
Anjing baka kacuk, anjing kacuk, atau anjing kacukan ialah anjing yang tidak tergolong dalam sesuatu baka yang diiktiraf secara rasmi, termasuk yang terhasil daripada pembiakbakaan sengaja. Walaupun istilah "anjing baka kacuk" kadang-kadang lebih disukai, banyak anjing kacuk tidak mempunyai leluhur baka tulen yang diketahui. Anjing baka silang pula, dan "anjing pereka", sambil juga kacukan anjing, berbeza daripada sebarang anjing kacuk kerana dibiakbakakan secara sengaja.
Walaupun anjing kacuk dipandang dengan kurang nilai komersial berbanding dengan anjing yang dibiakbakakan secara sengaja, ia dianggap kurang rentan terhadap masalah kesihatan genetik yang dikaitkan dengan pembiakbakaan dalam (berdasarkan teori heterosis) dan mempunyai penggemar dan pembela yang lebih memilihnya berbanding dengan anjing yang dibiakbakakan dengan sengaja.
Anggaran meletakkan prevalens anjing kacuk pada 150 juta ekor anjing di seluruh dunia.[1]
Peristilahan
Baka kacuk dan baka silang
Di Amerika Syarikat, istilah mixed-breed ("baka bercampur", "baka kacuk") ialah sinonim yang lebih digemari berbanding dengan mongrel ("koyok", "anjing kacuk") sesama khalayak yang ingin mengelakkan konotasi negatif yang dikaitkan dengan istilah mongrel.[2] Implikasi bahawa anjing sedemikian mesti merupakan campuran daripada baka bertakrif mungkin berpunca daripada pemahaman songsang tentang asal usul baka anjing. Anjing baka tulen, sebahagian besarnya, telah diwujudkan secara buatan daripada populasi yang membiak secara rawak oleh pembiakbakaan terpilih oleh manusia dengan tujuan untuk meningkatkan ciri fizikal, ciri tingkah laku, atau ciri perangai yang diingini. Anjing yang bukan baka tulen bukan semestinya campuran daripada baka bertakrif sedemikian.[3] Oleh itu, dalam kalangan sesetengah pakar dan peminat anjing sedemikian, mongrel ("koyok", "anjing kacuk") masih menjadi istilah pilihan.[4][5][6]
Baka silang anjing, yang kadang-kadang dipanggil "anjing pereka", juga bukan anjing daripada satu baka beriktiraf tunggal. Tidak seperti baka kacuk, anjing baka silang kerap merupakan hasil pemilihan buatan – sengaja diwujudkan oleh manusia, sementara istilah anjing kacuk khususnya merujuk anjing yang berkembang melalui pemilihan semula jadi, tanpa campur tangan terancang oleh manusia.
Istilah rantauan dan slanga
Dalam bahasa Inggeris, perkataan cur,[7] tyke,[8] mutt,[9] dan mongrel[10] digunakan, kadang-kadang dengan cara menghina. Terdapat juga istilah rantauan untuk anjing baka kacuk. Di United Kingdom, mongrel ialah perkataan teknikal unik untuk anjing baka kacuk. Orang Amerika Utara pula pada umumnya lebih memilih istilah mix ("kacuk[an]", "campur[an]") atau mixed-breed ("baka kacuk"). Mutt juga lazim digunakan di Amerika Syarikat dan di Kanada. Sesetengah pejabat pendaftaran dan kelab anjing Amerika yang menerima anjing baka kacuk menggunakan istilah All-American ("serba Amerika") untuk memerihalkan anjing baka kacuk.[11]
Terdapat juga nama untuk baka kacuk berdasarkan geografi, tingkah laku, atau makanan. Di Hawaii, kacukan dirujuk sebagai poi dog ("anjing poi"), walaupun tidak berkaitan dengan anjing poi Hawaii yang pupus. Di Bahamas dan di Kepulauan Turks dan Caicos, istilah lazim ialah potcake dog (merujuk sisa makanan di meja yang disuapkan kepada anjing tersebut). Di Afrika Selatan pula, ungkapan gurauan pavement special ("anjing khas turapan") kadang-kadang digunakan sebagai keterangan untuk anjing baka kacuk. Di Trinidad dan Tobago, anjing kacuk ini dirujuk sebagai pot hound atau pothong. Di Serbia, ungkapan serupa ialah prekoplotski avlijaner ("penghuni laman balik pagar"). Di Rusia, istilah basahan дворняга ("penghuni laman") paling lazim digunakan. Di Filipina, anjing jalanan baka kacuk kerap dipanggil askal, singkatan daripada asong kalye ("anjing jalanan") dalam bahasa Tagalog, manakala di Singapura, ia dikenali sebagai Singapore special ("anjing khas Singapura, anjing istimewa Singapura").[12] Di Puerto Rico, ia dikenali sebagai sato; di Venezuela, ia dipanggil yuso atau cacri (singkatan perkataan callejero criollo, secara harfiah, "peranakan jalanan", kerana anjing jalanan biasanya merupakan anjing kacuk); dan di Chile dan di Bolivia, ia dipanggil quiltro. Di Costa Rica, ada kelaziman untuk mendengar perkataan zaguate, istilah yang berasal daripada istilah bahasa Nahuatl, zahuatl, yang merujuk penyakit yang dipanggil kudis. Di kawasan pedalaman Amerika Syarikat selatan, anjing pemburu kecil dikenali sebagai feist. Di Semenanjung Yucatán, Mexico, ia dipanggil malix (ma.liʃ), yang memaksudkan "tiada baka" dalam bahasa Maya.
