Nama lain | TWC | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Walker | ||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Treeing Walker coonhound[a] ialah satu baka hound yang diturunkan daripada anjing pemburu rubah Inggeris dan anjing pemburu rubah Amerika. Baka ini berasal dari Amerika Syarikat apabila seekor anjing curian yang dikenali sebagai "Tennessee Lead" disilangkan ke dalam anjing pemburu Walker pada abad ke-19.[1] Treeing Walker coonhound diiktiraf secara rasmi sebagai baka oleh United Kennel Club pada tahun 1945 dan oleh American Kennel Club pada tahun 2012.
Treeing Walker coonhound dibiakbakakan terutamanya untuk memburu rakun, tetapi ia juga digunakan terhadap buruan lain seperti rusa, beruang, bobcat, atau kugar. Baka ini lantang dengan lolongan distingitif yang membolehkan pemiliknya mengenal pasti anjing sendiri dari jarak jauh. Ia mempunyai suara jelas dan berdering yang berubah menjadi cop mantap di pokok. Treeing Walker coonhound cenderung untuk melakukan yang terbaik di rumah kerja.
Sejarah
Treeing Walker coonhound dikembangkan pada era kolonial daripada silangan anjing pemburu rubah Inggeris. John W. Walker dan George Washington Maupin, itiu dua orang pembiak baka dari Kentucky, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Virginia, dikreditkan atas perkembangan awal baka ini.[2] Anjing yang dibiakbakakan oleh mereka dirujuk sebagai Walker Hound ("anjing pemburu Walker") dan digunakan untuk memburu rakun. Pada tahun 1800-an, seekor anjing hitam dan coklat yang dicuri bernama Tennessee Lead disilangkan ke dalam anjing pemburu Walker. Tennessee Lead mempunyai asal usul yang tidak diketahui, tetapi ia sebesarnya mempengaruhi anjing pemburu Walker.[2] Walker Coonhound, Treeing, pertama kali diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) pada tahun 1905 sebagai sebahagian daripada baka anjing pemburu rakun Inggeris,[2] atas permintaan pembiak baka. Nama itu kemudiannya diubah kepada Treeing Walker Coonhound dan ia diiktiraf sepenuhnya sebagai baka terpisah pada tahun 1945.[3] Ia telah diiktiraf oleh American Kennel Club (AKC) pada Januari 2012, lalu menjadikannya baka beriktiraf ke-174 AKC.[4][5]
Ciri
Treeing Walker Coonhound mungkin memberikan gambaran anjing pekerja. Menurut piawaian UKC, ia mungkin berdiri setinggi 20–27 inci (51–69 cm) pada kebalighan dengan berat berperkadaran.[3] Julat berat lazim ialah 50–70 paun (23–32 kg) dengan jantan yang lebih besar daripada betina.[6][7]
Tengkoraknya patut lebar dengan muncung panjang dan telinga panjang tergantung. Matanya gelap dan mempunyai ekspresi lembut. Keempat-empat tungkai patut lurus apabila dilihat dari arah hadapan atau dari arah belakang, dengan kaki padat mirip kucing. Dalam pertunjukan pengakuran, kebutaan atau kepekakan ialah syarat penyingkiran.[3] Lapis bulu licinnya halus dan licau dan terdapat dalam corak triwarna dan dwiwarna. Triwarna, iaitu putih dengan tanda-tanda hitam dan sawo matang, diutamakan, walaupun anjing dwiwarna, iaitu hitam dan putih atau sawo matang dan putih, dapat diterima.[3]
Treeing Walker coonhound mempunyai lolongan jelas semasa menjejak, yang patut berubah kepada "cop" tersendiri apabila ber-treeing. Perangainya patut baik hari tetapi tidak takut dan berani dalam perburuan.[3][8] Treeing Walker coonhound dibiakbakakan terutamanya untuk mulut, rupa, dan keupayaan. Ia pertama-tama merupakan anjing pemburu,[9] walaupun ia boleh dibela sebagai anjing peliharaan. Ia diperihalkan sebagai anjing yang penyayang dan baik dengan kanak-kanak, tetapi tenaganya memerlukan saluran keluar dan ia mesti dilatih.[10] Treeing Walker coonhound hidup selama purata tempoh 12 hingga 13 tahun.[7]
Perangai
Treeing Walker coonhound adalah penyayang, cerdas, yakin, dan suka berinteraksi dengan manusia. Ia merupakan anjing pendamping bagus untuk pemilik yang memahami ciri-ciri baka ini dan sanggup bekerja dengan sifat baka ini sebagai anjing pemburu. Mengenai bau, ia tidak kenal lelah, berjaga-jaga, dan sengit. Di rumah, ia adalah pencinta keselesaan yang lembut dan sensitif.
