Yang berikut ialah senarai baka, keragaman, landrace, dan jenis anjing pupus.
Senarai baka, keragaman, landrace, dan jenis anjing pupus
Nama | Imej | Catatan |
---|---|---|
Anjing air Moscow | ![]() |
Anjing air Moscow juga dikenali sebagai anjing penyelam Moscow atau anjing pengutip Moscow; diterbitkan di Kesatuan Soviet daripada anjing Newfoundland, anjing gembala Kaukasus, dan anjing gembala Eropah Timur. |
Anjing air St. John's | ![]() |
Baka Kanada yang digunakan oleh nelayan Newfoundland dan Labrador; setelah diturunkan daripada anjing Eropah import yang dibawa ke Dunia Baru menaiki kapal nelayan, ia dianggap sebagai progenitor kepada anjing pengutip Labrador.[1] |
Alaunt | ![]() |
Anjing berlari besar yang digunakan semasa Zaman Pertengahan untuk menumpaskan dan menumbangkan haiwan buruan untuk dikutip oleh pemburu; ia digambarkan mempunyai tubuh grehaun dengan kepala lebar dan pendek jenis brakisefalik.[2] |
Beagle desa utara | ![]() |
Sebagai anjing pemburu bau bersaiz sederhana British yang digunakan untuk memburu arnab, ia dikatakan bersaiz lebih kecil, dengan hidung lebih tajam dan lebih pantas daripada anjing pemburu selatan kontemporari; ia dipercayai sebagai salah satu baka pengasas bagi anjing pemburu rubah Inggeris moden.[3] |
Anjing beruang Tahltan | ![]() |
Baka anjing yang datang ke Kanada pada penghijrahan awal dan menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Ia dikembangkan oleh orang Tahltan. |
Anjing botak Afrika | ![]() |
Anjing botak Afrika, yang juga dikenali sebagai terier pasir Habsyah dan anjing pasir Afrika antara banyak nama lain, terdapat di Mesir, di Habsyah, dan dalam kalangan orang Zulu. |
Buckhound | ![]() |
Baka anjing pemburu bau Inggeris; digunakan untuk memburu rusa rang dalam kawanan.[4] |
Buldog lama Inggeris | ![]() |
Baka anjing kecil terkhusus jenis mastif British yang dikembangkan dari abad ke-16 untuk sukan darah pengumpanan lembu dan laga anjing; larangan kebanyakan sukan darah pada tahun 1835 menyaksikan kemerosotan baka ini, walaupun sesetengahnya dikekalkan sebagai anjing pendamping dan dibiakbakakan menjadi buldog moden.[5] |
Buldog mainan | ![]() |
Baka British yang merupakan versi katik bagi buldog, popular pada lewat era Victoria sebagai anjing pendamping; ia dianggap sebagai progenitor kepada buldog Perancis (yang mendahuluinya dari segi kepopularan) dan rekod terakhir baginya adalah pada tahun 1914.[6] |
Bullenbeißer | ![]() |
Mastif pemburu Jerman yang dikenali dari Zaman Pertengahan, digunakan untuk memburu rusa merah, babi hutan, dan malah beruang; ia dianggap sebagai progenitor kepada bokser.[7] |
Chien-gris | Sebagai baka anjing pemburu bau Perancis yang dikenali pada Zaman Pertengahan, ia dikatakan telah diperkenalkan ke Perancis dari timur oleh Raja Louis IX apabila baginda pulang daripada Perang Salib.[8] | |
Anjing Chiribaya | Baka gembala yang dikembangkan oleh budaya Chiribaya di Peru barat daya.[9][10] | |
Cur | ![]() |
Sebagai baka anjing gembala British yang digunakan oleh penggiring lembu di England, ia terkenal kerana ekor kontot distingtifnya; ia berkemungkinan pupus pada pertengahan abad ke-19.[11] |
Anjing Dalbo | ![]() |
Anjing Dalbo atau mastif Dalsland ialah baka anjing penjaga haiwan ternakan pupus dari Sweden. |
Dogo Cuba | ![]() |
Baka mastif Cuba yang pada asalnya digunakan untuk pengumpanan lembu, laga anjing, dan penangkapan semula hamba pelarian; dipercayai telah diturunkan daripada mastif Sepanyol yang diperkenalkan, ia pupus pada pertengahan abad ke-20.[12] |