Istilah slanga juga lazim. Heinz 57, Heinz, atau Heinz Hound kerap digunakan untuk anjing dengan keleluhuran tidak pasti, sebagai rujukan main-main kepada slogan "57 Varieties" daripada H. J. Heinz Company. Di sesetengah negara, seperti Australia, bitsa (atau bitzer) kadang-kadang digunakan, dengan maksud "bits o' this, bits o' that". Di Brazil dan di Republik Dominika, nama untuk anjing baka kacuk ialah vira-lata ("penumbang tong sampah") kerana anjing gelandangan yang menumbangkan tong sampah untuk mencapai makanan terbuang. Di Newfoundland, anjing baka kacuk yang lebih kecil dikenali sebagai cracky, daripada itu ungkapan basahan "saucy as a cracky" untuk seseorang yang mempunyai lidah tajam. Di Sweden, anjing ini mungkin dirujuk secara gurauan sebagai gatukorsning, yang diterjemahkan kepada persimpangan, tetapi secara harfiah kepada "persimpangan jalan" atau "silangan jalan".[13]
Penentuan keleluhuran

Ada kesukaran untuk meneka keleluhuran anjing baka kacuk walaupun untuk pemerhati anjing berpengetahuan, kerana anjing baka kacuk mempunyai lebih banyak variasi genetik berbanding dengan anjing baka tulen. Sebagai contoh, dua ekor anjing baka kacuk hitam mungkin masing-masing mempunyai gen resesif yang menghasilkan lapis bulu perang muda dan, oleh itu, menghasilkan anak yang kelihatan tidak seperti induknya.
Mulai tahun 2007, analisis genetik[14] telah menjadi tersedia kepada orang awam. Syarikat berkenaan mendakwa bahawa ujian diagnosis mereka yang berdasarkan DNA dapat secara genetik menentukan komposisi baka bagi anjing baka kacuk. Ujian ini masih terbatas dari segi skop kerana hanya sebilangan kecil daripada ratusan baka anjing telah ditentusahkan dengan ujian tersebut dan kerana baka sama di kawasan geografi berlainan mungkin mempunyai profil genetik berlainan. Ujian tersebut tidak menguji ketulenan baka, tetapi sebaliknya menguji jujukan genetik lazim untuk baka tertentu. Dengan anjing baka kacuk, ujian tersebut bukan bukti keleluhuran baka tulen, sebaliknya merupakan petanda bahawa anjing berkenaan mengongsi keleluhuran bersama dengan baka tulen tertentu. American Kennel Club tidak memperakui penggunaan ujian DNA untuk menentukan baka.[15][16]
Banyak baka anjing lebih baharu dapat dijejak kembali kepada suatu baka asas bersama, yang menjadikan baka-baka tersebut sukar untuk dipisahkan secara genetik. Contohnya, anjing pengutip Labrador, anjing pengutip berbulu rata, anjing pengutip Teluk Chesapeake, anjing Newfoundland mengongsi keleluhuran bersama dengan anjing air St. John's – landrace anjing dari pulau Newfoundland yang hadir secara semula jadi dan kini pupus.