Treeing Walker coonhound bergaul dengan baik dengan anjing lain dan dengan kanak-kanak. Seperti kebanyakan hound, ia berperangai sekata dan sukar untuk dijengkelkan atau didorong ke arah agresi terhadap orang atau anjing lain. Dengan pelatihan, ia dapat hidup bersama dengan haiwan kecil seperti kucing, walaupun terdapat sifat sebagai pemburu buruan haiwan kecil.[perlu rujukan]
Perburuan
Naluri penjejakan kuat treeing Walker coonhound menjadikannya popular sebagai anjing pemburu, terutamanya untuk beruang, kugar, dan bobcat.[11] Melalui perburuan secara solo atau dalam kawanan dua ekor anjing atau lebih, ia digunakan untuk menjejak dan mengejar rakun, bobcat,[12] kugar, dan beruang ke atas pokok. Anjing individu mungkin mahir menangkap haiwan kecil seperti tupai, tikus rumah, oposum, dan skunk.
Oleh sebab kelajuannya, treeing Walker coonhound dapat digunakan sebagai anjing pemburu rusa di negeri-negeri yang mengizinkan pemburuan haiwan bertanduk dengan anjing.[2]
Walaupun treeing Walker coonhound paling terkenal sebagai anjing pemburu rakun, ia merupakan salah satu anjing dengan hidung paling malis yang ada dan merupakan hound paling popular untuk pertandingan pemburuan rakun.[2][13][14] Treeing Walker coonhound merupakan antara yang paling popular kerana ia terkenal dengan kelajuan, hidung malis, dan kecerdasan dan juga kerana tidak agresif seperti anjing pemburu Plott. Hidung malis dan kecerdasannya menjadikannya jauh lebih baik untuk pemburuan bobcat dan kugar, kerana haiwan-haiwan ini biasanya lebih sukar untuk dijejaki berbanding dengan beruang atau rakun.
Lihat juga
- Senarai baka anjing
- Anjing pemburu rakun
- Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis
- Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis
Catatan
Rujukan
- ^ "The Maupins, the Walkers, and Tennessee Lead" [Maupin, Walker, dan Tennessee Lead] (dalam bahasa Inggeris). 20 November 2018.
- ^ a b c d e Lamb, Vickie (22 September 2015). The Ultimate Hunting Dog Reference Book: A Comprehensive Guide to More than 60 Sporting Breeds [Buku Rujukan Anjing Pemburu Muktamad: Panduan Komprehensif untuk Lebih daripada 60 Baka Sukan] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Skyhorse Publishing. ISBN 9781634504621. OCLC 922000664.
- ^ a b c d e "Standard for the Treeing Walker Coonhound" [Piawaian untuk Treeing Walker Coonhound] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2016. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ "Treeing Walker Coonhound Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Treeing Walker Coonhound]. American Kennel Club. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ Skarda, Erin (25 Januari 2012). "New Dog Breeds: Treeing Walker Coonhound Is Newest AKC Member - TIME.com" [Baka Anjing Baharu: Treeing Walker Coonhound ialah Anggota Terbaharu AKC - Time.com]. Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ "Treeing Walker Coonhound Dog Breed Information - Continental Kennel Club" [Maklumat Baka Anjing Treeing Walker Coonhound - Continental Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). Continental Kennel Club. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ a b De Vito, Dominique; Russell-Revesz, Heather; Fornino, Stephanie (2009). World Atlas of Dog Breeds [Atlas Dunia tentang Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 866. ISBN 9780793806560. OCLC 262432407.
- ^ "Rare Breed Network: Treeing Walker Coonhound Standard" [Rare Breed Network: Piawaian Treeing Walker Coonhound] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ Ahring, Curt. "Treed.tv". 314-315-6650 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2019. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ "Best In Show Daily" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2018. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ "The Westminster Kennel Club - Breed Information: Treeing Walker Coonhound" [Westminster Kennel Club - Maklumat Baka: Treeing Walker Coonhound] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2016. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ Field & Stream (dalam bahasa Inggeris). 76. 1 November 1971. ISSN 8755-8599 – melalui Google Books.
- ^ "Hunting Deer with Dogs [Adopt, Train and Hunt]" [Memburu Rusa dengan Anjing [Adopsi, Latih, dan Buru]] (dalam bahasa Inggeris). IBC7 Outdoors. 14 April 2021. Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ Walkowicz, Chris; Wilcox, Bonnie (16 Januari 1994). Successful Dog Breeding: The Complete Handbook of Canine Midwifery [Pembiakbakaan Anjing Berjaya: Buku Panduan Lengkap Kebidanan Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876057407. OCLC 28024572.
Pautan luar
- Treeing Walker Coonhound Rarebreeds Article on Treeing Walker Coonhound (dalam bahasa Inggeris)
- Video and more information on Treeing Walker Coonhounds (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 1 Januari 2019 di Wayback Machine
- Continental Kennel Club - Treeing Walker Coonhound Standard (dalam bahasa Inggeris)
- AKC - Treeing Walker Coonhound Standard (dalam bahasa Inggeris)