Fila Terceira | ![]() |
Sebagai anjing jenis mastif dari Kepulauan Azores,[13] ia merupakan leluhur kepada kedua-dua anjing lembu São Miguel dan fila Brazil. |
Anjing gembala Cumberland | ![]() |
Anjing gembala British dari Cumberland yang sangat serupa dengan collie sempadan; bilangannya merosot mulai pertengahan abad ke-20.[14] |
Anjing gembala kelabu lama Wales | Baka anjing gembala pupus berasal dari Wales.[15] | |
Anjing gembala Lapland | Juga dikenali sebagai lapphund Finland Cockhill; ia pupus pada tahun 1980-an. | |
Grehaun lama Croatia | Baka anjing pemburu penglihatan Croatia yang digunakan untuk meng-course semua bentuk buruan tempatan; ia dikenali sejak Zaman Pertengahan.[16] | |
Halls heeler | ![]() |
Baka anjing gembala lembu Australia yang dibiakbakakan daripada collie Scotland import yang disilangkan dengan dingo; terdapat dakwaan bahawa ia merupakan progenitor kepada anjing lembu Australia.[17] |
Hillman Wales | Baka anjing gembala British dari Wales.[18] | |
Kurī | ![]() |
Ia diperkenalkan ke New Zealand oleh leluhur Polinesia bagi orang Māori semasa penghijrahan mereka dari Polinesia Timur pada abad ke-13 Masihi. |
Anjing kutub Argentina | Baka berbulu panjang yang dikembangkan oleh Tentera Darat Argentina untuk bertindak sebagai anjing kereta luncur salji dalam Program Antartika Argentina negara itu. Penciptaan Sistem Perjanjian Antartika memaksa Argentina untuk mengeluarkan semua anjing dari benua itu, kerana ia merupakan haiwan eksotik. Tentera darat kemudiannya menamatkan program pembiakbakaan anjing mereka dan anjing tersisa dipindahkan ke Patagonia; di sana, kebanyakannya mati akibat penyakit, kerana tempoh sepanjang hidup di Antartika berjauhan daripada anjing lain telah menyebabkannya kehilangan keimunan semula jadi terhadap penyakit lazim anjing. | |
Anjing laga Córdoba | ![]() |
Jenis anjing laga yang dikembangkan di Córdoba, Argentina[19] dan salah satu leluhur kepada dogo Argentina.[20] |
Anjing Lakonia | ![]() |
Anjing pemburu Sparta pupus yang biasanya digunakan untuk perburuan; terkenal kerana kebolehan penghiduannya. |
Limer | ![]() |
Sebagai anjing pemburu bau pada Zaman Pertengahan yang digunakan untuk mengesan rusa merah pada pagi pemburuan rusa, limer dibela dengan cawak dan membawa pemburu ke arah rusa, yang kemudiannya diburu oleh jenis hound lain; limer terkenal kerana kebolehan penghiduannya dan perlu bekerja secara senyap untuk mengelak daripada menyedarkan buruan.[21] |
Anjing Marquesas | ![]() |
Diperkenalkan kepada orang Marquesas oleh leluhur orang Polinesia semasa penghijrahan mereka. |
Mastif Alp | ![]() |
Sebagai anjing jenis mastif yang dikenali di Pergunungan Alp Barat sejak Zaman Pertengahan, kadang-kadang ia didakwa diturunkan daripada anjing yang diperkenalkan ke kawasan itu oleh orang Rom; anjing berbulu pendek yang dipercayai sebagai progenitor kepada anjing Santo Bernard.[22] |
Mastif Belgium | Sebagai baka jenis mastif yang digunakan di seluruh Negara-Negara Pamah sebagai anjing tarikan, ia merupakan anjing besar dan berkuasa dengan lapis bulu licin dan ekor terpotong; peranannya menjadi lewah pada abad ke-20 dan ia kini dipercayai pupus.[23] | |
Anjing Molossus | ![]() |
Anjing besar yang dibela di kerajaan purba Molossis di rantau Epirus; terdapat dakwaan bahawa ia merupakan leluhur kepada mastif.[24] |
Anjing Orang Asli Hare | ![]() |
