Anjing pengutip (bahasa Inggeris: retriever ) ialah sejenis gundog yang mengutip buruan untuk pemburu. Pada umumnya, gundog terbahagi kepada tiga pengelasan utama: anjing pengutip, spaniel penggarah, dan anjing penuding. Anjing pengutip dibiakbakakan terutamanya untuk mengutip burung atau mangsa lain dan mengembalikan kutipan itu kepada pemburu tanpa kerosakan; anjing pengutip dibezakan dengan pengutipan tanpa gelincir sebagai fungsi utamanya. Hasilnya, baka anjing pengutip dibiakbakakan untuk mulut lembut dan kesanggupan tinggi untuk menyenangkan hati, belajar, dan patuh. Mulut lembut merujuk kesanggupan anjing untuk membawa buruan di dalam mulutnya tanpa menggigit buruan itu. "Mulut keras" pula ialah kecacatan serius pada anjing pemburu dan sangat sukar dibetulkan. Anjing bermulut keras menjadikan buruan tidak elok atau paling teruk tidak boleh dimakan.
Kesanggupan untuk menyenangkan hati, sifat sabar, dan kebolehlatihan pada anjing pengutip telah menjadikan baka seperti anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan popular sebagai anjing pembantu orang kurang upaya. Reputasi cemerlang anjing pengutip telah menjadikan kedua-dua anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan antara 10 baka anjing terbaik untuk kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia.[1]
Jangka hayat
Purata jangka hayat anjing pengutip ialah kira-kira 10–12 tahun. Sesetengah anjing dapat hidup sehingga usia 15 tahun.[2]
Baka anjing pengutip
- Anjing pengutip berbulu keriting
- Anjing pengutip berbulu rata
- Anjing pengutip keemasan
- Anjing pengutip Labrador
- Anjing pengutip pemburu itik Nova Scotia
- Anjing pengutip Sungai Murray
- Anjing pengutip Teluk Chesapeake
Anjing lain dengan kemahiran pengutipan
- Anjing air Portugis
- Anjing air Sepanyol
- Barbet
- Blackmouth cur
- Blue lacy
- Drentsche patrijshond
- Grifon penuding berbulu dawai
- Kokerspaniel Amerika
- Kokerspaniel Inggeris
- Anjing Newfoundland
- Anjing penuding berbulu dawai Hungary
- Anjing penuding berbulu dawai Jerman
- Anjing penuding berbulu panjang Jerman
- Anjing penuding berbulu pendek Hungary
- Anjing penuding berbulu pendek Jerman
- Anjing penuding Friesland (stabyhoun)
- Anjing penuding Inggeris
- Pudel
- Anjing puyuh Jerman
- Seter Gordon
- Seter Inggeris
- Seter Ireland
- Spaniel air Amerika
- Spaniel air Ireland
- Spaniel biru Picardie
- Spaniel Boykin
- Spaniel Bretagne
- Spaniel Clumber
- Spaniel Pont-Audemer
- Spaniel Sussex
- Spinone Itali
- Springerspaniel Inggeris
- Springerspaniel Wales
- Terier Tibet
- Anjing Weimar
Lihat juga
- Anjing air St. John's, juga anjing Newfoundland kecil, pendahulu pupus kepada anjing Newfoundland dan leluhur kepada anjing pengutip moden, termasuk anjing pengutip berbulu rata, anjing pengutip Teluk Chesapeake, anjing pengutip keemasan, dan anjing pengutip Labrador
- Senarai baka anjing
- Ujian padang
- Ujian perburuan
Rujukan
- ^ "The 10 Best Dogs for Kids and Families" [10 Anjing Terbaik untuk Kanak-kanak dan Keluarga]. petMD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mei 2024.
- ^ "Learn About the Enthusiastic Golden Retriever" [Belajar tentang Anjing Pengutip Keemasan yang Bersemangat] (dalam bahasa Inggeris).
- Fergus, Charles (1 Ogos 2002). Gun Dog Breeds: A Guide to Spaniels, Retrievers, and Pointing Dogs [Baka Gundog: Panduan untuk Spaniel, Anjing Pengutip, dan Anjing Penuding] (dalam bahasa Inggeris). Guilford, Connecticut, Amerika Syarikat: The Lyons Press. ISBN 9781585746187. OCLC 50243124.
- Smith, Steve, penyunting (2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen [Ensiklopedia Anjing Sukan Amerika Utara: Dikarang oleh Ahli Sukan untuk Ahli Sukan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Minocqua, Wisconsin, Amerika Syarikat: Willow Creek Press. m/s. 107–125. ISBN 9781572235014. OCLC 49277228.