Kesihatan

Teori kecergasan hibrid mencadangkan bahawa sebagai suatu kelompok, anjing dengan pelbagai keleluhuran pada umumnya akan menjadi lebih sihat berbanding dengan anjing baka tulen. Pada anjing baka tulen, pembiakbakaan sengaja bagi anjing dengan penampilan sangat serupa selama beberapa generasi menghasilkan individu yang membawa banyak alel sama, sesetengah daripadanya memudaratkan. Jika populasi pengasas untuk baka tersebut adalah kecil, maka kepelbagaian genetik bagi baka khusus itu mungkin kekal kecil selama suatu tempoh masa.
Apabila manusia memilih anjing tertentu untuk baka baharu, mereka secara buatan mengasingkan kelompok gen itu dan menyebabkan lebih banyak salinan gen itu dibuat berbanding dengan yang mungkin berlaku di alam semula jadi. Populasi pada mulanya adalah lebih rapuh kerana kekurangan kepelbagaian genetik. Jika baka anjing tersebut adalah popular dan susur galur berterusan selama beratus-ratus tahun, kepelbagaian meningkat disebabkan oleh mutasi dan penyingkiran sekali-sekala melalui pembiakbakaan. Inilah sebabnya sesetengah baka sangat tua adalah lebih stabil. Salah satu isu ialah apabila trait tertentu yang terdapat dalam piawaian baka dikaitkan dengan kecelaruan genetik. Daya pemilihan buatan memihak kepada penduaan kecelaruan genetik kerana ini hadir dengan trait fizikal yang diingini.[17][18] Kesihatan genetik bagi hibrid cenderung lebih baik.[19] Trait sihat telah hilang dalam banyak susur galur anjing baka tulen kerana ramai pembiak baka anjing pertunjukan lebih berminat dengan pengakuran – atribut fizikal pada anjing berkenaan berhubung dengan piawaian baka – berbanding dengan minat pada kesihatan dan perangai kerja yang merupakan tujuan asal pembiakbakaan anjing tersebut.[20]
Populasi adalah rentan apabila anjing yang dibiakbakakan berkait rapat. Pembiakbakaan dalam dalam kalangan anjing baka tulen telah mendedahkan pelbagai masalah kesihatan genetik yang tidak selalu sedia ketara dalam populasi kurang seragam. Anjing baka kacuk adalah lebih pelbagai secara genetik kerana sifat lebih sembarangan pengawanan induk anjing baka kacuk. Anak daripada pengawanan sedemikian mungkin kurang berkemungkinan untuk mengekspresikan kecelaruan genetik tertentu kerana mungkin terdapat penurunan peluang agar kedua-dua induk membawa alel resesif sama yang memudaratkan, tetapi beberapa alel resesif pincang hadir merentasi banyak baka yang kelihatan tidak berkaitan dan, oleh itu, pengacukan baka sahaja tidak menjamin kesihatan genetik. Apabila dua spesimen buruk dibiakbakakan, anak dapat mewarisi trait terburuk daripada kedua-dua induk. Ini lazimnya terlihat pada anjing yang berasal dari kilang anak anjing.[21]
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa anjing baka kacuk mempunyai kelebihan kesihatan berbanding dengan anjing baka tulen. Sebuah kajian Jerman mendapati bahawa "anjing kacuk memerlukan kurang rawatan veterinar".[22] Kajian di Sweden mendapati bahawa "anjing kacuk kurang cenderung terhadap banyak penyakit berbanding dengan anjing baka tulen purata"[23] dan, apabila merujuk kadar kematian, bahawa "anjing kacuk tekal-tekal berada dalam kategori berisiko rendah".[24] Data dari Denmark juga mencadangkan bahawa baka kacuk mempunyai kelanjutan usia lebih lama pada purata berbanding dengan anjing baka tulen.[25] Sebuah kajian British menunjukkan hasil keputusan serupa, tetapi segelintir baka (khususnya terier Jack Russell, pudel katik, dan whippet) hidup lebih lama berbanding dengan anjing baka kacuk.[26]