Mungkin baka anjing, anjing koyote, atau koyote bela jinak; dahulunya terdapat di Kanada dan pada asalnya dibiakbakakan oleh Orang Asli Hare untuk coursing. |
Anjing pemburu Celt | ![]() |
Anjing pemburu Celt ialah baka anjing di Ireland Gaelik yang diterangkan dalam legenda Ireland. Juga dikenali sebagai vertragus, ia merupakan baka popular di serata banyak tamadun purba; dianggap sebagai leluhur kepada baka anjing pemburu penglihatan zaman moden seperti grehaun. |
Anjing pemburu Norman | Baka anjing pemburu bau besar Perancis dari Normandie yang dipercayai sebagai salah satu leluhur kepada anjing pemburu darah; ia pupus pada abad ke-19 apabila pemburu beralih kepada jenis hound lebih pantas.[25] | |
Anjing pemburu perang besar Bretagne | ![]() |
Baka anjing pemburu bau Perancis dari Bretagne yang digunakan untuk memburu serigala dan babi hutan; baka ini pupus pada lewat abad ke-19 selepas penghapusan serigala dari kebanyakan wilayah Perancis.[8] |
Anjing pemburu rubah hitam dan sawo matang Dumfriesshire | Sekawan anjing pemburu rubah British dari Scotland yang dibiakbakakan dalam tempoh antara perang; sebagai gabungan darah anjing pemburu rubah Inggeris, anjing pemburu rubah Wales, anjing pemburu darah, dan anjing pemburu Gascogne Saintonge, ia merupakan kawanan berwarna hitam dan sawo matang yang unik; kawanan itu dibubarkan selepas pemburuan rubah dilarang di Great Britain pada tahun 2002.[26] | |
Anjing pemburu selatan | ![]() |
Anjing pemburu bau bersaiz sederhana British yang digunakan untuk pemburuan kelinci; sebagai hound penghidu mendalam berentak perlahan yang dipercayai berkaitan dengan anjing pemburu darah, ia pupus menjelang penghujung abad ke-18 apabila hound lebih pantas menjadi lebih popular untuk pemburuan kelinci.[27] |
Anjing pemburu Talbot | ![]() |
Anjing pemburu bau putih bersaiz kecil hingga sederhana British yang dikenali dari Zaman Pertengahan Akhir; terkenal kerana kebolehan penghiduannya, ia kerap digunakan untuk mengejar penjenayah; ia dipercayai sebagai progenitor kepada anjing pemburu darah.[28] |
Anjing penjejak Brazil | ![]() |
Anjing pemburu bau yang dibiakkan khusus untuk memburu jaguar; apabila jaguar menjadi terancam dan dilindungi, tujuan baka ini menjadi usang. Baka ini pupus pada tahun 1973 dan kemudiannya dikembalikan melalui pembiakbakaan semula.[29] |
Anjing penuding du Puy | Baka anjing penuding Perancis dari rantau Poitou; terkenal kerana rentaknya berbanding dengan baka anjing penuding Perancis lain, kadang-kadang terdapat dakwaan bahawa darah grehaun atau sloughi digunakan dalam pembiakbakaannya.[30] | |
Anjing penuding lama Sepanyol | Baka anjing penuding Sepanyol yang dikenali dari Zaman Moden Awal; ia dianggap sebagai yang pertama bagi jenisnya yang daripadanya semua baka anjing penuding moden turun.[31] | |
Anjing poi Hawaii | ![]() |
Pye-dog Hawaii yang dibela oleh orang asli Hawaii sebelum penempatan Eropah; anjing poi Hawaii dibela sebagai haiwan peliharaan dan untuk pemakanan oleh manusia, juga memainkan peranan upacara dalam budaya Hawaii; mendapat namanya daripada poi, yang merupakan diet utamanya. Ia pupus selepas pengenalan baka anjing Eropah ke kepulauan itu.[32] |
Anjing Polinesia | Istilah liputan menyeluruh untuk empat baka dalam senarai ini: anjing poi Hawaii, kurī, anjing Marquesas, dan anjing Tahiti (lihat di atas dan di bawah). | |
Anjing putih raja | ![]() |
Baka anjing pemburu bau Perancis yang dibela oleh para raja Perancis daripada Louis XI hingga Louis XV; dikenali sebagai chien blanc du Roi ("anjing putih [milik] Raja") dalam bahasa Perancis, ia pupus apabila Louis XV membubarkan kawanan itu pada tahun 1725.[33] |
