu rujukan kepada pendiriannya.[1] Baset dipercayai dibiakbakakan daripada hound jenis Santo Hubert, dengan pembiak baka yang mengambil kesempatan daripada mutasi genetik yang menghasilkan tungkai pendek untuk mengembangkan anjing bertubuh lebih kecil dan berpenghiduan dalam.[1][3] Anjing bertungkai pendek ini sengaja dibiakbakakan untuk membolehkan pemburu menemani hound pemburu secara berjalan kaki, berbanding dengan mengikuti perburuan secara berkuda; pendirian lebih kecilnya menjadikannya lebih perlahan dan lebih mudah untuk disusuli secara berjalan kaki.[1][3]
Keterangan pertama tentang baset adalah pada abad ke-16 oleh Jacques du Fouilloux dalam karya beliau La vénerie ("Perburuan"), yang menyatakan bahawa ia terdapat di rantau Artois dan Flandre.[1][3] Du Fouilloux menerangkan dua jenis baset; yang pertama berlapis bulu pendek dengan tungkai hadapan bengkok dan digunakan untuk berburu di atas tanah serta untuk mengejar buruan ke bawah tanah; yang kedua kerap berlapis bulu kasar dengan tungkai hadapan lebih lurus dan hanya mengejar buruan di atas tanah.[3] Perburuan secara berjalan kaki dengan basset mengalami peningkatan pesat dari segi kepopularan di Perancis selepas Revolusi Perancis pada lewat abad ke-18, apabila perburuan dengan hound besar secara berkuda hampir dihapuskan di Perancis kerana itu secara tradisional dikhususkan untuk kebangsawanan.[1]
Perihal
Baset mempunyai keserupaan tinggi dengan baka hound lebih besar dan bertungkai panjang, khususnya anjing pemburu darah, walaupun dengan pendirian lebih kecil.[1] Tungkai hadapan baset cenderung sama ada bengkok atau lurus, bergantung kepada baka; jenis dan warna lapis bulu yang terlihat dalam baka basset berlainan mencerminkan yang terlihat dalam jenis lebih luas anjing pemburu bau, dengan lapis bulu pendek, panjang, dan dawai yang kesemuanya terdapat.[1][3]
Kegunaan
Baset berburu dalam kawanan dan digunakan secara tradisional untuk berburu dengan dua cara; dengan cara pertama, anjing menjejaki buruannya dengan bising kepada pemburu menunggu dengan senjata yang menembak buruan; dengan cara kedua, anjing mengejar buruan sehingga menangkap buruan tersebut.[2] Kawanan baset masih digunakan untuk memburu pelbagai buruan, khususnya kelinci dan arnab, tetapi juga digunakan untuk menggarah burung buruan dengan cara serupa seperti spaniel.[3]
Baka
Baka baset beriktiraf termasuk baset Artois Normandie, baset biru Gascogne, baset perang Bretagne, baset grifon besar Vendée, dan baset grifon kecil Vendée dari Perancis dan anjing pemburu baset dari Great Britain.[4]
Baka lain asal bukan Perancis yang kerap dianggap bersebelahan dengan baset termasuk anjing pemburu bejar Alp dari Austria, anjing pemburu berkaki pendek Bern, anjing pemburu berkaki pendek Jura, anjing pemburu berkaki pendek Luzern, dan anjing pemburu berkaki pendek Schwyz dari Switzerland, drever dari Sweden, dan anjing pemburu bejar Westfalia dari Jerman.[2]
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ a b c d e f g h Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 39, 89–92. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
- ^ a b c Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 123–138. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c d e f Hancock, David (22 Januari 2014). Hounds: Hunting by Scent [Hound: Perburuan dengan Bau] (dalam bahasa Inggeris) (ed. berilustrasi). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 71–77. ISBN 9781847976017. OCLC 862761249.
- ^ Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 154. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.