Dalam sebuah kajian, kesan baka terhadap kelanjutan usia pada anjing peliharaan dianalisis dengan menggunakan data mortaliti daripada 23,535 ekor anjing peliharaan. Data diperoleh daripada hospital pengajar veterinar Amerika Utara. Usia median semasa kematian ditentukan untuk anjing baka tulen dan anjing baka kacuk mengikut berat badan berlainan. Dalam setiap kategori berat badan, usia median semasa kematian adalah lebih rendah untuk anjing baka tulen berbanding dengan anjing baka kacuk. Usia median semasa kematian ialah "8.5 tahun untuk semua anjing baka kacuk dan 6.7 tahun untuk semua anjing baka tulen" dalam kajian itu.[27]
Pada tahun 2013, sebuah kajian mendapati bahawa anjing baka kacuk hidup pada purata selama 1.2 tahun lebih lama berbanding dengan anjing baka tulen dan bahawa peningkatan berat badan berkorelasi negatif dengan kelanjutan usia (iaitu semakin berat anjing berkenaan, semakin pendek jangka hayatnya).[28] Sebuah lagi kajian yang diterbitkan pada tahun 2019 mengesahkan perbezaan 1.2 tahun jangka hayat ini untuk anjing baka kacuk dan selanjutnya menunjukkan impak negatif daripada pembiakbakaan dalam terkini dan faedah penyilangan ke luar sekali-sekala untuk jangka hayat pada anjing individu.[29]
Kajian yang telah dilakukan di bidang kesihatan menunjukkan bahawa anjing baka kacuk pada purata adalah lebih sihat dan berusia lebih panjang berbanding dengan anjing baka tulen. Ini adalah kerana amalan pembiakbakaan berterima semasa dalam komuniti anjing berpedigri menyebabkan pengurangan kepelbagaian genetik dan dapat menghasilkan ciri fizikal yang membawa kepada isu kesihatan.[30]
Kajian telah menunjukkan bahawa anjing baka silang mempunyai sebilangan trait pembiakan yang diingini. Scott dan Fuller mendapati bahawa anjing baka silang merupakan ibu unggul berbanding dengan ibu baka tulen, dengan menghasilkan lebih banyak susu dan memberikan penjagaan lebih baik. Kelebihan ini membawa kepada penurunan mortaliti pada anak anjing baka silang.[31]
Galeri
-
Penjujukan DNA menunjukkan anjing kacuk ini sebagai kacukan anjing pengutip Labrador, bulmastif, cau-cau, anjing lembu Australia, corgi, dan pitbul.
-
Anjing baka kacuk spinone Itali–anjing gembala Jerman
-
Anjing baka kacuk anjing gembala Australia–collie sempadan
-
Walaupun anjing baka kacuk ini merupakan rakan seperinduk daripada seekor ibu anjing gembala Australia, kedua-dua anjing ini keliharan agak berbeza dan tiada seekor antara kedua-duanya menyerupai baka itu.
-
Seekor koyok jalanan Mexico
-
Anjing kacuk daripada zuriat yang tidak dapat ditentukan dengan penglihatan
-
Anjing baka kacuk bersaiz sederhana Brazil
-
Seekor anjing berusia dua tahun dengan keindukan yang tidak diketahui, mungkin anjing gembala Australia dan anjing pengutip keemasan
-
Anjing baka kacuk Ukraine
-
Seekor anjing kacuk dengan warisan anjing gembala Jerman, anjing gembala Shetland, terier Staffordshire Amerika, cau-cau, dan lain-lain
Lihat juga
- Senarai baka anjing
- Anjing bebas merantau
- Anjing jalanan
- Anjing jalanan Filipina
- Anjing paria
- Anjing paria India
- Rez dog
Rujukan
- ^ Morris, Desmond (1 September 2008). "Feral dogs" [Anjing jalang]. Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 696–697. ISBN 9781570764103. OCLC 213449602.
The mongrel is not a true breed, but it is certainly a common category of domestic dog. It has been estimated that, worldwide, there are 150 million of them.
- ^ Witiak, Gene (Julai 2004). True Confessions of a Veterinarian: An Unconditional Love Story [Pengakuan Sebenar Seorang Doktor Haiwan: Sebuah Kisah Kasih Tanpa Syarat] (dalam bahasa Inggeris). Centennial, Colorado, Amerika Syarikat: Glenbridge Publishing. m/s. 11. ISBN 9780944435540.
Canines of unknown lineage used to be termed mongrels—how demeaning! Over time, the term 'mixed breed' was preferred.