Rache | ![]() |
Sebagai hound jenis British pada Zaman Pertengahan, ia merupakan anjing pemburu bau berlari pantas yang digunakan untuk menggiring buruan ke arah pemburu yang menunggu.[34] |
Anjing riba Mexico | ![]() |
Salah satu baka anjing terkecil antara semua baka, berukuran hanya sepanjang 18 sentimeter (7.1 in) dari muncung ke pangkal ekor pada usia dewasa.[35][36] |
Sleuth hound | Baka hound Scotland yang berasimilasi ke dalam anjing pemburu darah moden.[37] | |
Spaniel air Inggeris | ![]() |
Baka gundog British yang diperihalkan sebagai penengah antara spaniel dengan anjing pengutip dari segi penampilan; sangat popular dengan pemburu unggas liar pada pertengahan abad ke-19, ia dianggap sebagai progenitor kepada kedua-dua anjing pengutip berbulu keriting dan anjing pengutip berbulu rata (yang kedua-duanya mengatasinya dari segi kepopularan) dan ia lenyap pada sekitar penghujung abad ke-19.[38] |
Spaniel air Tweed | ![]() |
Baka gundog British dari rantau sempadan England–Scotland; ia digunakan oleh pemburu unggas liar dan dianggap sebagai progenitor kepada anjing pengutip keemasan.[39] |
Spaniel Norfolk | ![]() |
Istilah ini digunakan untuk menyebut spaniel jenis springer yang bukan spaniel Sussex mahupun spaniel Clumber. |
Spaniel pemukat mainan | ![]() |
Baka yang serupa dengan King Charles spaniel. |
Staghound | ![]() |
Baka anjing pemburu bau Inggeris yang digunakan untuk pemburuan rusa merah; dikembangkan pada Zaman Pertengahan, ia serta-merta pupus apabila kawanan terakhir dijual kepada Jerman pada tahun 1826.[40] |
Anjing Tahiti | ![]() |
Baka kecil yang memainkan peranan penting dalam masyarakat peribumi orang Tahiti.[41] |
Techichi | ![]() |
Leluhur kepada anjing Chihuahua moden.[42] |
Terier hitam dan sawo matang | ![]() |
Sebagai baka terier British yang lazim di seluruh Great Britain, ia mempunyai lapis bulu kasar yang berwarna hitam dan sawo matang; kebanyakan baka fell terrier termasuk terier Lakeland, terier Patterdale, terier sempadan, dan terier Wales turun daripadanya.[43] |
Terier Paisley | ![]() |
Baka terier dari Scotland yang dibiakbakakan terutamanya sebagai haiwan peliharaan dan versi anjing pertunjukan bagi terier Skye; ia dianggap sebagai progenitor kepada terier Yorkshire. |
Terier putih Inggeris | ![]() |
Baka terier British dari England yang berpenampilan serba putih; ia merupakan progenitor kepada terier rubah dan salah satu daripada beberapa progenitor kepada bulterier.[44] |
Tesem | ![]() |
Anjing Mesir Purba yang kini pupus.[45] |
Anjing Tierra del Fuego | ![]() |
Bentuk bela jinak bagi culpeo (Lycalopex culpaeus).[46] |
Anjing turnspit | ![]() |
Jenis anjing British yang digunakan di dapur lebih besar untuk berlari di dalam roda yang memutarkan rotiseri; anjing bertungkai pendek ini dikenali dari Zaman Pertengahan, berkemungkinan pupus pada abad ke-19.[47] |
Anjing wul Salish | ![]() |
Anjing wul Salish atau anjing Comox ialah baka anjing jenis spits putih berbulu panjang pupus yang dikembangkan dan dibiakbakakan oleh orang Salish Pantai dari kawasan yang kini merupakan negeri Washington dan British Columbia. Ia diternak untuk bulunya, yang digunakan seperti wul biri-biri. |
Rujukan
Kutipan
- ^ Hancock (2013), m/s. 92–94.
- ^ Cummins (2001), m/s. 14.
- ^ Hancock (2014a), m/s. 62–64.
- ^ Hancock (2014a), m/s. 103–104.
- ^ Morris (2002), m/s. 342–343.
