Nama lain | Poacher's dog | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Great Britain dan Ireland | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Lurcher[a] ialah anjing baka silang yang terhasil daripada pengawanan grehaun atau anjing pemburu penglihatan lain dengan anjing daripada lagi satu jenis seperti anjing gembala atau terier. Lurcher bukan "baka", tetapi merupakan penerang generik bagi sekumpulan anjing berlainan. Ia selama beratus-ratus tahun sangat terkait dengan pemburuan haram; pada zaman moden, ia dibela sebagai anjing pemburu atau anjing teman.
Sejarah
Lurcher ialah istilah Inggeris lama untuk anjing baka silang; khususnya, hasil daripada pengawanan anjing pemburu penglihatan dengan anjing daripada lagi satu jenis, biasanya baka pekerja. Istilah ini pertama kali digunakan dengan makna ini pada tahun 1668; perkataan ini dianggap diterbitkan daripada kata kerja lurch, yang kelihatanya merupakan bentuk varian bagi lurk, yang memaksudkan menghendap atau mencuri.[1][2][3] Kecenderungan untuk "meronta-ronta" dan "memotong" dan bukannya "menyusur" dianggap tidak adil dan sebagai pelanggaran "Undang-undang Cawak".[4]
Di England dari tahun 1389, hak untuk membela anjing daripada sebarang jenis yang digunakan dalam perburuan[5] dibatasi oleh undang-undang kepada mereka yang layak dengan memiliki tanah, pegangan, atau pendapatan yang bernilai lebih daripada sepuluh paun setahun; lain kata, kerabat diraja, kebangsawanan, ningrat, dan orang kaya.[6] Undang-undang ini, walaupun berulang kali diubah suai, kekal berkuat kuasa sehingga tahun 1831.[1] Hasilnya, pemburu dan pemburu haram membiakbakakan anjing pemburu penglihatan dengan baka yang dapat menyamarkan susur galur anjing pemburu penglihatannya, kerap di bawah lapis bulu kasar tebal, sambil menambahkan kebolehan lain termasuk kecerdasan, stamina, atau kelajuan belok. Anjing yang terpilih untuk ini dapat menjadi anjing ladang tersedia, yang kerap collie atau terier.
Pada abad kesembilan belas, perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesetengah grehaun rantauan berbulu kasar, yang dilarang daripada pertandingan oleh kelab-kelab coursing seperti Swaffham dan Newmarket, kerana tanggapan bahawa anjing ini memotong "giliran" untuk membunuh dan bukannya mengerjakan kelinci untuk mendapatkan mata.[7]
Perihal
Lurcher ialah silangan, yang pada umumnya antara anjing pemburu penglihatan dengan baka anjing pekerja. Pada umumnya, tujuan silangan adalah untuk menghasilkan anjing pemburu penglihatan dengan lebih kecerdasan, haiwan pintar yang sesuai untuk pemburuan haram arnab, kelinci, dan burung buruan. Lama-kelamaan, pemburu haram dan pemburu sah mendapati bahawa penyilangan baka tertentu dengan anjing pemburu penglihatan menghasilkan anjing yang lebih sesuai untuk tujuan ini, dengan adanya kombinasi kelajuan dan kecerdasan lurcher.[8] Pada zaman lebih terkini, penyilangan baka anjing pemburu penglihatan berlainan antara satu sama lain (cth. grehaun dengan saluki) telah menjadi lebih lazim. Anjing ini secara tradisional dipanggil longdog tetapi kini "lurcher" digunakan untuk anjing ini juga.[9]
Kegunaan
Lurcher dibiakbakakan secara tradisional di England untuk membantu pemburu haram dalam pemburuan arnab dan kelinci. Di seluruh dunia, ia dibela sebagai anjing sukan dan haiwan peliharaan keluarga,[10] atau untuk bertanding dalam sukan seperti lure coursing dan perlumbaan anjing. Di Amerika Syarikat, ia mungkin bertanding dalam acara lure coursing melalui AKC dan UKC.[11][12] Baka silang tidak didaftarkan dan diiktiraf secara formal oleh mana-mana kelab kenel utama. Di Amerika Utara, Canadian Kennel Club boleh melucutkan hak daripada anggota kelab jika telah terbukti membiakbakakan mana-mana baka seperti dalam pewujudan lurcher; di Amerika Syarikat, lurcher boleh didaftarkan dengan North American Lurcher and Longdog Association.[13]
Catatan
- ^ Jawi: لرچر , Sebutan bahasa Melayu: [lərt͡ʃər]; bahasa Inggeris: lurcher
Rujukan
- ^ a b Russell (2018), m/s. 29.
- ^ "lurcher". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Dicapai pada 21 Disember 2024.
- ^ "lurch". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Dicapai pada 21 Disember 2024.
