Negara asal | Vietnam | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing belakang permatang Phú Quốc, ridgeback Phú Quốc,[a] atau hanya anjing Phú Quốc[b] ialah satu baka anjing jarang dari pulau Phú Quốc di Wilayah Kiên Giang di Vietnam selatan. Ia merupakan salah satu daripada tiga baka anjing belakang permatang,[1] yang lain merupakan anjing belakang permatang Rhodesia dan anjing belakang permatang Thai. Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa atau mana-mana kelab utama lain.[1] Anjing belakang permatang Phú Quốc ialah salah satu daripada empat baka anjing asli Vietnam, bersama-sama dengan anjing Bắc Hà, anjing Lài, dan anjing berekor kontot Hmong.[2][3][4]
Sejarah
Terdapat banyak perdebatan tentang waktu dan cara ketibaan baka ini di pulau Phú Quốc. Baka ini pada asalnya ialah landrace yang dikembangkan sebagai pendamping separa liar untuk memburu makanan dan menjaga rumah penduduk asli pulau.[5] Penjajah Perancis mengiktiraf anjing tersendiri ini sebagai baka unik pada abad ke-19 dan dua ekor anjing tinggal di Jardin d'Acclimatation di Paris.[6][7] Dalam sejarah, anjing belakang permatang Phú Quốc tidak dibiakbakakan dengan tujuan, sebaliknya bergantung pada pemasangan rawak dalam pengasingan relatif kehidupan pulau untuk terus mengekalkan populasi uniknya. Menurut penduduk asli pulau Phú Quốc, pada asalnya terdapat tiga saiz baka ini, setiap saiz dibiakbakakan secara unik untuk memburu saiz buruan berlainan di rupa bumi berlainan.[8] Malangnya, contoh baka tulen menjadi jarang selepas pengenalan anjing tidak asli ke pulau itu, dengan ramai penulis Perancis yang menyatakan bahawa baka ini hampir pupus menjelang permulaan abad ke-20.[7][9]
Walaupun hampir pupus, kajian genetik menunjukkan bahawa populasi anjing belakang permatang Phú Quốc adalah pelbagai secara genetik.[10] Terdapat sangkaan lazim bahawa anjing belakang permatang Phú Quốc diterbitkan daripada anjing belakang permatang Thai, tetapi penyelidikan terkini menunjukkan yang sebaliknya.[11] Menurut analisis genetik, anjing belakang permatang Phú Quốc paling berkait rapat dengan anjing Pungsan dari Korea.[12] Populasi baka telah meningkat semula semakin minat awam berkembang. Seekor anjing belakang permatang Phú Quốc memenangi pertunjukan anjing Hanoi pada tahun 2013.[13][14] Baka ini dipilih sebagai maskot untuk Jalan Bunga Nguyen Hue tahunan tahun 2018 di Bandar Raya Ho Chi Minh, yang melambangkan Tahun Anjing Qamari menurut zodiak Vietnam.[15]
Anugerah
Pada 6 Disember 2009, dalam "Peraduan Anjing Cantik Kebangsaan 2009" yang dianjurkan buat pertama kali di Vietnam, anjing Phú Quốc memenangi hadiah kedua apabila bertanding dengan pelbagai baka anjing dari Vietnam dan seluruh dunia.[16]
Pada 5 Julai 2011, anjing Phú Quốc dibawa ke Paris buat kali pertama untuk menyertai Pertunjukan Anjing Sedunia FCI 2011 - pertandingan anjing cantik sedunia pada tahun 2011. Pada acara ini, anjing Phú Quốc memenangi hadiah CACS (sijil peringkat dunia untuk anjing cantik, juga dikenali sebagai "Juara Dunia Anjing Phú Quốc").[17] Walau bagaimanapun, anjing Phú Quốc berkenaan diberi keizinan khas untuk ikut serta tetapi tidak dapat bertanding untuk hadiah utama dunia kerana ia tidak tersenarai dalam senarai baka anjing rasmi FCI.