- ^ Morris (2002), m/s. 507–508.
- ^ Fiorone (1973), m/s. 89.
- ^ a b Hörter (2014).
- ^ Collyns (2006).
- ^ Leonard dll. (2002).
- ^ Morris (2002), m/s. 459–460.
- ^ Morris (2002), m/s. 369–370.
- ^ Krämer (2009), m/s. 229.
- ^ Morris (2002), m/s. 408.
- ^ Presberg, Carole L. (6 Ogos 2013). "BORDER COLLIE COUSINS: EXTINCT WORKING COLLIES OF ENGLAND, IRELAND, AND WALES" [SEPUPU COLLIE SEMPADAN: COLLIE PEKERJA PUPUS DARI ENGLAND, IRELAND, DAN WALES] (dalam bahasa Inggeris). Border Collie Museum. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- ^ Morris (2002), m/s. 32.
- ^ Hörter (2006).
- ^ Hancock (2014b), m/s. 11.
- ^ Mulkeen (2009).
- ^ Levin (2010), m/s. 67.
- ^ Cummins (2001), m/s. 22.
- ^ Fogle (2009), m/s. 257.
- ^ Morris (2002), m/s. 666.
- ^ Hancock (2001).
- ^ Morris (2002), m/s. 84.
- ^ Hancock (2014a), m/s. 45.
- ^ Alderton (2000), m/s. 58–59.
- ^ Alderton (2000), m/s. 41, 88.
- ^ "HISTÓRICO" [SEJARAH] (dalam bahasa Portugis). rastreador.urrador.vilabol.uol.com.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- ^ Morris (2002), m/s. 255–257.
- ^ Fogle (2009), m/s. 186.
- ^ Wilcox & Walkowicz (1995), m/s. 494–495.
- ^ Morris (2002), m/s. 83.
- ^ Cummins (2001), m/s. 12, 60–61.
- ^ Mivart (1890), m/s. 163.
- ^ Lydekker (1901), m/s. 552.
- ^ "Sleuth-Hound" [Sleuth-hound] (dalam bahasa Inggeris). Molosser Dogs. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- ^ Hancock (2013), m/s. 138–142.
- ^ Hancock (2013), m/s. 36, 50.
- ^ Gilbey (1913), m/s. 50–71.
- ^ Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 24–29.
- ^ Coile, D. Caroline (8 Julai 2025). "Chihuahua dog" [Anjing Chihuahua]. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- ^ Hancock (1984), m/s. 13.
- ^ Hancock (1984), m/s. 13–15.
- ^ "7 Extinct Dog Breeds That May Be in Your Pup's DNA" [7 Baka Anjing Pupus yang Mungkin dalam DNA Anak Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Cadet Pet. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- ^ Petrigh & Fugassa (2013).
- ^ Morris (2002), m/s. 578.
Bibliografi
- Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
- Collyns, Dan (23 September 2006). "Mummified dogs uncovered in Peru" [Anjing termumia ditemukan di Peru] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- Cummins, John (30 Jun 2001). The Hound and the Hawk: The Art of Medieval Hunting [Anjing dan Helang: Seni Perburuan Zaman Pertengahan] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Phoenix Books. ISBN 9781842120972. OCLC 59511271.
- Fiorone, Fiorenzo (1973). The Encyclopedia of Dogs: The Canine Breeds [Ensiklopedia Anjing: Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Thomas Y. Crowell Co. ISBN 9780690000566. OCLC 624065.
- Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
- Gilbey, Walter (1913). Hounds in Old Days [Anjing pada Zaman Dahulukala] (dalam bahasa Inggeris). Hindhead, United Kingdom: Spur Publications. ISBN 9780904558357. OCLC 5777580.
- Hancock, David (Mei 1984). Old Working Dogs [Anjing Pekerja Lama] (dalam bahasa Inggeris). Princes Risborough, United Kingdom: Shire Books. ISBN 9780852636787. OCLC 12510503.
- Hancock, David (2001). The Mastiffs: The Big Game Hunters: Their History, Development and Future [Mastif: Pemburu Buruan Besar: Sejarah, Perkembangan, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ducklington, United Kingdom: Charwynne Dog Features. ISBN 9780951780114. OCLC 183116227.