- ^ Budiansky, Stephen (2 Oktober 2000). The Truth About Dogs: An Inquiry into the Ancestry, Social Conventions, Mental Habits, and Moral Fiber of Canis familiaris [Kebenaran tentang Anjing: Penyelidikan tentang Keleluhuran, Resam Masyarakat, Tabiat Mental, dan Perwatakan Canis familiaris] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Viking Press. m/s. 35. ISBN 9780670892723. OCLC 44084119.
- ^ Riddle, Maxwell (1954). Lovable Mongrel [Anjing Kacuk Mudah Disayangi] (dalam bahasa Inggeris). Fond du Lac, Wisconsin, Amerika Syarikat: All-Pets Books. OCLC 221388841.
- ^ Cooper, Jilly (24 September 1981). Intelligent and Loyal: A Celebration of the Mongrel [Cerdas dan Setia: Meraikan Anjing Kacuk] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). London, United Kingdom: Eyre Methuen. ISBN 9780413480002. OCLC 8344249.
- ^ Patmore, Angela (1985). The Mongrel [Anjing Kacuk] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Hutchinson. ISBN 9780091623913. OCLC 12519794.
- ^ "cur". Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "tyke". Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "mutt". Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "mongrel". Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "AKC Celebrates All-American Breeds" [AKC Meraikan Baka Serba Amerika] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 18 Jun 2003. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Caring for Singapore Specials" [Menjaga Singapore Special] (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Taman Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2022. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "gatukorsning". Svenska Akademiens ordböcker (dalam bahasa Sweden). Akademi Sweden. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Results Revealed in Dog DNA Test" [Hasil Keputusan Didedahkan dalam Ujian DNA Anjing] (dalam bahasa Inggeris). ABC News. 15 Disember 2007. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Frequently Asked Questions" [Soalan Lazim] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Conditional Registration" [Pendaftaran Bersyarat] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Dlugosch, Katrina Marie; Parker, Ingrid M. (1 Oktober 2007). "Founding events in species invasions: genetic variation, adaptive evolution, and the role of multiple introductions" [Peristiwa-peristiwa pengasasan dalam invasi-invasi spesies: variasi genetik, evolusi adaptasi, dan peranan berbilang pengenalan]. Molecular Ecology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 17 (1): 431–449. doi:10.1111/j.1365-294X.2007.03538.x. ISSN 1365-294X. PMID 17908213. S2CID 15359463.
- ^ Slatkin, Montgomery Wilson (15 Mei 1987). "Gene Flow and the Geographic Structure of Natural Populations" [Aliran Gen dan Struktur Geografi bagi Populasi-populasi Semula Jadi]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 236 (4803): 787–792. Bibcode:1987Sci...236..787S. doi:10.1126/science.3576198. ISSN 0036-8075. JSTOR 1699930. PMID 3576198. S2CID 20933360.
- ^ McGreevy, Paul Damien; Nicholas, Frank William (November 1999). "Some Practical Solutions to Welfare Problems in Dog Breeding" [Sesetengah Jalan Penyelesaian Amali untuk Masalah Kebajikan dalam Pembiakbakaan Anjing]. Animal Welfare (dalam bahasa Inggeris). Universities Federation for Animal Welfare. 8 (4): 329–341. doi:10.1017/S0962728600021965. ISSN 2054-1538. S2CID 255889459 Check
|s2cid=
value (bantuan).Hybrids have a far lower chance of exhibiting the disorders that are common with the parental breeds. Their genetic health will be substantially higher. (p. 338)
- ^ "Best of Breed? Pedigree Dogs Face Disease" [Best of Breed? Anjing Berpedigri Hadap Penyakit] (dalam bahasa Inggeris). ABC News. 11 Mac 2009. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Hamilton, Anita (4 Disember 2005). "Curbing the Puppy Trade" [Mengekang Perdagangan Anak Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2015. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Beythien, R. (1998). Tierarten- und Hunderassenverteilung, Erkrankungshäufigkeit und prophylaktische Maßnahmen bei den häufigsten Hunderassen am Beispiel einer Tierarztpraxis in Bielefeld in den Jahren 1983–1985 und 1990–1992 [Taburan spesies haiwan dan baka anjing, kekerapan penyakit, dan langkah profilaksis pada baka anjing paling kerap dengan contoh amalan veterinar di Biefeld pada tahun 1983–1985 dan tahun 1990–1992] (Tesis) (dalam bahasa Jerman). Hanover, Jerman: Universiti Sains Gunaan dan Kesenian Hanover.