Perihal

Anjing belakang permatang Phú Quốc, yang bersaiz sederhana dengan rupa bentuk hound, tetapi dengan kepala lebih besar dan otot cukup terbentuk, adalah secara genetik dan morfologi berbeza daripada anjing belakang permatang Thai.[11][18] Semua atau sebahagian daripada lidah anjing Phú Quốc berwarna biru dan kaki ialah kaki renang.[perlu rujukan] Anjing belakang permatang Phú Quốc dihargai kerana kebolehan untuk berlari pantas, berenang dengan baik, dan mengikuti sama ada jejak segar atau jejak malis.[1] Sebagai anjing pemburu, ia terkenal kerana keserbagunaannya, kerana bekerja secara individu dan dalam kawanan untuk menumpaskan pelbagai mangsa termasuk mencit, ikan, rusa, dan kerbau.[7][18] Ia juga dapat menjadi anjing kem cemerlang dengan memberikan amaran tentang penceroboh.[7][5][19]
Permatang belakang
Permatang belakang pada anjing belakang permatang Phú Quốc diperihalkan mengikut rupa bentuk, yang terdiri daripada 5 rupa bentuk utama: nota muzik, pedang, pelana, separuh pelana, dan berbentuk anak panah. Fenomena belakang permatang terbentuk apabila tiub saraf terbentuk dalam embriogenesis, lalu membawa kepada ciri orientasi folikel bulu.[perlu rujukan]
Folklor
Dalam folklor Vietnam, anjing Phú Quốc dianggap sebagai "anjing diraja" kerana, dalam sejarah, terdapat empat ekor anjing Phú Quốc yang diperakui secara rasmi oleh Raja Gia Long dalam upacara takzim, tidak lebih rendah daripada gelaran mulia yang dikurniakan kepada pahlawan pengasas Dinasti Nguyễn.[20]
Keempat-empat anjing Phú Quốc (dua ekor jantan dan dua ekor betina) dibesarkan oleh Raja Gia Long dan mengiringi baginda sepanjang perjalanan. Dalam buku "Salasilah dan Penjelasan Salasilah Diraja Nguyen Phuc", sebuah buku warisan turun-temurun yang mencatatkan dan menerangkan segala-galanya yang berkaitan dengan keluarga diraja, maklumat terperinci tentang keempat-empat anjing ini diterangkan, bukan hanya pencapaian masing-masing tetapi juga ciri-ciri distingitf sebagai anjing Phú Quốc.[c] Anjing-anjing Phú Quốc ini menyelamatkan Raja Gia Long daripada bahaya sebanyak dua kali sebelum baginda menaiki takhta. Mereka membantu baginda melarikan diri daripada pengejaran tentera Tây Sơn dan memastikan keselamatan baginda.[20]
Selepas menaiki takhta, Raja Gia Long, ketika mengurniakan gelaran dan ganjaran kepada jeneral-jeneral baginda, tidak lupa untuk mengurniakan gelaran kehormat kepada keempat-empat anjing Phú Quốc: "Cứu khổn phò nguy Tá quốc huân thần Thần khuyển đại tướng quân", yang diterjemahkan kepada "Jeneral Agung Anjing Terpuji, yang menyelamatkan bangsa dan membantu raja semasa waktu bahaya". Apabila keempat-empat anjing itu mati, raja mengatur pengebumian dan mendirikan sebuah tokong megah untuk menghormati mereka.[20]
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ بلاکڠ ڤرماتڠ فو کووک, ريجبک فو کووک; Vietnam: chó lông xoáy Phú Quốc; bahasa Inggeris: Phú Quốc ridgeback dog, Phú Quốc ridgeback
- ^ Jawi: انجيڠ فو کووک; Vietnam: chó Phú Quốc; bahasa Inggeris: Phú Quốc dog
- ^ Buku "Salasilah dan Penjelasan Salasilah Diraja Nguyen Phuc" masih dipelihara dalam keluarga En. Nguyen Phuc Ung Vien, yang merupakan keturunan King Minh Mạng.
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing belakang permatang Phú Quốc |
- ^ a b c Pickeral, Tamsin (15 Oktober 2014). Dogs Unleashed [Anjing Dilepaskan] (dalam bahasa Inggeris). San Diego, California, Amerika Syarikat: Thunder Bay Press. ISBN 9781626860681. OCLC 880370238.
- ^ ""Tứ đại quốc khuyển" của Việt Nam là những giống chó gì?" ["Empat Anjing Kebangsaan Agung" Vietnam merupakan baka anjing apa?] (dalam bahasa Vietnam). Thể thao & Văn hóa. 17 Februari 2018. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Tô Thế, Hoài Anh (7 November 2020). "4 giống chó quý của Việt Nam được gọi là "quốc khuyển"" [4 baka anjing bernilai Vietnam dapat dipanggil "anjing kebangsaan"] (dalam bahasa Vietnam). Lao Động. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ L., V. S. (30 Ogos 2020). ""Tứ đại quốc khuyển" của Việt Nam gồm những giống chó quý hiếm nào?" ["Empat Anjing Kebangsaan Agung" Vietnam menyertakan baka anjing bernilai dan jarang mana?] (dalam bahasa Vietnam). Dân Việt. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b "About The Phu Quoc Ridgeback" [Tentang Anjing Belakang Permatang Phú Quốc] (dalam bahasa Inggeris). Phu Quoc Ridgeback Association. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Canis (1 Oktober 1939). "Rare Breeds of the World" [Baka Jarang di Dunia] (PDF). American Kennel Gazette (dalam bahasa Inggeris). Jil. 56 no. 10. New York, New York, Amerika Syarikat: American Kennel Club. m/s. 7–9.
- ^ a b c d "Chiens de l'île de Phu-Quoc" [Anjing Pulau Phú Quốc]. Le Chenil : Journal des chasseurs et des éleveurs : avec le stud book continental des races canines (dalam bahasa Perancis). Jil. 10 no. 31. 30 Julai 1891.