- ^ Johnson, Thomas Burgeland (1848). The Sportsman's Cyclopaedia: Comprising a Complete Elucidation of the Science and Practice of Hunting, Shooting, Coursing, Racing, Fishing, Hawking, Cockfighting, and Other Sports and Pastimes of Great Britain, Interspersed with Entertaining and Illustrative Anecdotes [Siklopedia Ahli Sukan: Merangkumi Penerangan Lengkap tentang Sains dan Amalan Perburuan, Penembakan, Coursing, Perlumbaan, Memancing, Hawking, Sabung Ayam, dan Sukan dan Kegiatan Masa Lapang Lain di Great Britain, Diselang dengan Anekdot Menghiburkan dan Ilustratif] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Henry George Bohn. OCLC 4953884.
- ^ The Statutes at Large from the Magna Charta, to the End of the Reign of King Henry the Sixth [Statut-statut secara Keseluruhan daripada Magna Carta, hingga Penghujung Pemerintahan Raja Henry yang Keenam] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom. 1763.
None shall hunt but they which have sufficient living"; terjemahan: "Tiada yang boleh berburu melainkan yang cukup pendapatan"; bahasa Inggeris-Norman zaman itu: "null leverer, ne lerce, nautre chien pur chacer"; terjemahan: "tiada grehaun, hound, mahupun anjing lain untuk berburu" ("no greyhound, hound nor other dog to hunt
- ^ Kelhalm, Robert (1779). "lerce-hound". A Dictionary of the Norman or Old French Language (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. m/s. 135.
- ^ Russell (2018), m/s. 88.
- ^ Plummer, David Brian (1 November 1979). The Complete Lurcher [Lurcher Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). Woodbridge, Suffolk, United Kingdom: Boydell Press. ISBN 9780851151182. OCLC 15674881.
- ^ "Why Lurchers Make Great Pets" [Sebabnya Lurcher Merupakan Haiwan Peliharaan Sesuai] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Galway SPCA. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 31 Januari 2024. Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ Drakeford, Jackie (2003). The House Lurcher [Lurcher Rumah] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 9781904057345. OCLC 59306040.
- ^ "Lure Coursing" [Lure Coursing] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Lure Coursing" [Lure Coursing] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Lure Coursing, Amateur Whippet & Sighthound Racing - NALLA Overview" [Lure Coursing, Perlumbaan Amatur Whippet dan Anjing Pemburu Penglihatan - Gambaran Keseluruhan NALLA] (dalam bahasa Inggeris). Sighthounds Afield. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2015. Dicapai pada 27 Mei 2024.
Bibliografi
- Russell, Edmund (2018). Greyhound Nation: A Coevolutionary History of England, 1200–1900 [Bangsa Grehaun: Sejarah Evolusi Bersama England, 1200–1900] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. doi:10.1017/9781139049269. ISBN 9781139049269. OCLC 1020029963.
Bacaan lanjut
- Cannadine, David (24 Oktober 1990). The Decline and Fall of the British Aristocracy [Kemerosotan dan Kejatuhan Aristokrasi British] (dalam bahasa Inggeris). New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat: Yale University Press. ISBN 9780300047615. OCLC 21372668.
- Coaten, Arthur Wells (1909). British Hunting: A Complete History of the National Sport of Great Britain and Ireland from Earliest Records [Perburuan British: Sejarah Lengkap Sukan Kebangsaan Great Britain dan Ireland daripada Rekod Terawal] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Sampson Low, Marston & Company. OCLC 11815261.
- Griffin, Emma (13 November 2007). Blood Sport: Hunting in Britain since 1066 [Sukan Darah: Perburuan di Britain sejak 1066] (dalam bahasa Inggeris). New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat: Yale University Press. ISBN 9780300116281. OCLC 76901835.
- Lewis, Barry (31 Oktober 2009). Hunting in Britain: From the Ice Age to the Present [Perburuan di Britain: Dari Zaman Air Batu hingga Zaman Kini] (dalam bahasa Inggeris). Stroud, United Kingdom: The History Press. ISBN 9780752448022. OCLC 315084782.
- Manning, Roger Burrow (21 Oktober 1993). Hunters and Poachers: A Social and Cultural History of Unlawful Hunting in England, 1485–1640 [Pemburu dan Pemburu Haram: Sejarah Sosial dan Budaya Perburuan Haram di England, 1485–1640] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Oxford University Press. doi:10.1093/acprof:oso/9780198203247.001.0001. ISBN 9780198203247. OCLC 28115660.
- Munsche, P. B. (26 November 1981). Gentlemen and Poachers: The English Game Laws 1671–1831 [Budiman dan Pemburu Haram: Undang-undang Buruan Inggeris 1671–1831] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 9780521232845. OCLC 7552212.
- Ritvo, Harriet (1987). The Animal Estate: The English and Other Creatures in the Victorian Age [Estet Haiwan: Makhluk Inggeris dan Makhluk Lain pada Zaman Victoria] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat: Harvard University Press. ISBN 9780674037076. OCLC 15659972.
- Thompson, Edward Palmer (1975). Whigs and Hunters: The Origin of the Black Act [Whig dan Pemburu: Asal Usul Akta Black] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Allen Lane. ISBN 9780713909913. OCLC 3001684.