- ^ Egenvall, Agneta; Hedhammar, Åke; Bonnett, Brenda N.; Olson, Pekka (29 April 2000). "Gender, age, breed and distribution of morbidity and mortality in insured dogs in Sweden during 1995 and 1996" [Jantina, usia, baka, dan taburan bagi morbiditi dan mortaliti pada anjing insured di Sweden semasa tahun 1995 dan tahun 1996]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 146 (18): 519–525. doi:10.1136/vr.146.18.519. ISSN 2042-7670. PMID 11321213. S2CID 24303176.
- ^ Bonnett, Brenda N.; Egenvall, Agneta; Olson, Pekka; Hedhammar, Åke (12 Julai 1997). "Mortality in insured Swedish dogs: rates and causes of death in various breeds" [Mortaliti pada anjing insured Sweden: kadar dan punca kematian pada pelbagai baka]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 141 (2): 40–44. doi:10.1136/vr.141.2.40. ISSN 2042-7670. PMID 9253830. S2CID 9721674.
- ^ Proschowsky, Helle Friis; Rugbjerg, Helene; Ersbøll, Annette Kjær (21 Februari 2003). "Mortality of purebred and mixed-breed dogs in Denmark" [Mortaliti anjing baka tulen dan baka kacuk di Denmark]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 58 (1–2): 63–74. doi:10.1016/S0167-5877(03)00010-2. ISSN 1873-1716. PMID 12628771. S2CID 23724185.
- ^ Michell, Alastair Robert (27 November 1999). "Longevity of British breeds of dog and its relationships with-sex, size, cardiovascular variables and disease" [Kelanjutan usia baka anjing British dan hubungannya dengan jantina, saiz, pemboleh ubah kardiovaskular, dan penyakit]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 145 (22): 625–629. doi:10.1136/vr.145.22.625. ISSN 2042-7670. PMID 10619607. S2CID 34557345.
- ^ Patronek, Gary J.; Waters, David J.; Glickman, Lawrence T. (1 Mei 1997). "Comparative Longevity of Pet Dogs and Humans: Implications for Gerontology Research" [Kelanjutan Usia Perbandingan bagi Anjing Peliharaan dan Manusia: Implikasi untuk Penyelidikan Gerontologi]. The Journals of Gerontology, Series A (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 52A (3): B171–B178. doi:10.1093/gerona/52A.3.B171. ISSN 1758-535X. PMID 9158552. S2CID 25402845.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Church, David B.; McGreevy, Paul Damien; Thomson, Peter Campbell; Brodbelt, David C. (25 September 2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" [Kelanjutan usia dan mortaliti anjing berpemilik di England]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. ISSN 1532-2971. PMID 24206631. S2CID 13103255.
- ^ Yordy, Jennifer D.; Kraus, Cornelia; Hayward, Jessica J.; White, Michelle E.; Shannon, Laura M.; Creevy, Kate Elizabeth; Promislow, Daniel E. L.; Boyko, Adam R. (5 Disember 2019). "Body size, inbreeding, and lifespan in domestic dogs" [Saiz badan, pembiakbakaan dalam, dan jangka hayat pada anjing bela jinak]. Conservation Genetics (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 21 (1): 137–148. doi:10.1007/s10592-019-01240-x. ISSN 1572-9737. PMC 7326369. PMID 32607099. S2CID 208648948.
- ^ McGreevy, Paul Damien; Nicholas, Frank William (November 1999). "Some Practical Solutions to Welfare Problems in Dog Breeding" [Sesetengah Jalan Penyelesaian Amali untuk Masalah Kebajikan dalam Pembiakbakaan Anjing]. Animal Welfare (dalam bahasa Inggeris). Universities Federation for Animal Welfare. 8 (4): 329–341. doi:10.1017/S0962728600021965. ISSN 2054-1538. S2CID 255889459 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ Scott, John Paul; Fuller, John Langworthy (1965). Genetics and the Social Behavior of the Dog [Genetik dan Tingkah Laku Sosial Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. doi:10.7208/chicago/9780226190822.001.0001. ISBN 9780226743387. OCLC 786181048.
Pautan luar
Kategori berkenaan Anjing baka kacuk di Wikimedia Commons