- Hancock, David (17 Julai 2013). Gundogs: Their Past, Their Performance and Their Prospects [Gundog: Masa Lalunya, Prestasinya, dan Prospeknya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847974921. OCLC 834977734.
- Hancock, David (22 Januari 2014). Hounds: Hunting by Scent [Hound: Perburuan dengan Bau] (dalam bahasa Inggeris) (ed. berilustrasi). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847976017. OCLC 862761249.
- Hancock, David (28 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847978080. OCLC 883515445.
- Hörter, Ria (September 2006). "Dogs down under: The Australian breeds" [Anjing down under: Baka Australia] (pdf). Dogs in Canada (dalam bahasa Inggeris). Apex Publishing. m/s. 47–53. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- Hörter, Ria (Mei 2014). "Old French Hounds" [Anjing Pemburu Lama Perancis] (pdf). The Canine Chronicle (dalam bahasa Inggeris). Ocala, Florida, Amerika Syarikat: Endeavor Publications. m/s. 250–256. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- Krämer, Eva-Maria (2009). Der große Kosmos-Hundeführer: mit allen 341 FCI-Rassen und 150 zusätzlichen Rassen [Panduan Anjing Kosmos Besar: dengan Semua 341 Baka FCI dan 150 Baka Tambahan] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-5). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440106457. OCLC 317287436.
- Leonard, Jennifer A.; Wayne, Robert Keith; Wheeler, Jane Collins; Valadez Azúa, Raúl; Guillén, Sonia Elizabeth; Vilà Arbonès, Carles (22 November 2002). "Ancient DNA Evidence for Old World Origin of New World Dogs" [Bukti DNA Purba untuk Asal Usul di Dunia Lama bagi Anjing Dunia Baru]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 298 (5598): 1613–1616. Bibcode:2002Sci...298.1613L. CiteSeerX 10.1.1.714.9691. doi:10.1126/science.1076980. ISSN 0036-8075. JSTOR 3832847. PMID 12446908. S2CID 37190220.
- Levin, Larry (12 Oktober 2010). Oogy: The Dog Only a Family Could Love [Oogy: Anjing yang Mampu Disayangi oleh Hanya Sebuah Keluarga] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Grand Central Publishing. ISBN 9780446574877. OCLC 841311771.
- Lydekker, Richard (1901). The New Natural History: Mammals [Sejarah Semula Jadi Baharu: Mamalia] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Merrill and Baker. OCLC 3298019.
- Maida, Juan Carlos (2015). "Breve historia del Perro Polar Argentino" [Sejarah ringkas anjing kutub Argentina] (PDF). Revista de Medicina Veterinaria (dalam bahasa Sepanyol). Sociedad de Medicina Veterinaria. 96 (2): 15–18. ISSN 1852-771X.
- Mivart, St. George Jackson (1890). Dogs, Jackals, Wolves, and Foxes: A Monograph of the Canidae [Anjing, Jakal, Serigala, dan Rubah: Monograf Canidae] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: R. H. Porter. OCLC 2671312.
- Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- Mulkeen, Verity (11 Mei 2009). "Amores Perros: Dog Fighting in Argentina" [Amores Perros: Laga Anjing di Argentina] (dalam bahasa Inggeris). The Argentina Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2013. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- Petrigh, Romina Sandra; Fugassa, Martín Horacio (9 Ogos 2013). "Molecular identification of a Fuegian dog belonging to the Fagnano Regional Museum ethnographic collection, Tierra del Fuego" [Pengenalpastian molekul bagi seekor anjing Tierra del Fuego yang dimiliki oleh koleksi etnografi Muzium Rantauan Fagnano, Tierra del Fuego]. Quaternary International (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 317: 14–18. Bibcode:2013QuInt.317...14P. doi:10.1016/j.quaint.2013.07.030. hdl:11336/25319. ISSN 1873-4553. S2CID 128411775.
- Titcomb, Margaret; Wiggin Pukui, Mary Abigail Kawenaʻulaokalaniahiʻiakaikapoliopele Naleilehuaapele (1969). Dog and Man in the Ancient Pacific, with Special Attention to Hawaii [Anjing dan Manusia di Pasifik Purba, dengan Perhatian Khas kepada Hawaii] (dalam bahasa Inggeris). Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat: Bishop Museum. ISBN 9780910240109. OCLC 62073.
- Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780793812844. OCLC 32596861.