- ^ "Truy tìm "căn cước" chó Phú Quốc – Kỳ 4: Lời cảnh báo trăm năm trước" [Mencari "identiti" anjing Phú Quốc – Bahagian 4: Kata amaran seratus tahun lalu] (dalam bahasa Vietnam). Vietnam Kennel Association. 5 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2022. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Leighton, Robert (1907). The New Book of the Dog: A Comprehensive Natural History of British Dogs and Their Foreign Relatives, with Chapters on Law, Breeding Kennel Management, and Veterinary Treatment [Buku Baharu tentang Anjing: Sejarah Semula Jadi Komprehensif tentang Anjing British dan Kerabat Asingnya, dengan Bab tentang Undang-undang, Pengurusan Kenel Pembiakbakaan, dan Perawatan Veterinar] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. m/s. 494. OCLC 608157750.
- ^ Thái, Kế Quân; Nguyễn, Văn Tú; Trần, Ngọc Trình; Huỳnh, Văn Hiếu; Chung, Anh Dũng; Trần, Hoàng Dũng (Januari 2016). "EVALUATION OF GENETIC DIVERSITY OF PHU QUOC RIDGEBACK DOGS BASED ON MITOCHONDRIAL DNA HYPERVARIABLE-1 REGION" [PENILAIAN KEPELBAGAIAN GENETIK ANJING BELAKANG PERMATANG PHÚ QUỐC BERDASARKAN KAWASAN HIPERPEMBOLEH UBAH 1 DNA MITOKONDRION]. Journal of Biotechnology (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains dan Teknologi Vietnam. 14 (1A): 245–253. ISSN 2815-5912.
- ^ a b Quan, Quốc Đăng; Nguyễn, Thành Công; Trần, Thị Bích Huy; Chung, Anh Dũng; Trần, Hoàng Dũng (September 2019). "Based zoometric description of adult Phu Quoc ridgeback dog (Canis familiaris)" [Perihal zoometri berdasar bagi anjing belakang permatang Phú Quốc (Canis familiaris)]. International Journal of Agricultural Technology (dalam bahasa Inggeris). Association of Agricultural Technology in Southeast Asia. 15 (5): 753–768. ISSN 2630-0192.
- ^ Trần, Hoàng Dũng; Trương Nguyễn, Thị Như Mai; Nguyễn, Thành Công; Huỳnh, Văn Hiếu (20 April 2018). "Trình tự hoàn chỉnh của genome ty thể mang haplotype hiếm E4 của chó lưng xoáy Phú Quốc = Complete mitochondrial genome sequences of rare haplotype E4 from Phu Quoc ridgeback dog" [Jujukan lengkap genom mitokondrion bagi haplotip jarang E4 daripada anjing belakang permatang Phú Quốc]. Tạp chí Công nghệ Sinh học (dalam bahasa Vietnam). Akademi Sains dan Teknologi Vietnam. 15 (1): 45–54. doi:10.15625/1811-4989/15/1/12319. ISSN 2815-5912. S2CID 90712828.
- ^ "Dogs in Vietnam: Not Just For Dinner Anymore" [Anjing di Vietnam: Bukan Hanya untuk Hidangan Lagi] (dalam bahasa Inggeris). The Irrawaddy. 15 Oktober 2013. Dicapai pada 28 Februari 2014.
- ^ Petty, Martin; O'Callaghan, John (15 Oktober 2013). "Challenging stereotype, breeding dogs for pets on rise in Vietnam" [Mencabar stereotaip, pembiakbakaan anjing untuk haiwan peliharaan meningkat di Vietnam] (dalam bahasa Inggeris). NBC News. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Phu Quoc dog breed selected mascot of 2018 Ho Chi Minh City flower show" [Baka anjing Phú Quốc dipilih sebagai maskot pertunjukan bunga Bandar Raya Ho Chi Minh 2018] (dalam bahasa Inggeris). Tuoi Tre News. 14 Disember 2017. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Diễm Thư (7 Disember 2009). "Cơ hội cho chó Phú Quốc ra thế giới" [Peluang bagi anjing Phú Quốc keluar ke dunia] (dalam bahasa Vietnam). Thanh Niên. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Theo Tuổi Trẻ (11 Julai 2011). "Chó Phú Quốc du đấu xứ người" [Anjing Phú Quốc bertanding di negeri orang] (dalam bahasa Vietnam). Thanh Niên. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b Dürrwell, George (1899). "CHIENS SAUVAGES DE COCHINCHINE - CHIENS DE PHU-QUOC" [ANJING LIAR COCHINCHINA - ANJING PHÚ QUỐC]. Bulletin de la Société des études indo-chinoises de Saigon (dalam bahasa Perancis). Jil. 37. Saigon, Vietnam: Imprimerie commerciale Rey. m/s. 19–22.
- ^ Roussel, Lucien (1913). La Chasse en Indochine : Dix-neuf gravures [Perburuan di Indochina: Sembilan belas turisan] (dalam bahasa Perancis) (ed. ke-2). Paris, Perancis: Plon-Nourrit. OCLC 1141859605.
- ^ a b c Hoàng, Hải Vân (13 Mei 2013). "Thần khuyển đại tướng quân !" [Jeneral Agung Anjing Terpuji!] (dalam bahasa Vietnam). Thanh Niên. Dicapai pada 24 Mei 2025.